January 22, 2025
Lain-Lain

Pengalaman Pertama Kali Berbekam

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca yang budiman sekalian. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai pengalaman pertama kali saya berbekam. Oh! Memang mengerikan tapi best.

Begini ceritanya, pada minggu yang lepas saya rasa badan agak lain sedikit dan rasa macam tidak selesa. Jerawat mula kembali tumbuh. Nak kata baru akil balikh dah tua bangka dah diri ini. Kenapa jerawat kembali tumbuh sedangkan diri ini sudah melepasi tahap tersebut.

Jadi fikir dan make some research orang cakap punca jerawat adalah kerana darah kita kotor selain perubahan hormon. Stress barangkali. Almaklumlah kembali belajar dan tempat belajar pula amat jauh sekali dari kediaman. Memang memenatkan. Dan itulah pengorbanan demi menuntut ilmu.

Apapun setelah mengetahui dan tanya kawan-kawan kat mana tempat yang boleh berbekam, ada yang bagitahu saya di hadapan Giant Tanah Puteh Kuantan ada tempat berbekam. Jadi saya terus la pergi sana pada hari Sabtu. Hujung minggu sahajalah yang ada masa untuk saya ke sana. Almaklumlah hari lain kelas dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Memang penat! Nak nangis pun ada..hahaha

Sampai je pukul 10 pagi. Dipanggil masuk bilik. Pertama kali saya berbekam dan tak tahu apa-apa. Tukang bekam tu tegur la saya sebab pakai baju putih..hehehe. Nanti tinggal kesan darah la kalau pakai baju putih nanti.

Pertamanya dia ambil alat bekam tu dan letakkan di badan. Setelah beberapa minit dia bukak dan masa inilah rasa paling mengerikan. Torehan pisau! hahaha. Memang rasa jugak la. Tapi takde la sakit sangat. Rasa macam kena gigit semut sahaja. Memang letih jugak la sebab banyak darah hilang kan. Tapi takde la hardcore punya. Siap boleh pergi jalan-jalan shopping lagi lepas tu.

IMG_20150314_134510

Itulah pertama kali berbekam. Berbekam ialah sunnah jadi jadikan ia sebagai salah satu cara kita berubat. Saya lagi 6 bulan boleh la pergi lagi. Best juga la rasa badan ni. Sebenarnya kalau tiada apa-apa penyakit disarankan berbekam 6 bulan sekali. Berbekam untuk kesihatan tubuh badan namanya..

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

8 thoughts on “Pengalaman Pertama Kali Berbekam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *