Foodtopia di The Mines Menarik Dengan Pelbagai Pilihan Makanan Lazat
Assalmualaikum dan salam sejahtera kepada smeua para pembaca yang dikasihi sekalian. Smeoga anda smeua berada dalam keadaan sihat sjeahtera hendaknya. Baiklah dalam entyri kali in isaya ingin kongsikan satu informasi menarik mengenai program Foodtopia yang diadakan di The Mines Seri kembangan.
Makluman ini bakal memberikan anda kepuasan yang maksimum jika anda seorang yang gemarkan makan makanan yang sedap. Ini kerana terdapat pelbagai makanan enak yang bakal anda nikmati jika menyertai Foodtopia ini.
Apa yang ,ebih menariknya, terdapat tawaran harga makanan yang serendah Rm9.90 sahaja! Menarik bukan? Selain sedap, ianya cukup berbaloi dengan nilai wang anda. Perut kenyang dan poket pun jimat. Kempen yang saya maksudkan adalah:
FOODBULOUS WEEKDAY TREATS
Untuk makluman semua, kempen ini bermula dari 6 November hingga 1 Disember 2017, dari hari Isnin hingga Jumaat. Ianya bermula dari 10 pagi hingga 10 malam di cawangan restoran dalam The Mines yang mengambil bahagian dalam kempen ini.
Terdapat lebih 40 sajian yang disajikan sepanjang kempen ini berlangsung dengan penyertaan 13 restoran yang turut sama mengambil bahagian. Sajian yang dimaksudkan adalah berharga serendah RM9.90 sahaja.
Antara restoran yang mengambil bahagian adalah The Chicken Rice Shop, Almendi’s, Pizza San Francisco, Sepiring, Fish & Co. Malaysia, Teppanyaki Malaysia, Esquire Kitchen, DubuYo, Bar B Q Plaza, Kimosasa Vegetarian Cuisine, Makan Culture, Ah Yip Herbal Soup dan Nyonya Mama.
Namun sebelum anda menikmati sajian pada harga RM9.90, anda hendaklah mengikuti aturan seperti di bawah ini:
Fish & Co menyajikan Spaghetti Pomodoro dan ianya didatangkan dengan air Coke/Sprite atau Iced Lemon Tea. Anda boleh tambah RM1 untuk kentang lenyek.
Restoran ini menyajikan Kimochi Gohan/Sexy Rice/Angry Toufu dan Funny Rice bersama segelas Iced Lemon Tea pada harga RM9.90 .
Restoran ini adalah restoran yang menyajikan makanan daripada timur tengah. Pada harga RM9.90, restoran ini menyajikan Mendi Chicken/Chicken Shawarna/Hummus dan Cream Caramel bersama Basbosa (Dessert) , Hidangan ini juga disajikan bersama Iced Lemon Tea atau Arabic Mint Tea .
Restoran ini pula menyajikan masakan kegemaran rakyat Maslaysia. Antara sajian yang disajikan adalah Minced Chicken Rice/Yong Chow Fried Rice/Dry Curry Kuey Teow dan Vegetarian Curry Laksa bersama dengan segelas Iced Lemon Tea.
Di retoran ini pula disajikan 2 jenis pasta untuk anda nikmati pada harga RM9.90. Pasta yang dimaksudkan adalah Cloppino dan Aglio Olio Fish bersama segela minuman ringan.