Makan Malam Bersama P1 dan OMA
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Apa khabar anda semua hari ini? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah memandangkan Tahun Baru Cina hampir menjelang tiba, saya ingin kongsikan sedikit kepada anda mengenai makan malam yang saya hadiri baru-baru ini.
Untuk makluman semua, Khamis yang lepas saya telah pergi ke Majlis OMA Chinese New Year Gathering. OMA tu apa? OMA adalah ringkasan Online Media Associates. Saya pergi menggunakan public transport sahaja dan tiba di Hanz  Harvest Cafe tepat pukul 7 malam.
Dijamu dengan perlbagai makanan yang enak-enak semuanya. Dan yang paling penting untuk kami yang muslim ini adalah ianya HALAL. Dan paling yang menariknya adalah waktu memakan Yee Sang. Untuk makluman, ini pertama kali saya memakannya. biasanya tengok di dalam TV sahaja. Namun kali ini berpeluang melakukannya di depan mata. Dan Yee Sang ini SEDAP!
Makan malam yang lain juga tersedia dan enak belaka. Selepas itu diteruskan dengan ucapan dari Pengurus Bahagian Operasi mereka. penerangan dari mereka mengenai isu CTOS (Credit Tip-Off Service). Wokeh, alang-alang dah bercakap mengenai CTOS ini, apa kata kita baca lebih lanjut mengenai hal ini.
Setelah itu, majlis cabutan bertuah dijalankan, dan pemenangnya ialah Bro Framestone. Tahniah bro. Terima kasih juga sebab jemput saya. Seterusnya sesi bergambar diadakan. Sungguh mesra warga P1 ini semua. Semoga berjumpa lagi di lain hari.
Semoga team P1 lebih sukses di masa-masa akan datang. Selamat Tahun baru Cina buat semua yang berbangsa Cina dan semoga tahun Kuda ini akan memberikan lebih kekayaan dalam kehidupan. kaya tu kaya juga, jangan lupa kongsi dengan saya..hehehe
AM: Tak pasti liputan P1 ada atau tidak di kampung saya yang amat pendalaman itu.
Yang penting dapat makan FREE yea….. kenyang perut senang hati…..
Kebetulan saya pi makan KyoChon bro..hehe
Memang confirm ek restoran tu ada halal?
ada jual minuman keras?
Takde nampak la pula..
iNsyaallah cikgu, saya ni bukan main bedal jer apa yang masuk perut saya..
xjoin sbb hari bekerja
agak limit waktu nak join.. huhuh
Saya pun kebetulan pergi 1utama.. SInggah la kejap sini
macam mana rasa Yee Sang tu ek?macam sedap jer..huhu
Sedap.. padahal sayur jer pun..haha
Best jugak kalau ada orang invite join events2 mcm ni dpt makan free hehe
Jemput la join OMA, nanti dapatlah turut serta dalam event macam nih
Saya tertarik melihat gambar pinggan tu… 😉
Sekarang ini sudah berbalik kepada TM. Kuota selalu sahaja habis guna pakej Wireless broadband jenama Y.
aku harap diorang berubah. itu aje.