Woi Blogger, Jangan Lupa Tulis Kat Blog Ya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua salah satu pengalaman saya menjadi seorang blogger ini.

Untuk makluman semua, saya menjadi blogger pada semester pertama saya di universiti, dan sekarang saya sudah berada di semester 7. Memang sudah lama. Namun tak semua pengalaman saya indah. Selalu di perli dan kena bahan itu biasa. Namun pengalaman mendewasakan diri.

Amirnawawi (1)
Kad nama juga amat penting dalam proses penjenamaan blog

[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Selalu di perli dan kena bahan itu biasa. Namun pengalaman mendewasakan diri.[/pullquote]

Kalau dulu saya sekadar jadi blogger underground sahaja. Tiada siapa pun yang tahu tentang kewujudan blog ini, namun selepas mengetahui betapa pentingnya penjenamaan blog, terus saya ambil langkah proaktif untuk memasarkan nama ‘amirnawawi’ itu sendiri. Sekarang, boleh dikatakan semua yang mengenali saya melalui blog saya ini.

Ada yang jumpa saya dan memanggil saya dengan panggilan Nawawi, padahal Nawawi itu adalah nama bapa saya. Kawan-kawan saya di universiti pun kebanyakkan panggil saya dengan nama Amir blogger. Kekadang agak segan juga dengan panggilan itu. Namun apa boleh buat, terima sahajalah.

Tak kurang jugak ada yang seakan-akan perli. Blogger ni takde benda lain, skit-sikit nak masuk blog jer. Sampaikan ada program atau aktiviti yang saya join, kekawan siap perli lagi, katanya “Woi blogger, jangan lupa tulis kat blog ya”.Β Kalau dulu-dulu saya anggap itu adalah perlian yang sinis.

Namun itu dulu, kalau sekarang, jika mereka berkata demikian, terus saya suruh diorang posing. “Cepat posing weh, aku nak masuk lam blog nih”.. Tapi betul la. Terus mereka posing depan kamera. Diorang bukan perli rupanya. memang betul diorang nak masuk dalam blog aku yang tak seberapa nih.

Rupanya bagaimana kita mentafsir perkataan orang tu yang akan mengubah segala persepsi kita. Ubah persepsi negatif tu menjadi positif supaya kita dapat memperbaiki segala kekurangan yang ada pada diri kita.

Salam saya dari saya amirnawawi, pemilik blog amirnawawi,.com

AM: Sape nak bergambar? Meh cepat aku tangkapkan dan masukkan dalam blog ini. πŸ™‚

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

69 thoughts on “Woi Blogger, Jangan Lupa Tulis Kat Blog Ya.

  • October 28, 2013 at 2:07 pm
    Permalink

    Setuju dengan ko bro..dlu aku segan2 jugak..bila tau pentingnya penjenamaan..ahh..pedulikan orang yang perli2 tu..sebenarnya diorang nak gak muka masuk blog..hehe

    Reply
    • October 28, 2013 at 2:27 pm
      Permalink

      Kan kan.. Sebab tu diorang perli-perli tuh. Nak menarik perhatian kita la tuh..

      Reply
  • October 28, 2013 at 2:08 pm
    Permalink

    menulis adalah hak kita. jadi sapa-sapa terasa dengan penulisan kita tu nasiblah.

    aku plan nak upgrade dari underground ke upperground. errr ada ke upperground? hantamlah labu oiiii :p

    Reply
  • October 28, 2013 at 2:10 pm
    Permalink

    Seronokkan ada blog… Boleh kongsi kenangan menarik bersama rakan-rakan… πŸ˜‰

    Reply
  • October 28, 2013 at 2:10 pm
    Permalink

    Bro,ak pon start blogger daripada zaman u jugak..dulu blogging biasa bisa je..lepas bertahun tahun blogging nampaknya memberi hasi1 lumayan kepada diri. Alhamdullilah.

    Reply
    • October 28, 2013 at 2:25 pm
      Permalink

      Tu la.. Saya pun alhamdulillah juga. Banyak hasil dari blog. Siap blh buat bayar yuran pengajian lagi πŸ™‚

      Reply
  • October 28, 2013 at 2:12 pm
    Permalink

    setuju..dulu aku pon malu2 ayam…haha

    Reply
  • October 28, 2013 at 2:22 pm
    Permalink

    Kan, saya pun dulu macamtu jugak, tapi bila dah biasa dicakapkan, takde hal lah. Saya dulu mula masa tahun 2010, Oktober tak silap, dan sekarang alhamdulillah, dah 3 tahun, pada mulanya menulis sekadar minat, tetapi, tujuan minat masih ada cuma, diperhalusi lagi, menulis untuk berkongsi, menulis untuk menyampaikan maklumat. Suka menulis, dulu saya paling tak suka menulis, tetapi bila dapat mencorakkan pendapat sendiri di dalam blog, minat mula berputik. dah terima kasih atas pengalaman Amir ni.. suka baca.

    Reply
    • October 28, 2013 at 2:24 pm
      Permalink

      Biasa la tuh awal-awal. Kena kuat mental dan fizikal.. Lama-lama kita dah biasa dengan cakap-cakap orang nih. Sebab kita tahu siapa kita kan. Lagipun mungkin mereka teringin nak tahu apa itu kerjaya blogger. Sebab itu mereka bertanya.

      Reply
  • October 28, 2013 at 2:28 pm
    Permalink

    betul2. sekarang dah rasa tak malu dah.buat je apa yg kita suka.pedulikan org lain.

    Reply
    • October 28, 2013 at 2:30 pm
      Permalink

      kan.. Pedulikan apa orang kata. Biar mereka pula dengar apa kita kata..

      Reply
  • October 28, 2013 at 2:34 pm
    Permalink

    haha sekarang aku ada gelaran baru bila lepak dengan kawan.. abang blogger.. haha

    Reply
  • October 28, 2013 at 2:38 pm
    Permalink

    memang femes lah kalau jadi blogger bro..

    Reply
    • October 28, 2013 at 2:44 pm
      Permalink

      takde la femes mana pun.. Tapi femes kena bahan jelah..hehe

      Reply
  • October 28, 2013 at 2:38 pm
    Permalink

    PERGHHHH,KAPSYEN GAMBAR LISA TU,HAHAHAHA… COMEI KAD BARU TERRRR

    Reply
  • October 28, 2013 at 2:42 pm
    Permalink

    aku pun sama segan malu2x tapi lama dah jadi satu kebiasaan..ada yang siap tologn promote barang..haha

    Reply
    • October 28, 2013 at 2:48 pm
      Permalink

      Lama-lama dah biasa la bro kan.. Permulaan jer memang kena kuat mental

      Reply
  • October 28, 2013 at 3:10 pm
    Permalink

    tok soh cakap , saya nak secondary school ni…orang dok perli-perli
    doodler la…blogger muda la
    tapi kenkadang tu…rasa bangga πŸ˜€

    Reply
    • October 28, 2013 at 5:58 pm
      Permalink

      Kan.. memula memang segan.. lama-lama rasa bangga pun ada. Tapi tak elok bangga diri tuh..

      Reply
  • October 28, 2013 at 3:28 pm
    Permalink

    Sampai sekarang pun,kalau saya bersembang dengan rakan, mereka mesti cakap, jangan tulis kat blog tau.

    Sebagai blogger, bukan semua benda kita nak cerita, kata orang ada had nya.

    Reply
    • October 28, 2013 at 5:59 pm
      Permalink

      Tu la. macam la kita ni desprade sngt segala benda nak tulis kan..

      Reply
  • October 28, 2013 at 3:38 pm
    Permalink

    seronok juga jadik blogger popular ya..maknaya penjenamaan dah berlaku la tu

    Reply
    • October 28, 2013 at 5:59 pm
      Permalink

      Takde la popular mana tapi alhamdulillah ada progress untuk penjenamaan tu

      Reply
  • October 28, 2013 at 3:45 pm
    Permalink

    haha betul tu…
    kat ofis saya seorang shj blogger yg tegar.
    JAdi, kalau ada apa2 hal..mesti ofismet perli…tu blogger ada tu…tak pun…haa, nanti masuk blog la tu…
    saya malu2 bila dorg ckp cmtu..tp hakikatnya saya tahu, dorg baca blog sy..kalau tak takdenya dorg leh tahu eprkembangan saya..sbb apa2 yg dorg petik semua yg sy publish kat blog..

    tahniah teruskan berblogging

    Reply
    • October 28, 2013 at 6:00 pm
      Permalink

      Kan.. Diorang tahu apa kita tulis tu maknanya diorang baca la blog kita.. πŸ™‚

      Reply
  • October 28, 2013 at 4:17 pm
    Permalink

    mula-mula memang kena perli, tapi support kengkawan tu penting….

    Reply
    • October 28, 2013 at 6:00 pm
      Permalink

      Kan.. Sekrang mereka dah mula support dah.. Alhamdulillah πŸ™‚

      Reply
  • October 28, 2013 at 4:20 pm
    Permalink

    Betullah dik. Kalau jadi blogger picisan ni alahai bukan main malu rasanya nak mengaku diri tu blogger. Lebih baik letak profession sebenar di alam nyata. Tapi kalau dah famous rasanya memang nak bagi tahu semua oranglah, ‘Sayalah penulis blog ni…’ Kira Amir dah famouslah ni semua orang pun nak mengendeng sama!

    Reply
    • October 28, 2013 at 6:01 pm
      Permalink

      Takde la femes sngt kak oii.. Tapi tu la.. Rasanya rebranding tu menjadi. Kena belajar dari otai lagi la πŸ™‚

      Reply
  • October 28, 2013 at 5:10 pm
    Permalink

    jujurnya ramai yang tak tahu aku ada blog , walaupun satu tempat kerja

    Reply
    • October 28, 2013 at 6:02 pm
      Permalink

      bagus la macam tu.. tapi kalau mereka tahu lagi bagus. boleh mereka jadi pembaca blog kita juga

      Reply
  • October 28, 2013 at 5:15 pm
    Permalink

    Wow. lama gak tu..dah masuk sem 7.

    Reply
  • October 28, 2013 at 5:49 pm
    Permalink

    mula2 perlu…lepas tu nak pulak…hihi..

    baru diorang tau penangan blogger macam bro ni…

    terbaik!

    Reply
    • October 28, 2013 at 6:03 pm
      Permalink

      Biasa la tuh. Malu tapi mahu la tuh.. Perli tu tandanya diorang ambik tahu pasal saya πŸ™‚ hehe

      Reply
  • October 28, 2013 at 11:09 pm
    Permalink

    Heee.. teringat dulu dulu .. Kena gelak wooo bila kata kita ni blogger ! Apa ?? Batu block ? Heehehe .. Ramai perli dari bagi sokongan melainkan kawan kawan yang ada blog .. Walhal , mereka tak tau apa itu blog !

    Tak pe bro.. teruskan usaha.. InshaAllah .. kejayaan di dalam tangan ..

    Reply
    • October 29, 2013 at 7:47 am
      Permalink

      haha. batu blog? Sekarang sebut blogger je orang terus kenal..

      *Fuh! First time Abang ben komen sini, bangga kejap saya..hehe

      Reply
  • October 29, 2013 at 2:06 am
    Permalink

    Sudah ada kad perniagaan untuk blog. Mudahlah untuk dikenali.

    Reply
  • October 29, 2013 at 3:32 pm
    Permalink

    Haahla,gambar saay takde lagi dalam blog bro ni..hehehe..

    Reply
    • October 29, 2013 at 6:07 pm
      Permalink

      Ye la tuh. Masa fisrt time saya berblog, bro adalah blogger pertama saya masukkan gambar dalam blog ini

      Reply
    • October 31, 2013 at 3:04 pm
      Permalink

      Maaf, sila ambik nombor ya. Banyak lagi orang nak bergambar dengan saya..hahahaha

      Reply
  • October 31, 2013 at 4:06 pm
    Permalink

    Nanti kasi satu kat ko kat aku yea…. Skang ko dah lebih dikenali lepas menang banyak contest dan masuk suratkhabar….Kalau masuk pilihanraya MPP nie … confirm ko menang punya laa…. heheheh

    Reply
    • October 31, 2013 at 4:12 pm
      Permalink

      nasib baik dah tahun akhir, kalau tak memang dah ambik calon dah..hehehe

      Reply
  • November 3, 2013 at 11:27 pm
    Permalink

    Seronok membaca pengalamanAmir sepanjang menjadi Blogger ni sebab ada juga yang dialami sendiri.
    Tahniah Amir.
    Semoga terus maju dalam dunia blogging.

    Reply
  • Pingback: Boleh Ajar Aku Buat Blog ? | amirnawawi

  • January 13, 2014 at 8:31 am
    Permalink

    Amir, kad bisnes ti buat kat mana?

    Saya teringin nak posing depan kamera Amir. πŸ™‚

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *