Superstars of Magic 4 Menemui Anda di Genting Highlands
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam kedaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada penulisan hari ini, ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai pertunjukkan terbaru di Genting Highlands iaitu Superstar of Magic 4.
Ya! Superstar of Magic 4 (SOM4) ini telah memasuki tahun ke 4 penganjurannya. Bagi tahun ini, 7 orang ahli silap mata yang terkemuka dijemput untuk membuat persembahan. Setiap ahli silap mata mempunyai persembahan mereka yang tersendiri.
Bertemakan Magic of the East Meets West, 7 ahli silap mata ini mempersembahkan persembahan yang mampu memukai penonton dengan pertunjukkan yang disediakan. Ada juga pertunjukkan yang melibatkan teknologi terkini. Jom kita berkenalan dengan ketujuh-tujuh ahli silap mata ini.
1. Alana Moelmann (Jerman)
Alana mempersembahkan silap mata dengan memunculkan 6 tangan keluar dari bajunya. Menarik bukan?
2. Jeff Lee (Taiwan)
Magic dengan mempersembahkan banyak CD dan mampu mengeluarkan barangan dari dalam TV
3. Ted Kim (Korea)
Ahli silap mata yang menggabungkan penggunaan teknologi dalam persembahan. menggunakan projekter dalam menghasilkan persembahan yang terbaik. Suntikan elemen terkini menjadikan beliau antara yang digemari dalam golongan remaja.
4. One Gun (korea)
Magician ni hensem siak. Kpop segala. Memang kalau wanita pergi tu memang cair la katekow. Dia mempersembahkan silap mata yang unik iaitu menukar pakaian dengan pantas. Memang menarik. Pap pap pap dah siap tukar beberapa pasang baju. Seluar sekali!
5. Joseph Gabriel (Amerika Syarikat)
Nah! Ini magician yang ohsem. Bagaimana dia keluarkan burung merpati yang banyak dari bajunya. Ok, itu biasa kita lihat. Tapi kali ini dia keluarkan berekor-ekor angsa! Angsa kau yang besar gedabak tu..
6. Jay Mattioli (Amerika Syarikat)
Yeah! Ini MC untuk keseluruhan persembahan. Namun beliau juga seoarang ahli silap mata. Seorang yang kelakar menjadikan keseluruhan persembahan menyeronokkan.
Buat anda yang berminat untuk menyaksikan persembahan ini bolehlah berkunjung ke Genting Highland. Tiket mula dijual pada harga RM48 sehingga RM248. Persembahan dari 10Julai sehingga 25 Oktober. Persembahan 8 malam ari Isnin hingga Jumaat. Sabtu pukul 4 petang dan 8 malam. Dan Ahad pukul 4 petang sahaja.
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi +060327181118 atau layari www.rwgenting.com
A photo posted by amir nawawi (@amir_nawawi) on
wah cambest je tengok magic show secara live
Saya suka SOM4, mereka melakukan dengan penggunaan teknologi terkini. Terima kasih kerana berkongsi pos anda!