May 18, 2024
Lain-Lain

Promosi Berbaloi Puasa Marrybrown

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga sihat sejahtera semuanya. Bagaimana puasa? Kita telah masuk separuh daripada bulan Ramadan ini. Apapun semoga amal ibadat kita diterima oleh yang Maha Esa. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi mengenai promosi Berbaloi Puasa oleh Marrybrown.

Sebut sahaja Marrybrown, siapa yang tidak kenal akan jenama ini. Jenama tempatan yang telah mendunia! Rasa bangga pula. Apa yang lebih menariknya mereka sering menawarkan pelbagai jenis tawaran menarik untuk pelanggan mereka.

Jadi sempena dengan bulan Ramadan ini mereka kembali lagi dengan promosi Berbaloi Puasa. Pelbagai tawaran menarik diberikan sempena kehadiran bulan yang mulia ini.

Family Meals (Promosi untuk ‘delivery’ dan juga ‘take away’)

  • Set Berbaloi A (2 – 3 pax) – Harga dari RM24.90 
  • Set Berbaloi B (5 – 6 pax) – Harga dari RM49.90
  • Set Berbaloi C (8 – 10 pax) – Harga dari RM79.90

Buy 1 Free 1 (Promosi untuk ‘take away’)

  • Bubur Ayam MB
  • Cheesy Wedges
  • 6 pcs Chicken Nuggets
  • Chicken Sausage Burger
  • Mushroom Soup.

Istimewa Ramadan  2 set MB Combo Meals hanya RM20 sahaja (Promosi untuk ‘delivery’)

  • Nasi Lemak MB Combo x2 @RM20
  • MB Hotouch Burger Combo x2 @RM20 
  • MB Lucky Plate Combo x2 @RM22.

Terbaik bukan? Berbaloi ni kalau nak beli untuk berbuka. Saya tidak terkecuali. Mana tak nya, kalau dah tawaran menarik macam ni pasti saya rebut. Saya ni pantang kalau tengok promosi. Hahahaha.

Saya beli set Berbaloi A dan sup cendawan mereka. Berbaloi! Ada ayam goreng 4 ketul, fries, nuget, cheesy wedges, dan juga air. Untuk harga RM24.90 memang tak masuk akal lah.

Untuk makluman semua, promosi ini hanya berlangsung dari 27 April sehingga 23 Mei 2020 je tau. Promosi hanya untuk walk-in Dan juga delivery melalui beberapa aplikasi seperti Grabfood dan juga FoodPanda.

Untuk maklumat lanjut dan semak senarai outlet korang boleh klik pautan di bawah : 

IG: https://www.instagram.com/marrybrownmy/ 
FB: https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia/ 
Website: https://marrybrown.com/ 
Delivery: https://marrybrown.com/mb-delivery/

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Promosi Berbaloi Puasa Marrybrown

  • Reading this kinda make me hungry right now. I wanna eat Marrybrown too. 😀

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *