City Broadband – Internet Pantas, Kerja Lebih Tuntas, Serendah RM99!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai pelan data terbaik dari City Broadband.

Apa Itu City Broadband?

City Broadband merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi kepada kawasan kediaman dan pejabat di Malaysia. Tidak hanya itu, mereka menyediakan perhidmatan ini dengan teknologi fiber optik demi untuk pengalaman yang terbaik kepada pengguna. Laju dan pantas tanpa kompromi.

Plan Data Internet Mereka Berbaloi Ke?

Baiklah kalau cakap pasal internet, saya pasti ramai yang ingin tahu pasal harga. Dengan harga yang ditawarkan pula, apa yang akan pelanggan dapat. Saya juga teruja dan curios nak tahu.

Mana tidaknya, saya yakin kita semua sering menggunakan internet pada masa sekarang. Dari pembelajaran anak-anak dan juga pekerjaan kita semuanya memerlukan internet.. Melayari media sosial juga memerlukan internet. Facebook, Instagram, Twitter, Netflix dan sebagainya memerlukan internet untuk berfungsi.

Kalau internet tiada ataupun perlahan, arghh memang sakit hati. Nak layan drama pun terbantut. Asyik buffering sahaja. Ini sememangnya memberikan pengalaman yang kurang enak kepada pelanggan.

Baiklah untuk menjawab persoalan mengenai pelan ini, saya akan bahagikan kepada 2 bahagian iaitu untuk pelan kediaman dan juga pelan syarikat.

1. Pelan Kediaman

Untuk kediaman, mereka ada 3 plan yang boleh pelanggan pilih. Dengan serendah RM99 sebulan pelanggan akan mendapat data tanpa had pada kelajuan 100Mbps! Laju betul ni. Memang terbaik kalau nak layan drama dan bermain games dalam talian.

Nak lagi laju, hanya tambah RM10 dan anda dapat nikmati kelajuan 300Mbps dengan hanya RM109 sahaja. Promosi ini hanya untuk pelanggan baharu. Sempena CNY, promo triple the speed ini dipanjangkan sehingga 31/3/2022. Jadi rebut cepat-cepat!

Kalau nak lagi laju, boleh juga dapatkan pakej 500Mbps pada harga RM139 sahaja. Ini untuk unlimited data ya guys. Unlimited ni maksudnya anda boleh nikmati apa jua tanpa perlu fikir data kehabisan.

Tak cukup laju lagi? Nah ini ada pakej 1Gbps pada harga hanya RM199 sebulan. Yang ini tak payah bimbang internet lagging atau apa. Memang konfirm berdesup la ni kalau layan drama atau filem dalam talian. Tiada lagi buffering.

2. Pelan syarikat

Saya yakin segala perusahaan sekarang memerlukan internet untuk menjadikan segala pekerjaan lebih lancar dan juga tiada hiccup. Mana maunya kalau syarikat dengan internet tersekat-sekat nak pergi jauh. Nak masuk mesyuarat pun payah. Bayangkan kalau mesyuarat dalam talian. Orang dah bercakap hal lain anda masih stuck pada hal yang lain. Mesti sakit hati.

Internet dah sememangnya menjadi kemestian dan juga kewajipan dalam syarikat. Tak ada internet memang syarikat tak akan kemana. Bukan setakat ada internet, internet yang LAJU dan TANPA HAD juga penting. Ini untuk memastikan segala aktiviti dan urusan syarikat berjalan lancar.

Jadi jom kita tengok apa pelan untuk syarikat yang diatawarkan oleh pihak City Broadband ini.

Pakej City Broadband

Untuk data tanpa had, hanya RM99 sahaja sebulan! Ini untuk kelajuan 50Mbps. Nak laju lagi bolehlah tempah pada kelajuan 300Mbps. Yang ini pun berbaloi. Hanya RM189 sahaja sebulan.

Alaaa tak ada lagi laju ke? Syarikat saya memang perlukan internet yang laju.

Jangan bimbang, syarikat anda juga boleh langgan pakej 1Gbps pada harga hanya RM499 sahaja. Ini akan menjadikan produktiviti syarikat anda lebih meningkat tanpa tersekat oleh ketidakupayaan internet yang lembab. Now everthing can go smooth.

Selain itu juga, anda akan dapat 1 talian suara secara percuma dan juga DECT Phone. Terbaik bukan?

Bagaimana Dengan Liputan?

“Nak Langgan Takut Tak Ada Liputan di Kawasan Saya.”

Jangan bimbang, sebabnya sebelum anda buat keputusan untuk melanggan, anda boleh lihat dan semak di pautan berikut untuk memastikan City Broadband ada tersedia di kawasan anda atau tidak.

Tak sabar nak semak? Tekan sahaja link di bawah ini ok.

Tekan Di Sini

Bagaimana? Kawasan anda termasuk dalam liputan mereka?

Jika YA dan anda tak sabar untuk melanggan perkhidmatan mereka, bolehlah teruskan untuk membaca langkah-langkah di bawah.

Cara Untuk Melanggan City Broadband

Untuk anda yang dah membuat keputusan untuk bersama City Broadband bolehlah menghubungi pihak mereka untuk temujanji. Hubungi sahaja  mereka di talian 1300 38 8000 untuk tetapkan tarikh pemasangan. Mereka akan menghubungi anda kembali sebelum mereka sampai.

Setelah mereka sampai, para juruteknik mereka akan memasang dan membuat ujian kelajuan sebelum beredar. Ini bagi memastikan apa yang ada bakal nikmati adalah dalam keadaan terbaik. Just sit and relaxs. Enjoy the internet once it is done.

Hubungi City Broadband

Jika anda ada apa-apa lagi persoalan atau kemushkilan berkenaan City Broadband, bolehlah menghubungi mereka melalui mana-mana medium di bawah:

Telefon:1300-38-8000
Email: customerservice@allo.my
Website: https://www.citybroadband.my/

“Internet bukan hanya keperluan pada masa kini, namun ianya perlulah pantas dan tanpa halangan.” –amirnawawi.com

Logo City Broadband

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

8 thoughts on “City Broadband – Internet Pantas, Kerja Lebih Tuntas, Serendah RM99!

  • February 22, 2022 at 9:33 pm
    Permalink

    Wow! Macam tak pernah dengar City Broadband punya pakej internet nih. Baru ke? Nampak menarik pakej-pakej internet yang ditawarkan tu.

    Reply
  • February 23, 2022 at 7:44 am
    Permalink

    1st time dengar pasal city broadband ni… Menarik perkongsian ni sbb kebetulan pula tgh mencari internet laju.. Susah nk dpt line area sini.. Nanti nk usha la jap.

    Reply
  • February 23, 2022 at 8:01 am
    Permalink

    baru tau pasal city band ni, internet ni dah jadi satu keperluan, untuk rm99 rasanya amat lah berpatutan

    Reply
  • February 23, 2022 at 8:59 am
    Permalink

    Price tu memang fixed ke atau ada kena tambah tax lagi mcm Unifi tu. Kalau murah & speed cun memang nak tukar yg skarang ni..

    Reply
    • February 23, 2022 at 3:18 pm
      Permalink

      Wahh ada internet baru lebih murah dan laju tak… Semua tempat ada ker kalau mereka boleh cover kawasan kampung kan senang semua nak fokus kat bandar jer susah juga… Diskriminasi orang kampung..

      Reply
  • February 23, 2022 at 9:39 am
    Permalink

    Pestime juga dengar nama City Broadband ni, tapi dah ramai juga yang guna yaa.. nanti Sis nak try tanya, ada cover tak Johor PG sini… nak rekemen kat adik tu..

    Reply
  • February 23, 2022 at 3:17 pm
    Permalink

    Wahh ada internet baru lebih murah dan laju tak… Semua tempat ada ker kalau mereka boleh cover kawasan kampung kan senang semua nak fokus kat bandar jer susah juga… Diskriminasi orang kampung..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *