December 9, 2024
Lain-Lain

Membina Minda Positif

 

Assalamualaikum dan salah Sejahtera semua. Hari ni ringan jemari aku untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang aku ada ni. Ini pom aku dapat dari orang yang lebih berpengalaman. Jadi rasa terpanggil untuk turut berkongsi dengan anda. Ini merupakan cara-cara yang aku lakukan untuk membina minda aku yang positif. Jikalau dirasakan cara ini tidak sesuai dengan anda, maka abaikanlah ia. 😛

1)Fikirkan yang positif sahaja

Sebagai contoh, jikalau ditimpa sedikit kerumitan atau masalah, tolong bertenang dan cari penyelesaian sebaiknya. Jangan menimbulkan kekalutan dalam diri anda kerana otak yang normal dapat berfikir secara waras pabila minda kita tenang. Kalau minda tu tengah memberontak macamana idea yang menarik mampu terhasil. Kecuali la anda memang suka buat benda kalut-kalut..

2) Berkata- Kata Yang Positif Sahaja

Ramai yang saya perhatikan suka sangat merendahkan kelebihan diri sendiri. Belum cuba lagi namun mulut sudah terkumat-kamit mengatakan aku tidak mampu buat itu dan ini. Padahal diri sendiri belum lagi mencuba. Tanamkan dalam diri yang anda mampu lakukan sesuatu. Perlakuan kita akan dituntun dengan minda yang kita telah setkan positif tadi. Jikalau ada katakan yang anda tidak mampu lakukan, mana mungkin anda mampu lakukannya.

3) Berada Dalam Kelompok Orang-Orang yang Positif

Tak semua orang di dunia ini mempunyai minda serta pemikiran yang positif. Oleh sebab itu, carilah teman-teman atau kawan anda dari golongan orang yang positif serta memang mengetahui akan minat anda. Sebagia contoh jikalau anda seorang yang memang sukakan bidang perniagaan. Carilah orang-orang yang suka akan bidang yang sama. Secara tidak langsung ia akan turut menjadikan anda bermotivasi serta mempunyai mentor untuk mencapai impian anda itu.

4) Buangkan yang Negatif, Ambik Yang Positif

Dalam hidup kita ni memang akan ada sesuatu yang negatif serta positif. Kita memang kena akui nya. Namun kitap erlulah snetiasa mengambil yang ppositif.  Dalam kehidupan kita pun sentiasa dipenuhi dengan dua pemikiran  yang berbeza ini. Sebagai contoh, ada berjalan-jalan dan tersepak batu lalu terjatuh. Minda yang negatif seraya berkata ” Cis! Celaka punya batu, ramai-ramai orang aku jugak yang kau jadikan mangsa ya”. Begitulah minda negatif. Namun jika kita cuba mempositifkan apa yang berlaku mungkin lebih menyenangkan. ” Ya Allah, terjatuh plak aku. Nasib baik aku yang terjatuh ni. Buang batu ni jauh-jauh. nanti ada pula orang lain yang turut jadi mangsa”. Tengok macamana dua cara berfikir yang berbeza mampu dijana berdasarkan satu situasi yang sama. Kita boleh memilih untuk mengambil teknik fikiran yang mana. Pilihan yang tepat akan memastikan kita mendapat manfaatnya.

5) Fikirkan akan Kesudahan yang Baik

Dalam membuat sesuatu perkara semestinya kita inginkan kesudahan yang baik bukan? Jadi permulaan yang baik adalah memikirkan tentang kesudahan yang baik. Contohnya bila kita hendak memandu pulang ke rumah. Bayangkan isteri serta anak anda menyambut kepulangan anda dengan gembira. Semestinya anda akan dibimbing oleh minda yang positif untuk sampai di rumah. Cuba anda bayangkan yang si isteri menunggu anda dengan muka yang bengis dan penyapu di tangan. Semestinya anda pulang dengan perasaan gundah gulana dan tidak gembira.

Itu sahaja dahulu sedikit yang saya mampu kongsikan bersama-sama. Kadang-kadang kita selalu sangat memikirkan tentang buruknya sesuatu perkara. Namun jarang sangat kita memikirkan tentang kelebihan ia. Minda positif mampu menjadikan hidup anda tenang, harmoni serta menghasilkan kerja yang produktif. Kejayaan memang milik anda!

 

AM: Jom tukar cara berfikir kita. Positifkan minda kita semua! 

 

Jika anda rasa tips ini berguna, tekan like dibawah untuk berkngsi dengan rakan-rakan anda..

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

6 thoughts on “Membina Minda Positif

  • juanita

    Insyallah…dengar berfikiran secara positif sahaja kita mampu menerima segala2 yang terjadi bukan sebab kebetulan, dia adalah sesuatu yg anda sendiri rancangkan 🙂

    Reply
  • be +ve.. leh develop professionalism di dalam diri 🙂

    Reply
  • Nak berjaya kene sentiasa positif kalis kata-kata ^_^ terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat 😉

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *