Puding Raja Pekan di Food Market Cheras Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya membeli Puding Raja Pekan di Food Market Cheras Kuala Lumpur.
Untuk makluman semua, saya merupakan seorang yang menghabiskan zaman belajar saya di negeri Pahang. Jadi sememangnya saya kenal benar dengan puding raja ini. Mana tidaknya, 6 tahun belajar di Pahang menjadikan puding raja antara makanan kegemaran saya.
Tapi sekarang, menetap di bandar metropolitan Kuala Lumpur ini menyukarkan saya untuk mencari puding raja yang betul-betul kena dengan selera saya. Semua sedia maklum yang saya ini adalah seorang yang betul-betul memilih kalau bab makan. Kalau tak sedap, saya akan kata tak sedap.
Food Market Cheras
Alkisahnya pada hujung minggu lepas, saya telah berkunjung ke Bandar Sri Permasuri Cheras untuk berjumpa kawan-kawan. Perancangan awal adalah untuk makan tengahari sekali sambil berborak setelah lama tak berjumpa.
Tidak semena terpandanglah kedai Food Market ini. Eh. kedai apa ini? Memang menarik bila lihat dari luar pun. Dengan pintu yang ala-ala rumah kampung menjadikan kami begitu penasaran nak tahu apa yang ada kat dalam.
Oh! Bila masuk ke dalam sahaja terdapat pelbagai jenis barangan yang ada di sini. Saya juga rambang mata. Berasal dari Kelantan, memang banyak barangan yang ada di sini di ambil terus dari Kelantan. Maka mulalah saya bercerita kepada kawan-kawan tentang nostalgia dengan produk tersebut.
Namun apa yang menarik minat saya adalah tentang puding raja yang tersimpan rapi dalam peti sejuk pameran mereka. Wah! tanpa berfikir panjang saya terus ambil satu untuk membelinya.
Macam biasalah, tak sah kalau ada saya tanpa bercerita kan? Maka berceritalah saya kepada kenkawan yang hadir mengenai asal usul puding raja ini. Padahal ada di antara kami ni memang asalnya Pahang. Tapi tak kisahlah, saya nak bercerita juga.
Alih-alih, semua dari kami sambar seorang satu. Maka mulalah sesi merasa puding raja ini.
Dengan kandungan yang penuh dengan pelbagai bahan menjadikan puding raja ini betrul-betul menggamit selera kami untuk makan. Dengan jala emas yang diperbuat daripada telur itik, kurma, gajus, pisang lemak manis dan sos yang diperbuat daripada susu cair. Kombinasi lemak, manis, masin segalanya cukup.
Ada yang sudah PM saya di media sosial bertanyakan tentang produk ini. Untuk makluman anda semua, produk ini dijual dengan harga hanya RM9.90 untuk satu pek. Wah! Dengan pek yang menarik memang agak berpatutan sebenarnya dengan harga sebegitu.
Jika sebelum ini kita hanya mendengar kisah tentang puding raja ini di Pahang, namun kini tidak lagi., Jadi buat anda yang teringin untuk mendapatkan Puding Raja Pekan ini bolehlah mengunjungi Food Market seperti mana alamat di bawah:
Food Market
17, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 019-666 4889
Untuk anda yang ingin membeli secara pukal atau untuk majlis tertentu juga boleh menghubungi pihak mereka untuk maklumat lanjut.
Saya sudah cuba dan berpuas hati. Anda pula bagaimana?
Sedapnya puding raja. Jom repeat lagi!
banyak memborong.. tapi unik la puding raja pekan tu. kotak pun cantik
Wahh. jom belanja sis makan sini.