April 26, 2024
Food

Tips Pemakanan Sihat di Bulan Ramadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kogsikan dengan anda semua mengenai Tips Pemakanan Sihat di Bulan Ramadan bersama Kentang A.S

Ketika bulan suci Ramadhan menjelang, inilah masanya untuk bersolat, renungan dan waktu yang berkualiti bersama keluarga. Selama bulan ini, kita perlu menjaga kebiasaan makan kita untuk memastikan pemakanan dan faedah makanan yang betul sebab badan kita mengalami perubahan semasa berpuasa.  

Dalam bulan Ramadan ini juga, berlaku perubahan waktu makan bagi semua umat Islam. Sahur dan Iftar (berbuka puasa) merupakan waktu makan utama dalam bulan Ramadan. Disebabkan waktu makan yang singkat ini, pemilihan makanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting bagi memastikan umat Islam mendapat tenaga mencukupi dan mengelakkan masalah kesihatan seperti gastrik, sakit kepala, sembelit atau  aras gula darah terlalu rendah/hipoglisemia (kurang daripada 3.8 mmol/L) bagi pesakit kencing manis sepanjang tempoh satu bulan berpuasa.

Tips Pemakanan Bulan Ramadan

Antara tips pemakanan yang penting dalam bulan Ramadan adalah seperti berikut:

* Kekal hidrasi sepanjang tempoh 13 jam berpuasa. Minum air masak secukupnya semasa bersahur dan Iftar. Cadangan hidangan adalah minum segelas air masak setiap jam sebelum tidur.

* Sayur-sayuran dan buah-buahan amat digalakkan ketika bersahur dan Iftar kerana dapat membekalkan serat dan dapat mengelakkan masalah sembelit.

* Tidak lupa juga pengambilan sumber protein seperti ikan, ayam, telur, daging, soya, susu dan produk tenusu.

* Bersahur setiap hari dan digalakkan melewatkan bersahur sebelum masuk waktu Imsak. Pilihan makanan sahur yang dicadangkan daripada sumber karbohidrat kompleks seperti beras perang, roti bijirin penuh, kentang, oats dan lain-lain. 

Khasiat Ubi Kentang A.S

Jadi berdasarkan maklumat di atas, dapat kita ketahui bahawasanya ubi kentang merupakan antara salah satu sumber karbohidrat yang diperlukan sepanjang berpuasa.

Dengan pengetahuan fakta-fakta di bawah yang berkaitan dengan kebaikan nutrien yang terdapat dalam Kentang A.S, ia adalah ramuan yand sangat baik dan serba boleh untuk digunakan dalam penyediaan makanan untuk iftar and sahur. 

* Kentang A.S. ialah contoh sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C.  Kentang bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi.

* Kentang A.S. diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi.

* Kentang A.S tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malah, ia hanya mempunyai 110 kalori setiap hidangan. 

Resepi Berasaskan Kentang A.S

Baiklah, Cik Rushda Adiba Ismail selaku pakar diatetik KPJ Damansara telah berkongsi beberapa resepi berasaskan kentang A.S untuk kita nikmati sepajang Ramadan ini. Ianya cukup mudah dan berkhasiat utnuk kita menjalani ibadah puasa ini.

Resepi Sup Sayur dengan Kentang A.S. (U.S. Potatoes)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumis bahan tumis bersama bahan kisar/tumbuk. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan air, kentang A.S, lobak merah dan isi ayam. Masak hingga empuk.
  4. Masukkan sawi, bunga kobis, tomato dan didihkan sebentar. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Sedia dihidang.

Ubi Kentang A.S. (U.S. Potatoes) Bakar Inti Sambal Bilis

Cara-cara Penyediaan:

  1. Bersihkan semua kentang A.S dan rebus tanpa dipotong dan tidak perlu dibuang kulit. Rebus hingga empuk.
  2. Taburkan garam ke dalam air rebusan.
  3. Apabila empuk, angkat dan biarkan sejuk.

Untuk inti:

  1. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar kacau hingga garing.
  3. Sementara itu, goreng ikan bilis dalam kuali berasingan.
  4. Setelah sambal garing dan pecah minyak, masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
  6. Setelah sambal bilis siap,belah ubi kentang A.S dan keluar isi di bahagian tengah.
  7. Gaulkan isi kentang A.S tadi dengan sambal ikan bilis.
  8. Masukkan gaulan tersebut ke dalam kentang A.S yang dikorek tadi.
  9. Taburkan keju mozarela.
  10. Bakar selama 5 -10 minit pada suhu 200˚c
  11. Hiaskan dengan hirisan brokoli. Sedia dihidang

Menarik bukan menu-menu yang dihasilkan dari Kentang A.S?

Saya sendiri telah mencuba menu ini. Sedap!

Semoga anda dapat mencuba sendiri-menu-menu ini. Kalau anda ada resepi yang lebih menarik ciptaan anda sendir. boleh kongsikan juga di ruangan komen ini ok?

Akhir kata dari saya, selamat menjalani ibadah puasa dan jaga kesihatan anda masing-masing. Kita jaga kita ok?

Untuk mengetahui lebih tentang Kentang A.S, sila lawati laman web www.uspotatogoodness.com.my

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *