Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pera pembaca blog yang budiman. Semoga kita semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Apepun entri kali ini agak santai kerana saya akan berkongsi impian saya jika saya kaya.
Kaya yang saya maksudkan ialah dengan mempunyai wang ringgit serta harta benda. bukan kaya yang disapu pada roti itu ya. Kalau kaya itu, entri ini akan menjadi karangan autobiografi pula nanti. antara jenis karangan yang paling tidak disukai semasa sekolah rendah dulu.
Apepun definisi kaya bagi seseorang itu berbeza, Ada yang kaya dengan harta benda, ada juga yang kaya dengan budi bahasa, ada yang kaya dengan senyuman dan lain-lain lagi. Oleh itu definisi kaya berbeza mengikut individu. Namun berdasarkan entri dari blog Denaihati ini, kaya yang dimaksudkan ialah kaya harta benda dan wang ringgit.
Memang tidak dinafikan, setiap orang mahukan kehidupan yang senang dan berharta. Dalam Islam juga tidak salah kalau kita mencari harta kekayaan. Namun janganlah dengan harta kekayaan itu kita menjadi sombong dan bongkak. Kalau dengan harta kekayaan itu kita berbuat kebaikan, tolong menolong umat islam yang lain, alangkah indahnya hidup sebegitu. Sebab itu Islam tidak melarang umatnya untuk mencari harta.
Dunia zaman sekarang ramai yang sibuk mencari harta kekayaan, namun bak kata orang tua zaman dulu-dulu, kekayaan harta benda bukanlah segalanya. Kenapa mereka berkata demikian? Bukankah dengan harta benda itu hidup akan menjadi senang? Bila dikaji balik, memanglah harta benda itu satu keperluan dalam hidup, namun kebahagiaan hakiki adalah harta yang paling bernilai dalam hidup ini.
Apa gunanya harta bertimbun jika keluarga porak peranda, anak tidak menjadi seperti manusia., hubungan denga Pencipta hilang entah kemana. Dalam kesibukan mencari harta benda, jangan dilupa untuk bersama keluarga. Kebanyakkan orang sekarang dalam ghairah mencari harta, sampai dilupakan Tuhan dan keluarga. Rasuah menjadi makanan seharian. Keluar pagi balik malam, sampai tiada masa untuk keluarga. Nauzubillah.
[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Namun alangkah indahnya jika hidup kita ini kaya dengan segala benda yang baik-baik. Kaya dengan ilmu, kasih sayang, harta, budi bahasa dan sebagainya[/pullquote]
Namun alangkah indahnya jika hidup kita ini kaya dengan segala benda yang baik-baik. Kaya dengan ilmu, kasih sayang, harta, budi bahasa dan sebagainya. Memang ini yang menjadi idaman setiap insan sebagai bekal hari kemudian. Pada saya semua orang berhak kaya, namun gunakanlah cara sebaiknya untuk mencapai matlamat tersebut.
Kalau aku kaya? Impianku untuk membantu umat manusia. Mungkin itu terlalu umum. saya ingin wujudkan peluang pekerjaan di kampung saya untuk anak-anak muda di kampung saya bekerja. Dengan bekerja di kampung, mereka akan ada masa untuk menjaga orang tua mereka. Tidak akan merantau dan dapat menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua.
Kalau aku kaya? Akan aku pastikan apa jua keperluan ibu bapaku akan cukup. Rehatkan mereka setelah sibuk membanting tulang menjagaku selama ini. Biarkan mereka melalui hari tua mereka dengan cukup masa untuk beribadat kepada Sang Pencipta.
Kalau aku kaya? Akan aku pastikan hartaku akan mengalir jua untuk tujuan Islam. majlis ilmu tidak dilupa, pada saudara seagama tidak dipinggirkan. Inilah saham akhirat yang peri penting sebenarnya.
Akhir kata, jadilah manusia yang kaya segalanya. Jangan hanya kaya harta tapi biarlah seiringin dengan sifat kemanusiaan dan iman dalam diri.
Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.
33 thoughts on “Kalau Aku Kaya, Kesinambungan Dari Entri Denaihati”
Semoga boleh menjadi kaya dengan menulis blog… In Shaa Allah satu hari nanti… Nak berjaya jana duit melalui Blog kita kena berusaha…
Adakalanya hasil melalui blog berjaya di tuai dalam tempoh sehari bekerja… Ada kalanya hasil kerja berjaya kita membuahkan hasil setelah lebih sebulan, dua bulan, setahun dan sebagainya…
Tapi percayalah, setiap apa yang kita usahakan hari ini melalui blog kita, pasti akan ada hasilnya… Cuma masaya dan rezeki yang menentukannya… Yang penting kita kena melakukan 4 perkara ini iaitu:
aku sama macam titan, taknak jadi kaya, hidup biar selesa dan ala kadar. kalo kita kaya banyak pertanyaan yang akan ditanya diakhirat kelak..ke mana duit kita jalan. Kadang2x dengan duit nilah yang menjadikan kita buta dalam agama. Semoga amirnawawi bakal menjadi seorang kaya yang pemurah.
Kalau bro kaya, jangan lupa pula saya
Hadiahkan saya Kereta takpun rumah dua tiga
Saya bukan materialistik ataupun berkira
Rezeki orang nak bagi tak baik kita menolaknya…
Saya dah kaya kerana pendapatan lebih sikit daripada keperluan…dan saya hidup seperti biasa menunaikan yang wajib dahulu diikuti dengan beberapa pilihan untuk kebajikan….semua orang mampu jadi kaya sebenarnya…
salam perkenalan.
alhamdulillah, awak bercita-cita membantu insan lain jika jadi kaya. begitulah lumrah manusia. tetapi jika lihat sekeliling, banyak manusia yang jadi lupa bila dah kaya. lupa pada tuhan, pada keluarga dan paling sedih ada yang lupa pada isteri dan anak-anak bila menjadi kaya sedangkan dahulu, merekalah yang telah sama-sama bersusah-payah. moga kita tidak tergolong dalam golongan itu.
salam perkenalan
maaf MET baru nak belajar masuk blog macam ni dan baru nak mula tulis blog. bukannya niat nak jadi kaya dengan tulis blok sebab MET ni dah berusia, saja nak berkongsi cerita dan idea dengan orang muda macam awak.
Alhamdulillah, awak bercita-cita nak bantu orang bila dah kaya nanti. rasanya semua orang bercita-cita begitu. tetapi jika kita pandang sekeliling kita dan surat khabar dan majalah yang kita baca setiap hari, tentunya kita dapati berapa ramai orag yang lupa diri, lupa keluarga,lupa ibubapa malahan lupa anak dan isteri bila dah jadi kaya. Entah dimana silapnya.
Semuga Allah memelihara kita dari golongan itu.
Bilion terima kasih diucapkan kerana menyertai kontes contest #‎DuitRaya‬ dan semoga berjaya. Sentiasalah melawat Denaihati yer untuk mengetahui update terkini contest dari masa kesemasa.
Semoga berjaya dlm bidang diceburi dan rezeki yang mencanak dan bolehlah jadi kaya dan membeli harta dan mengumpulkannya…semoga berjaya di contest DH..

D – Doa
U – Usaha
I – Ikhtiar
T – Tawakal..
Terima kasih atas nasihat. 🙂
aku tak nak kaya. Aku nak hidup selesa aje. Leh makan cendol hari-hari..dah cukup bahagia dah bagi aku. haha..
haha. Cendol Banting semangkuk bro!
Salam, nampak artikel fasal you semalam.. kat Utusan… sisipan kecil tu., Tahniah…
Terima kasih. Insyaallah esok saya keluarkan sisipan itu ya 🙂
nak jugak kaya, tapi belum tiba masanya
harap-harap, bila kaya nanti, boleh berbakti kepada keluarga dan masyarakat
inshaAllah
Amin.. ambo pun gituh la. semoga boleh tolong oghe sekeliling
aku sama macam titan, taknak jadi kaya, hidup biar selesa dan ala kadar. kalo kita kaya banyak pertanyaan yang akan ditanya diakhirat kelak..ke mana duit kita jalan. Kadang2x dengan duit nilah yang menjadikan kita buta dalam agama. Semoga amirnawawi bakal menjadi seorang kaya yang pemurah.
Bagus-bagus. Semoga tercapai la cita-cita bro itu ya.. 🙂
kalau aku kayaaaa hari-hari-hari raya
uhuk-uhuk batuk pulak…
usaha yang baik. semoga berjaya di dunia & akhirat, insya-Allah
hahaha. Begitulah hendaknya. Pakat usaha dulu semuanya..
Kalau bro kaya, jangan lupa pula saya
Hadiahkan saya Kereta takpun rumah dua tiga
Saya bukan materialistik ataupun berkira
Rezeki orang nak bagi tak baik kita menolaknya…
hehehehe..
Amboi bro. Berpantun pula… Saya beli pantunnya..
Saya taklah kaya harta,
Wang ringgit pangkat pun masih tiada.
Kalau ada, saya tak berkira,
Setakat cendol Banting apa salahnya..
hehe
Saya dah kaya kerana pendapatan lebih sikit daripada keperluan…dan saya hidup seperti biasa menunaikan yang wajib dahulu diikuti dengan beberapa pilihan untuk kebajikan….semua orang mampu jadi kaya sebenarnya…
Alhamdulillah. Boleh la hulur sedikit kepada sayaa..hehehe
Bila dah kaya jgn lupa org lain. Bantulah mereka
Itu yang sebaiknya. jangan lupa asal usul…
kalau aku kaya.. tiap2 minggu buat giveway, contest. hehe
Untunglaaaaaa….hahaha
salam perkenalan.
alhamdulillah, awak bercita-cita membantu insan lain jika jadi kaya. begitulah lumrah manusia. tetapi jika lihat sekeliling, banyak manusia yang jadi lupa bila dah kaya. lupa pada tuhan, pada keluarga dan paling sedih ada yang lupa pada isteri dan anak-anak bila menjadi kaya sedangkan dahulu, merekalah yang telah sama-sama bersusah-payah. moga kita tidak tergolong dalam golongan itu.
makieteng.blogspot.com / KesaH OranG DewasA
salam perkenalan
maaf MET baru nak belajar masuk blog macam ni dan baru nak mula tulis blog. bukannya niat nak jadi kaya dengan tulis blok sebab MET ni dah berusia, saja nak berkongsi cerita dan idea dengan orang muda macam awak.
Alhamdulillah, awak bercita-cita nak bantu orang bila dah kaya nanti. rasanya semua orang bercita-cita begitu. tetapi jika kita pandang sekeliling kita dan surat khabar dan majalah yang kita baca setiap hari, tentunya kita dapati berapa ramai orag yang lupa diri, lupa keluarga,lupa ibubapa malahan lupa anak dan isteri bila dah jadi kaya. Entah dimana silapnya.
Semuga Allah memelihara kita dari golongan itu.
Bilion terima kasih diucapkan kerana menyertai kontes contest #‎DuitRaya‬ dan semoga berjaya. Sentiasalah melawat Denaihati yer untuk mengetahui update terkini contest dari masa kesemasa.
Semoga cepat kaya..
Amin
Semoga kita menjaadi manusia yang kaya segalanya agar baik di dunia maupun akhirat kita bisa mendapatkan kebahagiaan dan kesejahteraan …
Amin ya rabbal alamin. Mudah-mudahan ya..
Good luck bro, semoga berjaya 🙂
Terima kasih bro
Semoga berjaya dlm bidang diceburi dan rezeki yang mencanak dan bolehlah jadi kaya dan membeli harta dan mengumpulkannya…semoga berjaya di contest DH..
Terima kasih bro atas nasihat. Insyaallh
jangan terlampau mengejar kekayaan dunia, akhirat dittinggalkan.
kita kena pandai seimbangkan
Ok