December 11, 2024
Lain-Lain

Pelancaran Produk Flora Skincare by N’Adore Meriah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian, semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai pelancaran produk Flora Skincare by N’Adore.

 

Produk Flora Skincare by N’Adore ini telah diasaskan oleh Puan Nadia Zulkifli. Terdapat kisah yang menarik disebalik terciptanya produk ini iaitu melalui pengalaman Puan Nadia sendiri. Puan Nadia sebenarnya seorang penghidap tumor otak yang telah menjalani pelbagai pembedahan kecil dan besar.

Akibat daripada kesan pembedahan dan rawatan ini, Puan Nadia menghadapi rasa kurang yakin terhadap kulitnya yang rosak akibat terbakar akibat menjalani rawatan radioterapi sebanyak 30 sesi pada muka. Jadi beliau mengambil inisiatif mencipta produk ini bagi menghilangkan parut dan mengembalikan keyakinan dirinya dan juga orang lain.

Produk Flora Skincare by N’Adore ini terdiri daripada pencuci muka, pelembab yang melindungi dari sinar UV, serum, toner, dan terapi kulit. ianya merupakan set lengkap untuk sesiapa yang mementingkan kecantikan kulit wajah.

Produk Flora Skincare by N’Adore ini dihasilkan dengan memasukkan ekstrak bunga peony di dalam setiap rangkaian produk. Mungkin ramai yang masih belum mengetahui mengenai bunga peony ini, namun untuk makluman semua, ekstrak bunga peony ini dapat mengurangkan hyper pigmentasi pada kulit, dapat mengurangkan jalur penuaan dan juga dapat menjadikan kulit cerah dan berseri.

Tidak hanya mengandungi ekstrak peony, produk Flora Skincare by N’Adore juga menggunakan mnyak argan, ekstrak kigelia, ekstrak teh hijau, aloe vera, dan sumber vitamin yabng baik untuk kulit di mana ia dapat merawat parut jerawat, meratakan tona kulit yang tidak sekata, melindungi kulit dari proses oksidasi dan seterusnya menghasilkan kulit yang lebih sihat.

Produk ini juga bebas dari bahan terlarang seperti merkuri. Ianya juga mendapat kelulusan oleh pihak KKM. Oleh yang demikian, kita tidak perlu merasa gusar dalam menggunakan produk ini. ia dijamin selamat untuk digunakan oleh sesiapa sahaja.

Pelancaran bagi produk Flora Skincare by N’Adore ini telah dilangsungkan di Vilej Damansara. Ianya cukup meriah dengan dihadiri oleh pelbagai pihak antaranya, sanak saudara pengasas, wakil media dan juga selebriti media sosial.

Produk Flora Skincare by N’Adore ini hanya berharga RM149 bagi satu set. Ianya cukup berbaloi untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja yang mementingkan kecantikan pada kulit mereka.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan set produk Flora Skincare by N’Adore ini bolehlah menghubungi pihak mereka di mana-mana medium seperti di bawah:

Whatsapps:  +60193140703

Instagram: @floraskincare_official

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *