November 15, 2024
Hal-hal Semasa

Teknik, Cara dan Kaedah Nak Mula Mengumpat…

Assalamualaikum! Apa khabar anda semua? Sehat atau tidak nih? Hari nih just short etry aku nak tulis. Ni semua pasal minah-minat or mat-mat kepoh  kat luar sana. Kita takkan dapat lari dari semua nih sebab memang sifat manusia nih memang nak cerita pasal orang lain jer.

Sekrang jom kita tengok bagaimana cara-cara si kepoh nih start nak cucuk jarum dalam mengumpat nih.

Sekadar hiasan. Gmbar time reunion kelas arituh..hik3 =P

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1) Eh Senah, lama nyer aku tak jumpa kau. Ko sehat ke sekarang? Eh, ko tau tak sekrang si Peah tu…bla bla bla…

2) Munah, Munah!! Aku ada hots news nak story kat kau nih, mesti kau nak dengar punya la. Ko tau tak si…..bla bla bla

3) eh, Eton, ko tau ke anak si Jali tu sekarang dah…

4) Ee kesian betul la aku kat Jemah tuh, ada ke patut… bla bla bla..(memang tak patut)

5) Eh ko tau tak sekarang ni semua orang dok kecoh pasal bla bla bla…

6) eh Jenap, Lama kita tak borak sama-sama ek, Ko mesti ada byk story kan. Ko tau tak yang bla bla bla

7) Munah munah, aku nak tanya ko sket boleh? Betul ke Si Jemah tu…bla bla bla.. (konpom mengumpat)

8 ) Eh tak sangka plak aku Si Yati tu kan, memang tak boleh harap betul.. aku bukan nak kata ape-ape la bla bla bla..( bukan nak kata tapi padahal memang tengah mengata pom)

9) Eh Ani, sibuk nampak ko sekrang nih. Ada bisnes besar ker? ko tau tak Ani aku ni bukan nak sibuk hal orang tapi kan aku bla bla bla.. (bukan nak menyebok tapi memang dah sebok pom)

10) eh, ape citer ngan si Enon tu sekarang? Dah lama aku xdengar citer pasal dia nih. Aritu aku ada la dengar dia bla bla bla

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ish3!! macam-macam la teknik nak mula mengumpat nih. Banyak ayat2 permulaan yang memang indah dan menarik minat kita nak dengar. Padahal mendengar umpatan tu turut menyumbang kepada dosa jugak. Licik sungguh kan. Erm, apepom semoga kita dapat elakkan diri kita dari membuat pekara yang tidak berfaedah nih.

Kepada sesiapa yang selalu buang masa dok membuat ketupat nih, lebih baik luangkan masa layang suami dan anak2 lagi bagus. Aku memang anti la nga orang yang dok suka mengumpat nih. Kalau ada kt kampung tu lagi la. Ahli mensyuarat tingtap tu memang banyak. Kejap jer berita tu tersebar. Entah sahih entahkan tidak. Tak payah guna speakr pom berita tuh dah tersebar entah ke mana dah.. Cepat sungguh!! Lebih cepat dari Mami Jarum..

Memang seronok kan jika kita dapat sebarkan aib orang nih. Tapi cuba bayangkan jika aib anda yang dijaja sini sana. Memang panas jugak kan. Jadi, kalau tak mahu pekara sama berlaku pada diri kita, janganlah kita mulakan dulu kat orang lain. Apepom, cakap siang pandang2, cakap malam intai-intai.(erk, betul ke peribahasa aku nih? erm redah sajalah).

Diharapkan kita semua dapat avoid la dari melakukan aktiviti yang rendah tahap mentalitinya nih. Nak menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju hendaklan melalui rakyatnya yang proaktif dan menjauhi dari pekara sebeginih. Mengumpat nih walaupom nampak cam takde apape tapi kesannya memang jangka panjang dan macam bom jangka. Tunggu masa meledak jer. Sebab tuh lam Islam mengumpat nih tergolong lam dosa besar. Nampak simple but azabnyer..ermm..

Apepom, lu punya akal, lu boleh pikir, lu punya hati. lu hati-hati, lu punya rasa, timbang rasalah wei..

AM: Apasal aku tulis ceramah bebas plak malam nih ni? erm..ha3..

 

Klik like kat bawah ntuk kongsi ngan kekawan..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

10 thoughts on “Teknik, Cara dan Kaedah Nak Mula Mengumpat…

  • paihujey

    boleh jadi penceramah bebas doh mu mir..hehehe..aku sero mu huk kuat ngupak kea..hahaha

    Reply
    • memang sedap sesangt kalau dengr cerita orang kan..he3.. terasa cam best jer kalau dpt dgr padahal tak tahu sahih ke tak.. =)

      Reply
  • skill yang semua org ada… cuma segelintir je yg tak guna skill ni

    Reply
  • juanita

    Ada pengalaman nampakkkkkk

    Reply
  • haha. suke entry ni.

    memang. byk yg boleh digunekan utk stat ngumpat. kt area uma dian pon ade ahli mesyuarat tingkap. siap berkemban dari ptg ke mlm utk mengumpat. haihhhh.

    btw,thanks singgah blog.hehe.

    Reply
    • Kt mana2 pom memang ada ahli mesyuarat tingkap tuh.. Tak boleh nak nafikan lagi

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *