Perbezaan Kuih Tepung Pelita, Tako dan Limas
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi semua. Bagaimana puasa anda? Ok ke? Kita dah masuk hari ke sebelas Ramadan pada tahun ini. Semoga anda baik-baik sahaja hendaknya. Baiklah utnuk entri kali ini saya ingin kongsikan perbezaan mengenai kuih tepung pelita, tako dan limas.
Semua sedia maklum yang kuih-kuih ini menjadi permintan yang tinggi sewaktu bulan Ramadan ini. Namun anda di antara kita yang masih konfius akan kuih-kuih ini,. Ye lah kan, semua warna putih dan hijau. Kat mana bezanya?
Saya sendiri pun konfius juga. Semua saya panggil tepung pelita. Padahal setiap kuih ini ada perbezaan masing-masing. Dengan bantuan seorang pelayar di laman Facebook, dapat saya mengetahui perbezaan kuih-kuih ini.
Jenis Jenis Kuih
- Tepung Pelita
Kuih ini diperbuat dari tepung beras. Warna putih di atas dan warna hijau di bawah. Biasanya warna hijau diperbuat daripada air kisaran daun pandan. Ianya dimasak diatas api baru dituang ke dalam acuan. Kaedah dia sama lebih kurang seperti kuih limas. Ditabur gula dibawah. Acuan Tepung Pelita diperbuat dari daun pisang.
- Kuih Limas
Kuih ini diperbuat dari tepung gandum sahaja. Lapis bawah sama seperti tepung pelita iaitu berwarna hijau dan ditabur gula. Kuih limas dikukus atas api untuk bahagian bawah dan atas. Acuan kuih limas sama seperti kuih Tepung Pelita menggunakan daun pisang
- Kuih Tako
Kuih ini diperbuat dari tepung jagung atau tepung hoe kwee. Kaedah membuat kuih ni sama seperti kuih tepung pelita. Ianya dimasak atas api. Lapisan bawah juga berwarna hijau. Setengah orang akan meletakkan sengkuang cina pada lapisan bawahuntuk menyedapkan rasa. Acuan kuih tako ini diperbuat daripada daun pandan.
Jadi bagaimana tuan puan? Sudah dapat perbezaan daripada kuih-kuih ini? Saya dulu pun keliru juga. Namun setelah faham, barulah saya tahu yang kuih tepung pelita dari tepung beras, limas dari tepung gandum dan tako dari tepung jagung.
Apapun kesemua kuih ini sedap belaka. Teringin pula saya nak mencari kuih ini petang nanti. Semoga berjumpa la hendaknya.
Wow begitu rupanya perbezaan antara ketiga-tiga kuih yang nampak macam seiras ini.
Terbaik!