June 15, 2024
Lain-Lain

Kenapa Ikan Pari Bau Hancing?

Ikan Pari Bau Hancing | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar hari ini? Baiklah dalam entri kali ini saya nak kongsikan berkenaan kenapa ikan pari bau hancing.

Ramai di antara kita yang suka akan ikan pari. Masak asam pedas, gulai mahupun bakar. Ikan pari memang sedap dimakan. Namun ada ketikanya ikan pari yang dijamah itu berbau hancing. Kenapa?

Berikut merupakan perkongsian dari puan Asmah Chem berkenaan hal ini.

Ikan pari bau hancing

Ikan pari bau hancing?

Saya terpanggil untuk menjawab persoalan mengapakah sesetengah pari berbau hancing? Adakah kerana pari betina datang bulan?

Orang melayu percaya, pari hancing disebabkan pari betina datang bulan. Sampai ke hari ni, masih ramai berpegang kepada teori tersebut.

Sebenarnya ia adalah Mitos semata, kerana pari bukanlah mamalia yang mempunyai endometrium. Oleh sebab itu, pari tak mungkin terlibat dengan kitaran haid. Pari bertelur dan anaknya menetas di dalam badan. Selepas menetas, anak tersebut dikeluarkan dari badan. Jenis reproduksi ini dinamakan ovovivipar.

Sebenarnya di dalam badan pari terdapat urea dan trimethylamine oxide (TMAO) yang berfungsi untuk menstabilkan protein bila kepekatan urea tinggi.

Bila ikan pari mati dalam tempoh yang lama, ikatan peptida protein terurai kepada cyanate dan ammonium seterusnya membebaskan karbon dioksida dan ammonia. Ammonia inilah yang berbau hancing. Semakin lama kematian berlaku, bau hancing semakin kuat, lebih2 lagi dalam organ pari.

Saya dah berniaga pari hampir 8 tahun, tapi tak pernah terserempak dengan pari hancing. Sebaik saja pari naik dari jeti, pari terus dibawa ke kedai, siang, buang organ dan potong. Tidak pernah ada yang hancing kerana ianya segar.

Hakikatnya, pari hancing disebabkan tidak segar. Bukan disebabkan datang haid. Berhenti mempercayai mitos yang bertentangan dgn ilmu sains.

Tips memilih pari segar, pastikan isi kelihatan pejal, merah dan segar. Elakkan membeli pari yang sudah lembik dan pucat, ataupun pari yang sudah coklat warnanya. Hidu bau pari tersebut dan pastikan baunya segar dan tidak hancing. Pilihlah pari yang segar untuk mengelakkan masakan rosak akibat bau hancing. Bau hancing tidak akan hilang walaupun dicuci dengan 1001 petua. Wallahua’lam.

Pesanan ikhlas, Asmah Chem, Tropika Freshmart Bangi.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *