February 14, 2025
Hal-hal Semasa

Tradisi Memberi Hadiah Untuk Tetamu Di Majlis Perkahwinan

Tradisi Memberi Hadiah Untuk Tetamu Di Majlis Perkahwinan

Salam sejahtera buat semua para pembaca blog sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini kita akan berbicara secara santai mengenai topik yang hangat diperkatakan setiap masa.

Topik apa ya?

kawin 2

Topik pasal kahwin semestinya topik yang sentiasa hangat sepanjang zaman. Saya pasti soalan panas yang akan ditanya musim perayaan ini adalah perihal soal kahwin. Memang menjadi tabiat orang kita untuk bertanya hal sebegitu walaupun hakikatnya soalan tersebut agak sensitif untuk sesetengah pihak.  Pernah terjadi kat anda?

Namun dalam menjawab soalan, jawablah secara beradap. Kalau ada makcik yang tanya, jawab sahaja,

“Makcik saya nak kahwin dengan anak makcik, makcik setuju tak?”.

Pasti senyap makcik tersebut. Mereka bertanya biasanya hanya untuk bertanya khabar dan memulakan bicara sahaja. Jangan diambil hati.

kawin

Baiklah panjang pula pengenalan untuk entri ini. Sebenarnya kali ini saya mahu berkongsi  pasal kahwin, nikah, marriage dan sebagainya lagi lah yang orang kita panggil.

Hal ini memang terkenal dimusim cuti sebegini. Orang Melayu ni memang kalau bab ada cuti sikit sahaja  pasti berderet majlis kahwin. Tak kira la raya Cina ke, Krismas ke, Deepavali ke, hatta cuti sekolah sekalipun memang pasti  ada undangan perkahwinan.  Orang Melayu ini kahwin tak kira masa. Asalkan ada cuti, ada sahaja yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan.

Namun kalau kita la yang kahwin, apa yang kita nak buat agar majlis kita itu menjadi kenangan terindah dalam hidup kita dan juga tetamu yang hadir? Supaya tetamu dapat membezakan majlis kita dan orang lain.

Kalau dah sehari 2 3 majlis, mahunya tak ingat la majlis mana yang tetamu ini hadir. Pergi dan makan sahaja sekadar memenuhi undangan. Muka pengantin pun kadang-kadang tak kenal. Tapi kalau saya, memang saya akan ingat bila ada sedikit ole-ole diberi pada majlis tersebut.

Biasanya kalau kita nak balik tuan rumah ada kasi buah tangan kan? Yang lepas keruk tangan dan hulur duit sikit, dia akan beri kita goodies bag.  Sebenarnya banyak jenis panggilan juga untuk goodies bag ini.

Contoh goodies bag yang biasanya diberikan ketika menghadiri kenduri kahwin
Contoh goodies bag yang biasanya diberikan ketika menghadiri kenduri kahwin

Kalau saya di Kelantan,  kami memanggilnya ‘siso’. Kalau di negeri lain di Malaysia, ada yang memanggil ‘berkat’, ‘ole-ole’ dan banyak lagi.

Yang penting dalam tu ada la sedikit cenderahati untuk kita yang hadir ke majlis mereka. Kalau dulu bunga telur sahaja. Tapi sekarang penuh satu beg tersebut.

Apa yang pernah anda dapat dalam majlis sebegitu? Kalau yang biasa dapat adalah telur, gula-gula, muffin, cupcakes, jeli dan banyak lagi. Kadang-kadang ada juga dapat air mineral dan air kotak. Namun yang manakah antara tersebut yang menjadi pilihan anda?

Kalau saya pastilah ole-ole yang boleh disimpan lama. Kalau yang jenis makan dan terus habis, memang kita tak ingat dah la tentang pengantin dan majlis kahwin tersebut setelah beberapa lama.  Tetapi yang terbaik adalah bila kita tengok sahaja ole-ole, kita akan teringat tentang pengantin. Contohnya  botol ke. Bila kita letak sebagai hiasan di ruang tamu kita akan ingat yang ianya pemberian dari si polan dan si polan bila terpandangnya.

Saya ada juga buat sedikti survey tentang bekas botol ini. Maklumlah dalam keluarga pun ada juga yang nak berkahwin selepas ini. Saya usha punya usha terjumpa la laman web barangan perkahwinan ini. Wah! Banyak sungguh koleksi menarik untuk diletakkan dalam goodies bag tetamu majlis kahwin.

Rambang mata pula saya melihatnya. Dari botol kaca, gelas, tote bag, lilin dan banyak lagi. Mahunya nak bolot semua ini nanti. Tapi apa yang menarik perhatian saya ialah botol kaca mereka.

Saya ingatkan satu botol ada la dalam harga RM5 hingga ke RM6, tapi rupanya bawah RM3 je untuk botol-botol kat sini. Ada dari harga RM1.60 hingga RM2.70 je untuk satu-satu botol.  Jimat la bajet kalau nak kahwin macam ni. Dahla comel comel botolnya. Boleh letak gula-gula, kekacang dan sebagainya.

Jom lihat beberapa koleksi yang saya pasti anda sendiri akan terpegun weh. Lawa jugak ya. Ni la gambar botol yang saya cakap tu. Yang harganya bawah RM3 satu tu.

botol-hadiah-kahwin botol-kahwin-bunga-merah botol-kahwin-bunga-oren botol-kahwin-penutup-gabus

Amacam terpegun dan berkenan ke? Itu hanyalah sedikit koleksi yang ada dan cantik bagi pandangan mata saya. Anda nak tengok banyak lagi koleksi botol-botol yang menarik bolehlah tengok di sini ya. Hubungi sahaja nombor yang berada di laman web tersebut kalau berkenan. Saya kongsi sahaja lah. Kalau ada kawan-kawan nak kahwin tu bolehlah tunjuk kepada mereka.

Daripada keluarkan belanja lebih untuk beli benda sama pada harga mahal, baik beli sahaja pada harga yang lebih murah kan? Beli online lagi mudah, pilih dan bayar sahaja. Tak payah penat-penat pergi kedai. Tak payah juga sibuk-sibuk upah wedding planner kalau kita boleh uruskan sendiri hal ini. Tak gitu?

Saya pun tengah fikir lagi ini kalau majlis kahwin saya nanti apa lagi yang boleh saya lakukan untuk memastikan ianya kekal dalam memori kita sendiri dan para tetamu yang hadir.

Berkahwin hanya sekali, jadikan ia menjadi memori yang kekal selamanya

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Tradisi Memberi Hadiah Untuk Tetamu Di Majlis Perkahwinan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *