April 26, 2024
Lain-Lain

Selain Merah, Kini NCIG Tampil Dengan Edisi Warna Biru

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai peranti anti rokok NCIG yang telah mengeluarkan edisi terbaru yang berwarna biru.

Untuk makluman semua, pada sambutan hari raya yang lepas, telah diadakan juga pelancaran bagi edisi baharu peranti NCIG iaitu yang berwarna biru. Jika sebelum ini dihadirkan dengan berwarna merah dan hitam, kali ini ianya tampil lebih elegan dengan koleksi yang berwarna biru.

Tidak hanya rekabentuk dan warna yang berbeza, namun yang paling penting adalah peranti anti rokok ini telah berjaya membantu ramai perokok tegar di luar sana untuk berhenti merokok dan beralih kepada menggunakan peranti NCIG ini.

Tidak hanya sebagai peranti, namun NCIG ini adalah satu gaya hidup kepada pengguna mereka. Boleh dibawa kemana sahaja dan mudah digunakan. Selain dari tidak menghasilkan asap yang menggangu orang lain seperti rokok, peranti ini sememangnya pilihan terbaik untuk pengguna di luar sana,

Pengeluaran warna biru kali ini adalah permintaan daripada pengguna peranti NCIG ini sendiri. Setiap orang ada warna kegemaran mereka, Jadi pengeluaran warna biru ini adalah untuk memenuhi impian pengguna yang gemar akan warna ini. Nampak ekslusif dan elegan.

Shariffuddin Bujang , pengasas NCIG

Semenjak Jun 2019 lalu, peranti NCIG Edisi Biru ini telah terjual sebanyak 16,000 unit dalam masa 2 minggu. Wah! Satu angka yang begitu besar sekali. Nampak sangat yang NCIG ini ada pengikut tegar mereka tersendiri. Menurut Shariffuddin Bujang, pihaknya menerima maklum balas yang luar biasa daripada pengguna NCIG yang kini selesa menggunakan peranti ini sebagai salah satu alternatif untuk berhenti merokok.

“Kami amat berbesar hati apabila jenama NCIG semakin dikenali ramai terutama generasi muda yang kini berjaya mengubah gaya hidup mereka dengan NCIG. Malah ramai juga rakan selebriti yang menggunakan produk ini dan menyukai perisa yang kami perkenalkan. Kami percaya kejayaan NCIG Blue Edition ini adalah bukti semakin ramai rakyat Malaysia ingin mengubah gaya hidup mereka sekali gus menjadi pengikut setia kami,” kata Pengasas NCIG.

Bagi anda yang ingin mendapatkan NCIG Edisi Biru, bolehlah ke cawangan pertama NCIG di Desa Sri Hartamas atau layari mana-mana medium seperti di bawah ini

WEBSITE  
FACEBOOK 
INSTAGRAM 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Selain Merah, Kini NCIG Tampil Dengan Edisi Warna Biru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *