December 11, 2024
Hal-hal SemasaHiburan

The Newspaper That I Always Read

Assalamualaikum semua. Apa khabar hari nih? hari ni aku hanya dok kat bilik dan makan jer. Tak boleh nak keluar bebas sangat sebab masih berada dalam universiti. Minggu depan la kalau nak bebas sikit pun..haha3

hari ni aku nak cerita tentang suratkhabar yang aku selalu baca dan BELI!. Eh, anda semua minat ke membaca suratkhbar? Semestinya minat bukan? Walapun sekdar baca bab sukan dan hiburan je. Tak payah nak keletong la. Mesti baca 2 kolum tu je kan? haha3. Tapi tak apa la. Sekurang-kurangnya masih membaca juga.

Anda semua nak tahu tak apa surat khabar yang aku selalu baca? Aku suka baca The Star. Eh, ye ker ni Amir? Ya, seriusly aku selalu beli The Star. Anda nak tahu kenapa?

[notice]1- Surat khabar ni tebal dan penuh berita dari seluruh dunia. Sama sahaja berita dengan suratkhabar lain namun lebihnya The Star adalah berita luar negaranya.[/notice]

[notice]2- Lebih murah! Yang ni aku mushkil sedikit. Kenapa ya  The Star ni tebal tapi harga dia lebih murah dibandingkan dengan Metro dan Berita harian. Sebab tu aku beli The Star nih. Kenapa ya Berita harian nih mahal ek berbanding The Star. Anyone know?[/notice]

[notice]3- Lebih tebal daripada yang lain. Yang ni mungkin salah satu penarik bagi aku. The Star ni memang tebal dan bayak kertas. Boleh la kertas-kertas dari suratkhabar ini aku gunakan untuk buat benda lain.[/notice]

[notice]4- Menggunakan bahasa Inggeris! yang nih penyebab utama sebenarnya. Buat apa aku baca suratkhabar Melayu kalau aku dah faham kan. Sekurang-kurangnya bila baca suratkhabar ni aku menambah sedikit pengetahuan aku dalam bahasa Inggeris dari segi tatabahasa, perkataan baru dan sebagainya. Secara tak langsung akan meninggkatkan penguasaan aku dalam bahasa terbesar dunia ini. [/notice]

Itu sahajalah kot. Bukan aku lupa akan bahasa aku tapi ini juga adalah satu proses pembelajaran. Dulu masa sekolah menengah, kami selalu diberi suratkhabar NST supaya penguasaan bahasa Inggeris kami baik. Alhamdulillah teknik pembelajaran ini berjaya. Dari seramai 172 orang calon SPM batch aku, 90% dari kami mendapat A.

Bacalah dan teruskan membaca, InsyaAllah kejayaan dalam genggaman. Walaupun perlahan-lahan namun biarlah secara konsisten.

 

 

AM: Kat sini penggunaan bahasa Inggeris aku semakin lemah sebab dah jarang gunakan ia dalam urusan harian..haha3. Kena polish lagi nih. 

 

P/S: Anda rasa entri ini bermanfaat? Tekan like di bawah untuk berkongsi bersama teman-teman yang lain.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

13 thoughts on “The Newspaper That I Always Read

  • maya mustwany

    aah pelik nape murah,tapi kan mana la tahu nanti pihak the star baca sini,mereka planning naik harga.hahaha..n mana la tahu di promote blog amir.acewahhh..

    Reply
    • hahaha3. Takkan naik punyer.. Amir dah kautim ngan diorang 😛

      Reply
  • paihujey

    masa sekolah menengah amik paper bukan nak baca pun..amik nak lukis2 muka artis pastu amik sudoku..haha

    Reply
  • dulu masa baca star mesti baca dulu ruangan inTech atau starTwo 😀

    Reply
  • hehe.. itulah sebaiknya. Baca paper inggeris ni pun sebab nak tambah vocabulary jer.. tapi semestinya BM tetap di hatiku..

    Reply
  • sama la.. kalo baca pun, kat library je la… dan aku prefer thestar lagi drpd nst.. maybe sebab thestar bayak syarikat yang mengiklankan produk mereka kot.. samala cam hmetro(kalo versi b.melayu) setiap page mesti ada, iklan Samsung la. iklan galaxy tab la.. etc.. ahaha

    Reply
  • aku tak memilih. semua aku baca..utusan ke, berita harian ke, kosmo ke, metro ke, harakah ke..baca semua. hehe..

    Reply
  • haha3.. tapi sekurang-kurangnya baca jugak kan..walaupun hanya tengok2 gambar tu ok la..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *