December 11, 2024
Hal-hal Semasa

PatentMall, Pusat Sehenti Patent Anda

Asslamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda smeua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai PatentMall.

Pertama sekali bila dengar perkataan mall je saya mesti teringat shopping mall. Mana tidaknya sekarang penuh dan banyak wujudnya mall dalam talian yang menyediakan perkhidmatan jual beli barangan. Jadi saya fikirkan PatentMall ini adalah tempat yang jual barang seperti pakaian, gajet dan  sebagainya. Rupa rupanya salah! PatentMall menyediakan “platform”pengiklanan percuma untuk semua ciptaan harta intelek (patent, copyright, trademark, industrial design) yang kebanyakannya dikeluarkan atau dicipta oleh sektor pendidikan iaitu Universiti-universiti atau pihak Research Institution ” (R.I) di Malaysia. PatentMall wujud pada tahun 2012 dan selama 4 tahun menjalankan kajian mengenai solusi terbaik bagi pengkomersialan paten.

Patentmall.asia

Faham? Tak faham lagi mari saya terangkan secara ringkas. Universiti kita banyak menghasilkan kajian yang berterusan. Kerajaan juga memberikan banyak dana kepada universiti untuk menjalankan kajian. Saya sendiri pun pernah menjalani kajian selama setahun. Namun setelah siap kajian, kita tiada tempat untuk komersilkan hasil kajian kita tersebut. Jika tiada pengkomersilan maka sia-sia sahajalah kajian yang kita lakukan tersebut.

Jadi, dengan itu wujudnya PatentMall ini untuk memasarkan dan mencari pembeli yang ingin mengkomersilkan hasil kajian kita. Maka kajian yang kita hasilkan itu tidaklah sia-sia dan membuahkan hasil yang banyak. PatentMall ini kiranya sebagai pusat sehenti untuk segala patent yang dihasilkan oleh universiti tempatan. Maka pembeli yang berkenan akan mencari mana-mana hasil kajian yang mereka ingin komersilkan dan deal patent tersebut dengan pemilik berkenaan. Kini PatentMall mempunyai lebih 1000 Paten yang telah sedia untuk di pasarkan daripada UKM, USM, UPM, UTM, UM, dan banyak lagi.

Melalui PatentMall, pelawat dapat memahami dan melihat tawaran harga, status Paten, Profil Pencipta Paten, Sistem “direct messaging” dan banyak lagi dengan jelas, mudah dan cepat. Tawaran harga adalah didalam matawang USD, ini bagi memudahkan urusan jual beli dengan pembeli di luar negara.  Tawar menawar dapat dijalankan secara  terus melalui sistem “bidding”,  setelah harga yang dibincangkan dipersetujui atas talian, maka barulah perjumpaan dirancang dan dipersetujui. Dengan ini dapat mempercepatkan proses pembelian .

Dan segala servis ini adalah percuma!

Ya! percuma. Ini adalah satu usaha yang dihasilkan oleh Patent Mall Sdn Bhd. PatentMall berjaya mendapatkan dana daripada CRADLE FUND bagi mewujudkan prototaip portal web untuk proses jual beli paten secara terbuka atas talian (Online). Jadi pada 25 Februari dilancarkan secara rasminya portal web ini.

 

MANFAAT PATENTMALL

 

  1. Faedah-faedah utama PatentMall kepada masyarakat dan negara:
  2. Menjadi satu pangkalan data Paten negara.
  3. Memudahkan organisasi dan kerajaan mendapat data terkini yang boleh mengukur proses pengkomersilan.
  4. Memudahkan proses pencarian dan jual beli Paten.
  5. Memperkenalkan dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keistimewaan dalam perniagaan menggunakan paten secara am.
  6. MempromosikanTeknologi Malaysia kepada Asia dengan lebih mudah.
  7. PatentMall membantu ekosistem diantara pencipta paten, organisasi atau universiti dan pelabur atau pembeli dan komuniti.
  8. PatentMall menjadi sistem sokongan kepada “Research Institution (R.I) dan universiti .

Pada 25 Februari yang lepas, diadakan

MAJLIS PELANCARAN PATENTMALL.ASIA DENGAN KERJASAMA MATRADE & PPIPBM DAN DISOKONG OLEH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI, MALAYSIA.

“ MALAYSIAN TECHNOLOGIES GOING GLOBAL”

Untuk makluman semua, majlis ini dihadiri tetamu kenamaan iaitu YBhg Dato’Prof Dr.Asma Binti Ismail  Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Majlis ini berlangsung dengan gemilang di Dewan Perdana MATRADE dan dihadiri oleh pelbagai wakil dari pelbagai agensi.

patentmall 4
Ucapan Aluan dan Penerangan PatentMall oleh En.Muhammad Mohan Krisna | Pengerusi PatentMall Sdn Bhd
patentmall 5
Penerangan ke 2 oleh En.Jaime Omar Walford | Ketua Pegawai Eksekutif PatentMall Sdn Bhd
patentmall 2
Kata alu-aluan daripada Dato’ Dzulkefli Mahmud, CEO MATRADE
patentmall 3
Ucapan perasmian YBhg Dato’Prof Dr.Asma Binti Ismail Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
patentmall 7
Majlis pertukaran memoradum persefahaman antara pihak PaterntMall dan pihak universiti sambil disaksikan oleh Prof Dato’ Dr Asma Ismail
Sidang media sejurus tamat majlis
Sidang media sejurus tamat majlis

Jadi buat smeua para akademik dan juga para pengusaha oblehlah berhubung terus di Patent Mall ini dan mewujudkan peluang bersama untuk mengkomersilkan produk yang berkenaan.

Sesungguhnya usaha yang ditunjukkan oleh pihak Patent Mall ini perlu mendapat pujian kerana idea bernas yang direalisasikan ini.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “PatentMall, Pusat Sehenti Patent Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *