Resepi Rendang Ayam – Guna Susu Sejat Tanpa Santan

Rendang Ayam Tanpa Santan | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua cara untuk masak Rendang Ayam menggunakan susu sejat dan tanpa santan.

Hujan-hujan macam ni teringin nak makan rendang. Bila tengok dalam peti sejuk ada pula ayam. Jadi kita masak rendang ayam sahajalah.

Rendang ayam yang telah siap disediakan
Rendang ayam yang telah siap disediakan

Santan pula tak ada. Godek-godek rak ada Susu Sejat Penuh Krim IDEAL. Kira jadi lah kan untuk gantikan santan. Masakan jadi rasa susu lebih lemak berkrim. ๐Ÿ˜

Jadi tanpa buang masa, jom kita mulakan memasak. ๐Ÿฅ˜

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam

Bahan B (Kisar)
15 biji cili api
1 sudu cili boh
2 biji bawang Holland
6 biji bawang putih
2 inci halia
1inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
5 batang serai
3 sudu makan minyak masak

Bahan C
Setin Susu Sejat Penuh Krim IDEAL
2 keping Asam keping
Daun limau purut (dicarik)
Daun kunyit (dicarik)
2 sudu kerisik
Garam Gula secukup rasa

Cara memasak

  1. Bersihkan ayam sebersihnya
  2. Kisar bahan B
  3. Panaskan kuali dan masukkan bahan B. Tak perlu minyak sebab minyak dah dikisar sekali. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan biarkan empuk. Tambah sedikit air.
  5. Masukkan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL.
  6. Masukkan asam keping, kerisik, daun limau purut dan daun kunyit.
  7. Biarkan seketika sehingga masakan menjadi kering.
  8. Tambah gula atau garam mengikut citarasa anda.
  9. Bila dah mencapai tahap kuah yang anda inginkan, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan? Yang penting sedap dan lemak berkrim. Aku yang pemalas ni pun mampu buat, korang apatah lagi ๐Ÿ˜‰

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.