Majlis Pelancaran De Centrum Mall & Park Inn By Radisson Hotel
Salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian .semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai majlis pelancaran pusat membeli belah yang terbaharu di Kajang iaitu De Centrum Mall dan juga majlis menandatangai surat tunjuk niat bagi pembinaan Park Inn By Radisson Hotel.
Majlis Perasmian De Centrum Mall
Untuk makluman semua, De Centrum Mall ini terletak di De Centrum City Kajang. Pusat membeli belah ini cukup terkenal dalam kalangan pelajar di Universiti Tenaga Nasional dan juga UICKL kerana ianya cukup berdekatan dengan pusat pengajian ini.
Mana tidaknya, jika jarak dari institusi ini hanyalah sekadar jarak berjalan kaki sahaja. Jadi pembinaan pusat membeli belah ini cukup strategik bagi menarik golongan pelajar dan juga warga universiti di sini. Semua sedia maklum, bilamana terdapat sahaja insititusi pendidikan di tempat tersebut, maka kawasan sekeliling akan menjadi lebih maju dan berkembang.
Jadi pembinaan De Centrum Mall ini amatlah sesuai dan bertepatan sekali kawasannya. Dimaklumkan bahawasanya De Centrum Mall ini telah memulakan operasi sejak tahun lalu lagi, namun pada 8 Oktober yang lalu telah diadakan majlis perasmian rasmi bagi pusat membeli belah ini. Ianya telah diadakan dengan cukup gilang gemilang sekali.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pertunjukkan tarian singa, pertunjukan dinasor dan juga majlis pemotongan riben simbolik perasmian.
Majlis Menandatangai Surat Tunjuk Niat Pembinaan Park Inn By Radisson Hotel
Selain daripada perasmian De Centrum Mall, terdapat juga majlis lain yang berlangsung pada hari tyersebut iaitu majlis menandatangani surat tunjuk niat bagi pembinaan Park Inn By Radisson Hotel. Hotel yang dijangka bermula pembinaan pada 2018 ini dijangka menelan belanja sebanyak RM30 juta. Ianya dijangka siap menjelang tahun 2020.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa hotel ini mengambil masa yang cukup singkat untuk siap. Ini adalah kerana hotel ini dibina daripada pengubahsuaian hostel/ asrama yang diduduki oleh bekas pelajar IUCKL. Oleh yang demikian, masa yang diambil untuk pembinaan hotel ini adalah lebih cepat daripada pembinaan hotel yang dari kosong (from scratch).
Hotel yang diubah suai ini mengandungi 9 tingkat termasuk kolam renang di bumbung, lounge, gimnasium, kafeteria, restoren makanan Cina dan pelbagai lagi.
Pada majlis ini telah dihadiri oleh Mr Andrew Flaig iaitu Timbalan Presiden Calson Hotel, Inc (Asia) dan En Marc Kramer , Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan mewakili Carlson Hotel, Inc.
Dengan menandatangi perjanjian hari tersebut, maka bermulalah langkah pertama dalam kerjasama dan permulaan perjanjian bagi perkhidmatan pembangunan dan perjanjian pengurusan hotel yang bakal ditandatangani kelak.
Pembinaan hotel ini cukup bertepatan kerana De Centrum City, iaitu tempat pembinaan hotel ini merupakan kawasan yang komprehensif bagi pembinaan bandar kecil dengan pelbagai servis jualan, kawasan tempat tinggal, kawasan rekreasi, pejabat, hospital dan juga kompenen pendidikan yang lain. Selain itu juga, kawasan ini hanyalah 11 KM dari Putrajaya dan 33 KM dari lapangan terbang.
Majlis Perasmian SPP Book Agency.
Selain dari perasmian De Centrum Mall, pada hari tersebut juga diadakan majlis perasmian kedai buku SPP Book Agency yang berada di tingkat atas De Centrum Mall ini. SPP Book Agency ini juga merupakan salah satu penyewa yang terdapat di pusat membeli belah ini.
Terdapat pelbagai jenis buku dan bahan rujukan yang terdapat di sini. Selai daripada alat tulis, bahan pembelajaran yang lain juga boleh didapati di sini pada harga yang berpatutan.
Jadi buat anda yang berada di kawasan De Centrum City dan Kajang ini bolehlah berkunjung ke De Centrum Mall bagi menjalani pengalaman membeli belah yang menarik dengan pelbagai pilihan yang menarik.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi melalui mana-mana medium di bawah:
Protasco Berhad Corporate Office
2nd Floor, Corporate Block, Unipark Suria, Jalan Ikram-Uniten
43000 Kajang, Selangor, Malaysia
T: (603) 8738 3388
F: (603) 8926 4008
Cantik pemandangan De Centrum City pada waktu malam.. Nampak eksklusif..
Selalu makan di sini, ada restoran Arab yang hidangkan makanan lazat.