Nikmati Fortune Burger di Marrybrown Sempena Musim Perayaan Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Fortune Burger di Marrybrown.

Musim perayaan telah datang lagi, di mana keluarga dan rakan-rakan bersatu untuk menikmati suasana yang penuh dengan kegembiraan, ketawa untuk dikongsi bersama. Musim perayaan ini, Marrybrown bersemangat untuk ‘kongsi’ kekayaan dengan rakan-rakan Malaysia melalui Fortune Burger yang begitu popular.

Rakyat Malaysia kini boleh merasai ‘kekayaan’ dengan Marrybrown’s Fortune Burger, yang disajikan dengan paha ayam 100% yang dimasak segar dan memuaskan pada gigitan pertama. Sebagai tradisi, pengunjung mempunyai pilihan untuk memilih dari dua jenis burger yang tersendiri. Untuk perjalanan gastronomi yang kaya, dapatkan rasa sos Keju dengan salad segar dan rangup.

Untuk anda yang inginkan rasa pedas dan tebal, nikmati pula, Fortune burger dengan lada hitam. Burger ini cukup sempurna dipasangkan dengan cendawan berair dan bawang cincang manis diapit antara roti bijan yang baru dikukus. Anda boleh merasakan Fortune dalam setiap gigitan!

Hanya harga bermula dari RM14.60, rakyat Malaysia boleh menikmati Fortune mereka dengan kombo Golden Fortune Fries dan Minute Maid Refresh Orange.

Saya sendiri telah merasai kenikmatan burger ini. Memang puas hati lah. Harga pun memang mampu dan agak berbaloi. Dan lagi murah dari pesaing seumpamanya. Lepas ni saya nak makan Marrybrown jelah.

Tak sangka pula sedap burger mereka. Daging ayam yang tebal dan berjus. Ditambah pula dengan sos keju dan lada hitam yang terbaik. Makan je memang puas hati lah. Saya cuba kedua-dua Fortune Burger dan memang buntu nak pilih yang mana. Sebab kedua-duanya sedap.

Jadi buat anda yang nak menikmati rasa hebat ini, jangan lupa untuk berkunjung ke Restoran Marrybrown segera kerana tawaran terhad ini hanyalah untuk musim perayaan ini. Lepas ini dah tak ada dah. Jadi kena cepatlah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Fortune Burger ini bolehlah melayari mana-mana medium di bawah:

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

Youtube: MarrybrownTV

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge