Pertama Kali Dapat Bayaran Google Adsense

Assalamualaikum dan salam sejahtera keapda semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai pengalaman pertama saya mendapat bayaran daripada Google Adsense.

Apa Itu Google Adsense

Untuk makluman anda semua Google  Adsense merupakan sebuah produk/servis di bawah Google yang menyediakan perkhidmatan iklan. Mereka menyediakan iklan untuk diletakkan di blog ataupun youtube kita dan kita akan mendapat bayaran daripada khidmat ini. Untuk mengetahui lebih lanjut cara pengeluaran boleh baca entri ini – Cashout Adsense – Wire Transfer 

Pertama Kali Dapat Bayaran Google Adsense

Agak teruja jugalah bila mendapat bayaran dari Google Adsense ni, mana tidaknya sudah 11 tahun saya menulis blog, ini kali pertama mendapat bayaran dari mereka.

Sebenarnya blog saya baru sahaja lulus untuk terbitkan iklan mereka beberapa tahun lepas. Sebelum ni dah pernah mohon tapi tak layak. Seterusnya saya mohon kembali dan akhirnya dapat.

Kusangkakan mudah rupanya agak sulit juga untuk mendapatkan bayaran dari mereka. Iklan yang diterbitkan hanyalah beberapa sen sahaja sehari. Bayangkan berapa lama masa yang diambil untuk mendapat minimum 100USD untuk membolehkan saya tunaikan (cash out) jumlah tersebut. Kematu menunggu. Setiap hari asyik buka dashboard untuk melihat berapa yang saya dapat.

Arghhh memang struggle jugaklah. Dahla blog semakin sendu. Nak harapkan duit mana lagi kalau bukan dari Google Adsense. Tapi tu lah, sedaya upaya saya buat dan tulis entri berdasarkan SEO utnuk memastikan tulisan saya berada di atas, namun semuanya sia-sia. Macam tak membuahkan hasil.

Saya pun tak pasti apa masalah blog saya ni. Memang tak pernah berada di puncak Google Search. Contoh saya tulis entri awal-awal lagi untuk sesuatu topik, seterusnya ada orang baru tulis jugak. Pasti mereka yang akan berada di carian teratas Google!

Dah semua tips saya ikut. Dah macam nak give up pun ada. Oh! Entri nak kongsikan pasal Google Adsense ni dah jadi entri untuk meluahkan perasaan pulak. Tapi memang saya agak stress dan kecewa. Apa lagi yang perlu saya lakukan.

Memang entri saya ditolak jauh kalau dibandingkan dengan orang lain. Plugin saya dah updated dan ikut segala nasihat yang diberikan di internet. Namun hampa.

Kalau kalian ada tips untuk mendapatkan carian teratas di Google bolehlah kongsikan dengan saya. Memang saya akan belajar bersungguh-sungguh. Penatlah dah jadi macam ni. Dahla menulis pun still tak pepandai lagi. Tak dapat apa yang dihajati.

11 tahun tu kalau ada anak nak ambik UPSR dah. Tapi blog ni masih berada pada tahap yang sama. Padahal domain dan hosting setiap tahun dok bayar. Panjang pulak aku meluahkan perasaan malam ni. Ye lah memang kecewa sangat. Penat dan juga rasa kat manalah yang tak kena tu.

Apapun alhamdulillah sebab dapat juga merasa bayaran dari Google ini.

Payment Google Adsense
Dah masuk dah

Kalau anda dah cukup 100USD dalam akaun, ianya akan diproses setiap 21 haribulan berikutnya. Saya pada 23 haribulan dah masuk dalam akaun. Bila dah masuk tu minimum RM400++ la sebabnya minimum untuk keluarkan duit adalah 100USD. Bila ditukarkan dalam ringgit dapatlah 4 kali ganda.

Sebanyak ni ambil masa bertahun ya. Blogging ni bukannya boleh buat jadi kaya pun. Kecualilah kena cara dan entri anda asyik first page Google je memanjang.

Semoga blog yang saya kasihi ini akan lebih membuahkan hasil pada masa hadapan. Penat dah jadi biasa-biasa ni. Nak jadi hebat pula!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *