July 25, 2024
Lain-Lain

Tips Deal Dengan Advertiser

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. smeoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini. Ingin saya kongsikan tips bagaimana saya deal dengan advertiser.

Semua sedia maklum antara cara untuk menjana pendapatan selain AFFILIATES adalah melalui peluang advertorial. Namun bagaimana nak deal dengan mereka sampai jadi? Saya tak banyak pun pengalaman. Tapi yang sikit ini lah dapat saya kongsikan untuk para newbies macam saya ni.

Alkisahnya begini, bila ada advertiser hubungi kita melalui email, itu bermakna dia memang sudah survey blog kita. Dia dan baca dan teliti blog kita sesuai untuk mereka. Mana mungkin dalam berjuta blog yang ada di Malaysia ini mereka hantar email kepada kita kalau dia tak tahu apa kandungan blog kita kan? Get it? Jadi berhati-hati semasa membuat percaturan agar mereka tidak fed-up dan tak berminat untuk berkerjasama dengan kita.

Bila email dihantar, baca dengan teliti dan fahami apa yang dikehendaki oleh mereka. Kalau ada yang sesuai dengan kehendak dan citarasa kita, balas dengan berhemah. Tapi kalau ada kempen yang tak sesuai dengan kita (contohnya perjudian, arak) balas juga email mereka dengan menolak baik-baik.

aDVETISER BLOGGER

[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran[/pullquote]

Biasanya mereka memang sudah ada bajet untuk satu-satu blogger itu. Jadi biasanya mereka akan tawarkan sedikit rendah dari itu. Pandai-pandailah kita mark-up harga tu biar sesuai dengan penulisan kita. Ada yang cuba main tarik tali iaitu meletakkan harga yang sedikit tinggi dari apa yang pihak advertiser telah tetapkan. Biasanya pihak advertiser akan tetap dengan apa  mereka bajet. Tapi ok la kan. padahal kita dah boleh agak bajet dia berapa. Sekadar nak cuba nasib minta tinggi sikit. Mana tahu dapat tinggi. Tak gituh kak Fiza? haha

Apapun senior saya selalu pesan, pastikan apa yang kamu persetujui itu sesuai dengan level kamu. Jangan melebih nanti terlepas peluang. Nanti apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Harga tu biarlah sedang-sedang sesuai dengan level blog kamu dan jangan rendah sangat. nanti membunuh industri ini, kata blogger otai.

Apapun itu sahaja sedikit perkongsian daripada saya. Sebenarnya saya pun tak banyak dapat advertorial. Adalah 4 5 kali tu (selain dari Nuffnang). But most of them required me to be able to reply in English. Itulah pentingnya English education..hohoho

Kamu tahu tak kretiria blog yang biasa dipilih oleh advertiser? Nanti saya ceritakan di lain entri. Pernah juga tanya mereka pasal ini 🙂

AM: sebenarnya tiada idea nak menulis, tu yang karang entri merapu ni 😛

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

11 thoughts on “Tips Deal Dengan Advertiser

  • Terima kasih atas tips ini, sedang mencari peluang dari advertiser. Hehe. 😀

    Reply
  • Tersedak² bila nama ku ni sebut…hehehe…Thans amir atas tunjuk ajar ☺

    Reply
  • kalau ada rezeki…takde tu takpe..:D apa pun nice tips sebenarnya..

    Reply
  • thank you bg tips untuk new blogger mcm ai jugak.. really appreciate.. ^_^

    Reply
  • Menarik ni AN….. tahniah kepada blogger yang diberi kepercayaan….. moga berterusan rezeki yg masuk tu

    Reply
  • Baru terlepas satu advertorial sbb xde paypal… rupanya penting jgk paypal ni.. rugi x buat

    Reply
  • ohh..

    macam itu rupanya ye.

    baru tahu nih..

    Reply
  • Beruntung kalau advertiser sendiri menghubungi kita. Maknanya mereka tertarik dengan artikel kita. Disini peluang untuk membalas kepercayaan dengan melakukan tugasan sebaik mungkin.

    Reply
  • setuju dengan tips ni. memang kena pandai main tarik tali tapi kalau nak nampak lebih profesional boleh sediakan quotation untuk mereka atau gunakan kaedah pakej. sebab bila pakej ni kadang psikologinya berbeza 🙂

    Reply
  • Jika kita ada commercial value memang boleh jer nak mark up seperti mana demo adalah antara blogger remaja lelaki yang popular la kan…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *