Petua 1- Menghilangkan Perasaan Dendam
دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مها ڤڽايڠ
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah dapat lagi pada hari ini kita bertemu dalam blog ini. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya ini.
Baiklah, sebenarnya tujuan penulisan entri saya pada hari ini adalah untuk berkongsi sedikit kata-kata ataupun kaedah untuk membuang perasaan dendam dalam diri kita. Semua telah sedia maklum yang setiap insan yang normal mempunyai perasaan yang sentiasa berbolak-balik. Perasaan yang sentiasa menuntun diri kita ke arah sesuatu yang tidak pasti baik buruknya. Oleh itu, perasaan hendaklah disertakan sekali dengan fikiran yang waras agar dapat mengelakkan kita dari terjerumus ke arah perlakuan yang negatif.
Perasaan yang dihasilkan oleh nafsu biasanya akan berkesudahan dengan sesuatu yang tidak baik. Namun, adanya iman dalam diri akan dapat menepis segala perasaan negatif itu. Benarlah dengan pepatah orang dulu-dulu yang mengatakan;
[notice]
Ikut hati, mati
Ikut rasa, binasa
Ikut nafsu, lesu
[/notice]
Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama mebina hidup yang bebas dari perasaan yang negatif. Dendam jugak merupakan sesuatu yang amat tidak baik untuk kesihatan dalaman kita. Lama-kelamaan akan memakan diri sendiri.
Kita biasanya mudah terpegaruh dengan perasaan yang memang sentiasa untuk mencari penyelasaian pabila berlakunya masalah. Namun pinpinlah peraasaan kita itu dengan fikiran yang matang dan waras.
Orang kita kebiasaan apabila berlaku sesuatu konflik dengan seseorang amat mudah tersentuh dan menyimpan perasaan dendam. Padahal apa yang berlaku adalah benda yang simple dan tidak perlu diperbesar-besarkan. Masalah dengan kawan contohnya, terus pututs kawan dan tidak bertegur sapa. Padahal banyak kenangan manis telah dilalui bersama. Namun disebabkan tragedi sekecil itu mampu merunthkan persahabatan yang sudah lama terjalin.
Oleh itu, rendah hati saya ingin berkongsi sedikit kata-kata untuk mengelakkan tercetusnya perasaan yang tidak elok ini.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Lupa sengala kebaikan kita pada orang,
Ingat segala keburukan kita pada orang
Lupakan segala keburukan orang pada kita
Ingat segala kebaikan orang pada kita.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Semoga dengan merenung kata-kata di atas dapat menjadikan kita insan yang mengenang budi dan tidak mudah mengikut perasaan. Hidup ini adalah sementara, oleh itu persiapkanlah segala amalan kita untuk ke sana.
AM: Sentiasalah bermuhasabah diri. Semoga tergolong dalam golongan yang diredhai Allah
aku lama doh ni dendam dengan mu..sabar jah ni..hahaha
Ceit!! Mung ingt aku xdendam ngan mung ko? haha3
Alhamdulilah.. Tazkirah utk tahun baru.. Selamat menyambut 1 muharram.. Esok puasa sunat tau.. Hehe
Oh! Ya ke? InsyaAllah.. 🙂
fuhh tengah try memaafkan sesorang dah 10thn ,dengan hati2 yang sangat2 kene ikhlas..
btw salam maal hijrah amir
Amin. Semoga wani dapat memaafkan orang itu. Sesungguhnya sukar untuk kita memaafkan seseorang, namun kita akan rasa manisnya memaafkan bila kita benar2 ikhlas melakukannya..
Salam Maal Hijrah juga untuk anda
Assalamualaikum… orang yang mempunyai ilmu dan iman didalam hati akan mudah untuk menhilangkan rasa dendam, menjadi seorang yang pemaaf. Namun orang yang tiada iman, akan sentiasa melayan rasa panas baran dan sanggup melakukan apa saja demi memuaskan nafsu geramnya itu…sempena menyambut Maal Hijrah 1433H ini marilah kita bermuhasabah diri sendiri dan menjadi lebih baik dari semalam… selamat menyambut Maal Hijrah 1433H.
btl tu…lupekan ape kebaikan kita kt owg n ingt ape kebaikan owg kt kita
betul. sampaikan yang benar walaupun pahit..
🙁
Kenapa?
Dendam …. tmbah2 yg teraniaya … bahaya.
Doa byk2 dan adu pada allah ialah senjata paling mustajab dari simpan dendam.
Sya pernah dberi sumpah janji bsaksikan allah smpai bgadai nyawa untuk selamatkan keadaan.
Bpegang pada perjanjian itu lah sy bsandarkan sbgai harapan untuk mula hidup baru.
Tapi sya dikianati.
Bgadai nyawa …. bukan pkara hutang beli rumah atau ajak kahwin
Nyawa orang.boleh diganti kah ?
Niat awalnya baik tapi sekarang sya sendiri tidak halal kan langsung kerana dkianati.
Stiap kali bila sya tringat …. ada rasa benci mdendam , cepat2 sya istifar , lekas bdoa pda allah untuk tenangkan hati minta allah pulangkan rasa sakit pada yg suka langgar sumpah , tidak amanah dn mungkir janji ini.
Jika tidak mahu ditipu dengan teruk , maka jangan menipu dengan nyawa orang.
Jika kena tipu , jangan bengang marah sensitif , tuding jari sebab anda mula mnipu dengan langgar sumpah pada allah dhulu.
Ini khas untuk orang2 yg tidak btanggungjawab.