December 11, 2024
Hal-hal Semasa

Ice Skating di IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog amirnawawi yang budiman sekalian. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai ice skating di IOI City Mall Putrajaya.

Untuk makluman semua, salah satu tarikan yang ada di IOI City Mall Putrajaya ini adalah luncur aisnya (ice skating). Pada pengamatan saya tadi begitu ramai anak muda yang meluncur di sini. Ini merupakan gelanggan luncur ais yang kedua di Malaysia selepas di Sunway Pyramid.

ice skating ioi mall

Gelanggan luncur ais di IOI City Mall ini bernama Icescape. Icescape merupakan satu-satunya gelnggan luncur ais yang berukuran Olimpik di Malaysia. Dengan berukuran 30mx60m

icescape

Berikut ada bayaran masuk ke Icescape ini

Hari biasa: RM23

Hari minggu/ cuti sekolah : RM28

Pelawat: RM5

Stokin :RM6

Gloves: RM9

Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam

 

Disarankan untuk membawa stokin dan glove dari rumah untuk menjimatkan perbelanjaan.. hahaha. Tak pun beli jer kat kedai atas. Kedai barangan jepun tu. Nama apa entah. saya pun dah lupa.

 

AM: Selamat meluncur semua 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

27 thoughts on “Ice Skating di IOI City Mall Putrajaya

  • Bestnya.. Tekit pun murah.. Lagi murah berbanding di ICT, Shah Alam..

    Reply
  • Dulu ada main roller blade tetapi tidaklah terror sangat. Kalau ice skating ntah boleh main ke tidak? 🙂

    Reply
  • sewa penguin tu macam mana? kurang pasti sebab tak pernah tengok hehehe

    Reply
  • Assalamualaikum Amirnawawi… ade age limit tak nak masuk sini? Anak sy 4 yo…
    thank u…

    Reply
  • muhd hakeem

    aku mau kunjungi ke lol mall putrajayaJ

    Reply
  • kalau nak buat lawatan plajar sekolah boleh x?

    Reply
  • Nrfatin

    Bayar masuk dapat sekali kasut ke ? Mean kasut tu dpt pastu nnt kene pulangkan balik kan ?

    Reply
  • Justin

    Dh masuk blh keluar balik ke? Lepas tu masuk balik

    Reply
  • Saya baru pegi tadi ,bayaran dah naik .. saya pg cuti skolah 30rm ..gloves 10rm yg lain2 tk pasti tk tgok..

    Reply
  • syamil

    Klau skrg kira cuti sekolah ke. 28 tu termasok glove stokin tak?

    Reply
    • Tidak. Yang tu kena beli sendiri. Bawak dari rumah lagi murah. Beli kat sana mahal

      Reply
  • Nurissa

    Kat sana ade locker tmpt letak brg? RM lagi..huhu

    Reply
  • kalau kat the curve,royale bintang lagi murah rasanya. Glove pon rm8

    Reply
  • Dekat board tulis rm28 hari biasa
    Rm30 utk weekend
    Tapi u tulis lain
    Yg mna satu betul ?

    Reply
    • Ni saya tulis tahun 2015 Kak. Maybe sekarang diorang dah naikkan harga la tu.

      So diorang punya la betul.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *