Pengalaman di Jabatan Pengangkutan Jalan UTC Puduraya
Assalamualaikum semua. Apa khabarkah kalian? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah kali ini ingin saya kisahkan sedikit pengalaman berkunjung ke UTC Puduraya.
Untuk makluman semua, ini adalah pertama kali saya ke UTC Puduraya ini. Jadi, agak semacam juga untuk ke sana. Dengan mengambil LRT sehingga stesen Plaza Rakyat, saya ke sana dengan berjalan kaki. Tujuan utama saya adalah untuk membuat lesen memandu memandangkan hujung  bulan lepas ulangtahun hari lahir saya, otomatik la lesen memandu juga mati.
Saya sampai dan terus mengambil nombor. Fulamak! Penuh orang di dalam ruangan JPJ ini. Saya terpaksa menunggu lebih 70 nombor. Mungkin Jumaat petang, ramai yang nak selesaikan apa yang patut sebelum tibanya hujung minggu.
Tunggu punya tunggu, akhirnya nombor giliran saya tiba. Agak lama juga sebenarnya. Staff yang berada di kaunter hanya 3 orang. Jadi bersabarlah menunggu semua. Sesudah nombor dipanggil, saya bagi salam dan duduk.
Dilemparkan senyuman kepada staff bertugas dan dibalas kembali dengan senyuman dan layanan yang mesra. Macam ini la yang kita mahu dalam agensi kerajaan. Senyum itu mampu mengubat jiwa yang lara. Berjam-jam menunggu pun tak rasa apa bila layanan yang diterima itu mesra. Good job guys. (lupa pula nama apa)
Setelah beberapa minit, dapatlah lesen saya. RM60 untuk tempoh 2 tahun.. Nanti umur saya 25 tahun, saya datang kembali ya.. huhu
Syabas dan semoga semua yang bekerja dalam agensi kerajaan dapat mengamalkan nilai murni dalam perkhidmatan. Tak sia-sialah jika kerajaan berhabis duit dalam kempen senyum kat TV dan media tu..
AM: Dah dapat lesen memandu baru, namun bilakah nak dapat lesen memandu kapal terbang pula?
Tahniah dah ada lesen. Ikut yg baik2. 🙂
Dah lama ada.. dah 5 tahun dah..
wah comel kad hehe
Kad jer? aku pun comel jgk..haha
assalamu’alaikum…baru first time singgah sini…tertarik dengan entri nih…jarang ada blogger bua entri pasal lesen…la ni dah terbaca jadi terkomen pulak..hehe…
apa-apapun lawa theme dia…kagum pulak rasanya..hehe…anyway…good luck…
selamat berblogging…
Selamat datang ke sini. Jangan lupa singgah selalu ya..
herm dah ada lesen yer…nnti jangan bawa laju2 plak…
La…ore klate jugok…sama la..huuhuh