February 23, 2024
Technology

Kieslect Calling Watch Ks – Gaya Bergaya

Kieslect Calling Watch Ks | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya nak kongsikan mengenai Kieslect Calling Watch Ks.

Kieslect Calling Watch Ks

Untuk makluman semua, sebenarnya saya baru sahaja mendapatkan jam baharu ni. Survey punya survey makan jumpalah jam pintar ni. Senang ambil yang ni disebabkan pelbagai fungsi yang ada padanya.

Sebenarnya terpengaruh jugalah dengan kawan-kawan yang telah menggunakan jam ini sebelum saya. Nampak selesa dan best sahaja pakai, saya pun apa lagi terus beli jugalah. Pengaruh rakan sebaya betul.

Jadi dalam entri kali ini saya nak kongsikan dengan ada semua pengalaman yang saya ada bersama Kieslect Calling Watch Ks ini supaya anda juga dapat buat penilaian. Mana tahu lepas ini anda pula yang akan mendapatkan jam ini.

Pengenalan Mengenai Kieslect

Bagi yang masih belum kenal dengan Kieslect ini, Kieslect telah ditubuhkan pada tahun 2017. Hingga kini mereka telah membekalkan jam tangan pintar yang bergaya kepada lebih 5,000 kedai runcit di lebih 60 negara. Kieslect juga telah bekerjasama dengan penyedia teknologi wayarles terkemuka dan syarikat terpilih untuk menghasilkan jam tangan pintar yang berkualiti dengan reka bentuk yang elegan. Kesemua produk Kieslect diperakui dengan CE, RoHS, FCC dan UKCA, menunjukkan kebolehpercayaan jenama dan pematuhan jenama ini kepada piawaian kualiti.

Tidak hanya dengan itu, Kieslect juga telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Antaranya adalah Red Dot Design Award, iF Design Award, dan German Design Award. Ini menunjukkan produk yang mereka hasilkan bukanlah biasa-biasa namun mampu memenangi hati para pengguna mereka. Including me!

Review Kieslect Calling Watch Ks

Baiklah sekarang kita fokus pula pada jam Kieslect Calling Watch Ks ni. Saya pertama kali buka kotak pun dah jatuh cinta. Mana tidaknya bentuk dan warna talinya memang menarik perhatian. Warna kuning dan oren memang mencolok mata. Tambahan pula terdapat lagi tali tambahan berwarna hitam yang boleh ditukar ganti mengikut kesesuaian anda.

Tali oren dan kuning tersebut adalah menggunakan teknologi lekapan magnet. Ya! Hanya perlu lekatkan bersama dan ianya melekat di tangan. Secara jujurnya ini adalah jam tangan pertama saya ada menggunakan teknologi sebegini. Yang menariknya, pegangannya kuat dan tak jatuh walaupun direntap. Saya dah cuba sebab saya agak skeptikal pada mulanya. Namun setelah saya sendiri rentap, ia memang tidak mudah jatuh. Terbaiklah!

Selain itu Kieslect Calling Watch Ks ini mempunyai paparan Super AMOLED 1.78’’ (368*448), paparan besar berwarna-warni untuk gerak isyarat leret yang lancar. Paparan yang dihasilkan adalah amat jelas dan maklumat pada skrin penuh tanpa bar hitam. Puas hati betul dengan paparan yang ada pada jam Kieslect Calling Watch Ks ni.

Ianya juga mempunyai sambungan Bluetooth 5.2 yang stabil, sambungan yang lebih kuat daripada jam tangan Huawei GT, bersama dengan pembesar suara dan mikrofon yang terbaik untuk panggilan telefon yang jelas tanpa gangguan. Nak bercakap pun selesa dengan pemanggil dapat mendengar dan bertutur dengan baik semasa menggunakannya. Tak ada lagi line tak clear dan terputus-putus. No more excuses. Sekarang boleh buat panggilan dengan jelas. Seronok pula bila tak payah pegang phone bila buat panggilan ni. Pakai jam pintar Kieslect Calling Watch Ks pun dah boleh.

Amaran Kadar Jantung Tidak Normal (Abnormal Heart Rate Warning)

Apa yang lebih menariknya tentang jam tangan pintar ini adalah ianya juga mempunyai Amaran Kadar Jantung Tidak Normal (Abnormal Heart Rate Warning), pengesan denyutan jantung paling canggih untuk memantau kadar denyutan jantung anda 24/7. Anda boleh tetapkan sendiri julat kadar denyutan jantung tertinggi dan terendah yang anda inginkan. Anda akan menerima amaran apabila ia berada di luar julat yang telah anda tetapkan tadi. Ini adalah fungsi yang sangat baik untuk peminat sukan dan individu yang bekerja berat.

Selain itu lagi, fungsi Multi-function Second Button menawarkan pelbagai pilihan, termasuk memasuki mod sukan dengan sekali tekan, mengaktifkan pembantu suara dengan menekan dua kali dan memasuki mod bantuan SOS dengan tekan selama beberapa saat. Ianya cukup mudah dan praktikal untuk digunakan.

Antara 100 mod sukan dalam Kieslect Calling Watch Ks

Kieslect Calling Watch Ks ini juga mempunyai 100 mod sukan. Ini yang saya paling suka. Ia mampu menunjukkan progress anda apabila bersukan. Sebagai contoh saya yang gemar berlari, ianya mampu memberikan maklumat mengenai larian saya seperti berapa kalori yang dibakar dan juga jarak yang telah saya lalui. Yang bestnya, ia akan memberi sorakan apabila anda telah mencapai sasaran yang anda telah tetapkan. Tahniah!

Ujian Tekanan ataupun stress yang dijalankan. Saya normal. Yeaaa.

Ianya juga mempunyai fungsi SPO2, Denyutan Jantung, Pemantauan Tidur, Latihan Pernafasan, Ujian Tekanan dan Ujian Emosi. Ia mampu merekodkan segalanya untuk makluman anda. Ia mampu menjadi rujukan anda dalam menguruskan tahap kesihatan diri masing-masing. Sebagai contoh untuk Pemantauan Tidur ataupun Sleep Monitoring ini mampu memberikan makluman secara jelas tahap tidur anda. Berapa lama anda tidur dan berapa lama anda berada dalam mod tidur yang betul-betul lena (deep sleep). Ianya mengetahui segala yang anda sukar ketahui. Ia merekodkan segalanya untuk anda!

Selain itu, ia mengandungi Cip panggilan Teras 2-dalam-1 ke-3 di dunia, selepas Apple dan Samsung. Dengan adanya cip 2-dalam-1 ini, penggunaan kuasa adalah 30% lebih rendah daripada cip dwi, membolehkan ia bersaing dengan 10 jam tangan nipis calina teratas dari segi hayat bateri. Memang Kieslect Calling Watch Ks ini memberikan pengalaman panggilan yang pantas, stabil dan cekap tenaga. Bateri yang tahan lama!

Yang lebih menariknya, KIESLECT memberikan waranti selama setahun kepada pelanggan. Jika berlaku apa-apa terhadap produk Kieslect sepanjang tempoh ini, anda boleh menukar mana-mana produk yang rosak (tidak termasuk aksesori) untuk unit serba baharu. Walau bagaimanapun, jika produk rosak disebabkan faktor manusia, KIESLECT berhak untuk tidak menggantikannya.

Pengalaman Bersama Kieslect Calling Watch Ks

Setelah menggunakan jam tangan pintar Kieslect Calling Watch Ks ini, saya telah memakainya untuk beberapa aktiviti dan juga pakaian. Memang sesuai untuk semuanya. Yang paling penting talinya boleh ditukar dan dilaraskan mengikut kesesuaian yang anda mahukan.

Pakai untuk kasual pun boleh
Pakai untuk pakaian formal seperti pakaian kebangsaan pun boleh.
Pakai untuk bersukan lagilah boleh. Dengan pelbagai features yang ada sememangnya sesuai untuk bersukan.

Tonton video dibawah untuk memahami serba sedikit berkenaan jam Kieslect Calling Watch Ks ni.

Cara Mendapatkan Kieslect Calling Watch Ks

Bagi anda yang penasaran nak dapatkan juga jam tangan pintar ini bolehlah berbuat demikian pada pautan laman berikut;

Shopee: https://shopee.com.my/kieslect.os

Untuk anda yang sedang membaca entri ni, saya ada satu tawaran istimewa untuk anda semua jika anda membuat pembelian melalui pautan di atas. Gunakan kod seperti di bawah dan dapatkan RM10 diskaun untuk pembelian. Tawaran untuk masa terhad sahaja.

Kieslect Calling Watch Ks Bonus Discount RM10 voucher: KIESKS

Laman Sesawang Kieslect

Untuk anda yang masih lagi ragu dan teringin untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan dengan produk Kieslect bolehlah melayari mana-mana medium seperti di bawah:

Facebook: https://www.facebook.com/Kieslect.MY
Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/
Twitter: https://twitter.com/KieslectMY
Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR
TikTok: https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia

Jadi itu sahaja untuk kali ini, jangan lupa untuk dapatkan Kieslect Calling Watch Ks ni juga ya. Saya dah dapatkan yang saya punya dan amatlah berpuas hati dengan apa yang ditawarkan, jadi saya sarankan untuk anda berbuat demikian juga.

Bye. Assalamualaikum

#kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness  

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *