October 4, 2024
Lain-Lain

Test ooo test..

Assalamualaikum.. ape khabar sahabatku yang sudi membaca entry aku ni? sehat ke x ek? Aku skang ni memang sibuk sangat2 kes nak kena study untuk mid term exam..hehe..xkira la ape2 subjek pom.Calculus ke, thermodynamic ke, material ke and so on . aku cuma nak membebel beberapa pekara je arini.. xbyak pom.. korang dengar jela ek luahan hatiku seorang anak teruna yang datang dari kampung ni..(pergh! sedih la plak ayat). aku nak kongsi beberapa petua yang dapat diamalkan semasa musim peperiksaan ni..peperiksaan pom ada musim gak ke? ingankan ada 4 musim je..erm, ape-ape jelah..Benda ni aku baca masa selesai solat jumaat kat u aku ni.. alah yang selalu dok bagi kertas lepas sembahyang jumaat tu la.. kat KMK dulu pom ada gak yang buat cam ni… kalau kat KMK kita panggil Tinta Mutiara, kalau kat UMP ni kita panggil Sinar Harian Jumaat.. apa pom tujuannya sama yakni untuk beri peringatan dan berpesan-pesan sesama insan.. panjang la plak ek intro aku ni..jom kita tgk ape yang aku dah dapat maklumat sket2..
Sebelum exam:
* banyakkan membuat latihan dan ulangkaji semua subjek.
* sentiasa lakukan solat hajat dan bangun malam
* sentiasa menjaga amal perbutan. jauhi pekara2 yang tidak elok. jaga mata, lidah, telinga dan kesemuanya.

* and so on yang baik
Semasa exam:
* masuk ke dewan peperiksaan dengan kaki kanan.
* mulakan membaca al-Fatihah
* istighfar banyak2
* dengar arahan pengawas dengan teliti.
* baca soalan dengan elok2
* kalau xdapat jawab tu, cuba tenangkan fikiran dan banyakkan selawat.. Aku selalu sakat kawan aku kalau xdapat jawab tu, sebut nama aku 3 kali.. ha3.. macam xdak kerja lain nak buat kan..(saja ja melawak, jangan marah kalu yang dah terkena tu)
Selepas Exam:
* ucap syukur
* banyakkan berdoa agar Allah membuka pintu hati pemeriksa kertas kita untuk senangkan kerja mereka.(tanpa ada serabut kepala ka, pening ka, tak pom sakit ati dengan tulisan aku yang comel comot..hehe)

then, tunggu jelah result keluar..
Apa yang ditanam, itulah hasil yang dapat dituai..
fikir-fikirkanlah dan selamat bertemu kembali.. ho33

Moga aku berjaya dapat result yang cemerlang la ea..he3 =)

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Test ooo test..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *