Marrybrown Egg-citing – Rasai Keenakkan Telur Asin

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai keenakkan rasa telur asin dalam menu terbaharu di Marrybrown.

Marrybrown kini kembali dengan menu terbaharu yang baru sahaja dilancarkan oleh pihak mereka. Kali ini mereka memperkenalkan menu yang berasaskan telur asin. Telur asin sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan kita rakyat Malaysia.

Setelah melalui proses ujikaji rasa, kajian dan juga pemerhatian, akhirnya Marrybrown mengeluarkan menu ini. pastinya menu yang terhasil bakal menjentik deria rasa kita rakyat Malaysia.

Menurut Dato Joshua Liew, pihak mereka tahu bahawa trend Telur Salted telah menjadi tumpuan di kalangan rakyat Malaysia selama bertahun-tahun dan telah mencuba pelbagai jenis makanan, tetapi mereka yakin bahawa sos mereka akan menjadi kegemaran pelanggan bukan sahaja kerana ia mempunyai ciri- khas untuk menarik rakyat Malaysia, mereka bertegas menggunakan telur masin sebenar untuk menu ini kerana ia akan menambahkan rasa berkrim dan umami kepada sos tersebut.

Saya bersama mnu terbaharu ini.

Untuk promosi ini, peminat Marrybrown mempunyai pilihan untuk memilih Burger Telur Masin yang lazat dipasangkan dengan kentang goreng Perancis atau penuhi keinginan ayam mereka yang renyah dengan hidangan Ayam Telur Masin termasuk kentang dan salad sayur-sayuran. Jangan bimbang, kedua-dua pilihan itu didatangkan dengan sos yang kaya dan berkrim Marrybrown yang menggunakan rempah dan daun kari aromatik untuk rasa tempatan tambahan yang enak ini.

Untuk menu egg-citing ini, terdapat 2 set yang boleh dipilih iaitu set ayam dan juga burger.

Set Salted Egg Burger
Burger telur asin, kentang goreng, dan air Heaven & Earth Ice Lemon Tea

Set burger telur masin Marrybrown

Set Salted Egg Ayam Meal
Ayam telur asin, kentang lecek, coleslaw dan air Heaven & Earth Ice Lemon Tea.

Set ayam Marrybrown

Untuk harga setiap set ini pula hanyalah bermula dari RM15.00 sahaja untuk set burger manakala untuk set Salted Egg Ayam: 2pcs harga dari RM15.90, dan untuk 3pcs harga bermula dari RM18.80. Memang berbaloi untuk poket dan juga perut anda semua. Termasuk perut saya juga. 🙂

Untuk maklumat lanjut berkenaan Marrybrown bolehlah melayari mana-mana medium di bawah:

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Marrybrown Egg-citing – Rasai Keenakkan Telur Asin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge