December 9, 2024
Food

Menu Baru di Boat Noodle Sempena Tahun Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sedang membaca blog ini. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai menu baru di Boat Noodle sempena tahun baru ini.

Untuk makluman semua, pada hujung minggu lepas, saya dan kawan-kawan telah berkunjung ke Boat Noodle di Empire Damansara untuk mencuba menu yang terbaru dari Boat Noodle. Ruangan restoran di sini cukup kondusif untuk anda singgah bersama keluarga dan kawan-kawan.

Kami sebenarnya begitu teruja untuk datang ke Boat Noodle ini. Mana tidaknya, kami ini merupakan penggemar mee sampan yang terkenal di negara gajah putih, Thailand. Nak ke sana tu memang memerlukan kos yang tinggi. Apa kata kalau ke Boat Noodle sahaja untuk mencuba mee sampan yang asli. Dekat dan sedap.

Kami diberitahu bahawasanya pada waktu ini terdapat beberapa menu baharu yang dimasukkan untuk memberi pengalaman makan yang berbeza kepada pelanggan.

Menu yang dimaksudkan adalah:

1. Blue Butterfly

2. Mango Smoothie

3. Prosperity Yum (Beef/Chicken)

4. Thai Fried Chicken

Jadi maksudnya terdapat 2 jenis minuman dan 2 jenis makanan baharu yang disajikan di Boat Noodle. Memang rasa yang berbeza untuk dicuba oleh sesiapa sahaja yang menikmati hidangan ini.

Jom saya kongsikan satu demi satu rasa yang terkandung bagi setiap menu baharu ini.

1. Blue Butterfly

Ini merupakan air yang terbaru yang berperisa lemon. Apa yang menariknya air ini diperbuat daripada pewarna bunga telang. Kita sedia maklum yang warna biru bunga telang ini cukup terang. Namun yang ajaibnya apabila jus lemon disiram ke dalam gelas, air tadi bertukar warna. Rasa masam-masam yang cukup sedap.

2. Mango Smoothie

Air ini pula merupakan air mangga yang dikisar halus. Berbeza dengan air di atas, aisnya dikisar bersama jus mangga untuk menghasilkan smoothies yang memang sedap untuk diminum. Terasa halus sahaja dalam mulut. Smooth in your mouth.

3. Prosperity Yum

Bagi hidangan mee ini pula terdapat 2 pilihan mee yang boleh dipilih bersama kuah tomyam. Pilihan mee tersebut adalah  Thai Rice Noodles dan juga Springy Noodles. Rasanya lain daripada perasa yang kita biasa makan di Boat Noodle. Rasa tomyam bersantan yang cukup baik sehingga mampu mengeletek deria rasa anda untuk mencuba lagi dan lagi.

4. Thai Fried Chicken

Ayam goreng ini merupakan salah satu menu yang wajib anda cuba. Jujur untuk saya katakan yang kami berjaya menghabiskan lebih 5 pinggang ayam goreng ini pada hari tersebut. Mana tidaknya, rasa yang cukup sedap jika dibandingkan ayam goreng seumpamanya menjadi kami untuk makan lagi dan lagi. Really recommended.

Secara keseluruhannya menu ini wajib dicuba oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke Boat Noodles. Memang tak rugi untuk anda cuba sebab rasanya memang terbaik di mulut anda. Harganya usah bimbang, memang mampu milik.

Apapun, untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Boat Noodle ini bolehlah melayari mana-mana medium seperti di bawah.

>> INSTAGRAM | FACEBOOK <<

Terima kasih.

I still love their Sangkaya!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *