December 11, 2024
Hal-hal Semasa

10 Kumpulan Terbaik VEST ke Kem Janda Baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan bersama anda semua mengenai progress ataupun perkembangan program VEST.

Jika sebelum ini saya telah kongsikan secara serba sedikit mengenai program VEST ini, kali ini saya ingin kongsikan lebih lanjut mengenai apa yang berlaku dalam program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ini.

Untuk makluman semua, setelah menyelusuri beberapa universiti awam dan swasta untuk mencari kumpulan dengan idea perniagaan yang terbaik, akhirnya 10 kumpulan dari kalangan universiti-universiti tersebut dipilih untuk dinobatkan sebagai 10 kumpulan terbaik.

Bukan senang sebenarnya untuk menghasilkan idea-idea yang menarik dan sesuai dengan keperluan semasa ini, namun kumpulan-kumpulan ini mampu membuktikan bahawasanya mereka merupakan kumpulan yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Mana tidaknya, pelbagai idea yang mereka cetuskan dalam pertandingan ini untuk meningkatkan taraf hidup selain memudahkan kehidupan harian orang lain.

Setelah diadili dan dinilai, inilah 10 kumpulan terbaik yang telah terpilih dalam program VEST ini. Kumpulan tersebut adalah:

  1. Aiskrim Ali ( UITM Puncak Alam),
  2. SolviePro (Universiti Teknologi PETRONAS),
  3. Hades.co (Universiti Selangor),
  4. Osoppe (Uniten Muadzam Shah),
  5. Paper Club (MMU Melaka),
  6. Demeter (UNIKL),
  7. Fast 2 Print (Universiti Kebangsaan Malaysia),
  8. Serdang Cendol (Universiti Putra Malaysia),
  9. Sintokyo Shushi (Universiti Utara Malaysia)
  10. Zech Edu Techno (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

Setelah ditabalkan sebagai 10 kumpulan terbaik bagi program VEST ini, kesemua kumpulan ini dikehendaki untuk menghadirkan diri ke boot camp yang telah diadakan di Serena Resort & Training Centre , Janda Baik Pahang.

Antara kumpulan yang terpilih antara 10 terbaik

Di dalam boot camp ini mereka diajar lebih lanjut mengenai cara- cara berkaitan perniagaan. Bagaimana untuk mengembangkan idea mereka dari secebis idea sehingga berjaya mendatangkan hasil kepada mereka. Tunjuk ajar yang terperinci diberikan kepada mereka supaya mereka  memiliki pengetahuan yang baik dalam mengembangkan lagi idea mereka ini.

Antara idea perniagaan yang berjaya mereka cetuskan adalah seperti berikut:

Hades.co dari Universiti Selangor

Kumpulan ini telah mencetuskan idea bagi membuat aplikasi untuk orang ramai yang mengalami masalah kereta rosak. Idea dikembangkan dengan mencipta aplikasi dalam peranti bimbit.  Menggunakan applikasi ini, ianya dapat membantu orang yang terbabit mencari mekanik dengan senang dan mudah. Ianya seperti dihujung jari sahaja.

Fast 2 Print dari Universiti Kebangsaan Malaysia

Kumpulan ini mempunyai idea perniagaan yang melibatkan servis mencetak dan membuat salinan. (printing and photocopy). Tujuan mereka menjalankan perniagaan ini adalah untuk memudahkan warga universiti bagi membuat salinan dan cetakan yang berkaitan hal ehwal pelajaran. Tidak semua pelajar mempunyai pencetak sendiri, dengan adanya servis sebegini, akan memudahkan para siswazah untuk menggunakan servis mereka. Secara tidak langsung ia akan memudahkan urusan seharian para siswa. Buat masa ini, Fast 2 Print ini mempunyai beberapa cawangan di UKM. Mereka menjalankan servis perkhidmatan berterusan selama 24 jam sehari .

Piala yang menjadi rebutan para pemenang

Menarik bukan idea-idea yang dicetuskan oleh para siswazah kita ini? Selain dari itu, para pemenang dalam program ini akan memdapat hadiah wang tunai untuk mereka mengembangkan lagi idea perniagaan mereka ini. Saya yakin selain ilmu yang diperolehi, hadiah wang tunai ini juga mampu menyuntik lebih semangat buat kumpulan-kumpulan ini bagi memberikan idea perniagaan yang lebih gempak dan menarik.

Menteri KPDNKK ,  YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin

Dalam bootcamp ini juga turut dihadiri oleh Menteri KPDNKK kita iaitu, YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin.  Dengan kehadiran YB Menteri ini diharapkan lebih memberikan semangat kepada para peserta untuk menjadi usahawan yang berjaya. YB Menteri juga dulunya seorang usahawan yang amat berjaya sebelum menceburkan diri dalam bidang politik. Oleh yang demikian, segala pengalaman dan ilmu yang beliau ada itu amatlah berguna untuk dikongsikan kepada para peserta.

 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Program VEST ini bolehlah menghubungi mana-mana medium di bawah:

Youtube: Vest Malaysia
Instagram: @vest_malaysia

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “10 Kumpulan Terbaik VEST ke Kem Janda Baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *