Kemaskini: Keputusan Pilihan Raya Kecil N01 Kuala Besut
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua para pembaca yang budiman sekalian. Semoga puasa hari ini dalam keadaan baik-baik sahaja. Kali ini saya ingin berkongsikan mengenai pilihanraya kecil di N01 Kuala Besut Terengganu.
Kuala Besut merupakan sempadan antara Kelantan dan Terengganu. Jadi tidak hairanlah jika ramai jentera parti dari mana-mana pihak yang di bawa dari Kelantan. Penutur di Dun ini juga masih menggunakan dialet Kelantan dalam urusan seharian mereka.
Ayuh kita lihat dahulu sedikit info mengenai PRK Dun Kuala Besut ini..
Pilihanraya kecil ini diadakan setelah kematiaa penyandangnya dari Barisan Nasional. Dengan menurunkan calon muda pada edisi kali ini, BN sememangnya mempunyai ramuannya yang tersendiri bagi menawan hati pengundi.
Namun PAS juga tidak kurang hebatnya. Dengan menurunkan Azlan atau lebih dikenali sebagai Che Long dalam kalangan orang tempatan yang sememangnya sudah terkenal dengan sifat pemurahnya. Seorang kontraktor kelas A yang sopan santun orangnya.
Apepun PRK kali ini sengit bagi memastikan kelangsungan kerajaan Terengganu yang ada sekarang. Jika mereka kalah, kerusi Dun Terengganu menjadi 16:16.
Apapun, kita mengharapkan parti yang benar-benar layak mampu memerintah Terengganu ke arah sebuah peradaban yang baik…
[notice]
Kemaskini (Info tidak rasmi, sumber)
Keputusan PRK N01 : (Akan dikemaskini sejurus diumumkan SPR)
BN: – 6966
PAS:- 4324
[/notice]
hoho..tak sabar tunggu result nih..
oh, ingatkan result da keluar..
Tahniah diucapkan kepada wakil BN kerana telah memenangi pilihan raya kecil N01-Kuala Besut.. Semoga boleh mantadbir kawasan tersebut dengan baik… 😉
Aikk? Nampak sangat baca tak habis.. Entri ni tak sebut pun sapa yang menang.. ermm