Malam Gala VEST Menobatkan Juara Bagi Edisi 2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan mengenai Malam Gala VEST yang telah berlangsung di Dewan Dektar Universiti Kebangsaan Malaysia pada minggu lepas.
Semua sudah sedia maklum bahawasanya program Varsity, Entreprenuership Skills and Talents (VEST) ini sudah berlangsung selama beberapa bulan lamanya. Para peserta mereka terdiri daripada siswasah dari pelbagai universiti awam dan swasta di Malaysia. Dikhabarkan lebih 1000 kumpulan telah megambil bahagian pada peringkat awal program ini. Bermula dari program keusahawanan di universiti, seterusnya peserta terpilih dari universiti akan berentap untuk merebut gelaran 10 yang terbaik.
Bagi 10 kumpulan yang terbaik akan mengikuti bootcamp yang diadakan di Janda Baik yang lepas. Untuk maklumat lanjut mengenai bootcamp ini bolehlah membaca dipautan berikut. Seterusnya, dari 10 kumpulan terbabit, dipilih pula 3 yang terbaik untuk membentangkan idea perniagaan mereka di Majlis Malam Gala VEST 2017 ini.
3 kumpulan bertuah sahaja yang terpilih untuk membuat persembahan di Malam Gala VEST ini adalah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Para peserta yang terpilih ini perlu membuat pembentangan projek VEST mereka di hadapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan juga Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri KPDNKK.
Bukan calang-calang peserta ini kerana kita sudah sedia maklum bahawasanya hanya yang terbaik sahaja yang bisa membuat persembahan di hadapan Perdana Menteri kita. Oleh yang demikian, projek yang telah diilhamkan oleh mereka ini pastinya memberi impak yang kuat kepada masyarakat.
Tiga kumpulan yang dimaksudkan adalah daripada universiti-universiti berikut:
- Universiti Kebangsaan malaysia
- Universiti Teknologi Petronas
- Universiti Putra Malaysia
Satu pengalaman yang terbaik bagi mereka kerana dapat membentangkan idea perniagaan mereka dihadapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Persembahan yang dipamerkan hendaklah menyakinkan dan memberi impak yang tinggi kepada rakyat bagi menambat hati juri untuk memenangi hadiah utama yang bernilai RM50,000.
Setelah sesi pitching dilaksanakan berikut merupakan keputusan yang telah dimuktamadkan oleh para juri:
Tempat Ketiga: Universiti Kebangsaan Malaysia (Fast 2 Print)
Kumpulan ini mempunyai idea perniagaan yang melibatkan servis mencetak dan membuat salinan. (printing and photocopy). Tujuan mereka menjalankan perniagaan ini adalah untuk memudahkan warga universiti bagi membuat salinan dan cetakan yang berkaitan hal ehwal pelajaran. Tidak semua pelajar mempunyai pencetak sendiri, dengan adanya servis sebegini, akan memudahkan para siswazah untuk menggunakan servis mereka. Secara tidak langsung ia akan memudahkan urusan seharian para siswa. Buat masa ini, Fast 2 Print ini mempunyai beberapa cawangan di UKM. Mereka menjalankan servis perkhidmatan berterusan selama 24 jam sehari .
Mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM15,000 berserta sijil dan trofi.
Tempat Kedua: Universiti Putra Malaysia (Serdang Cendol)
Antara kumpulan yang menampilkan keyakinan dengan teknik persembahan mereka. Kumpulan ini juga satu-satunya yang menyampaikan persembahan dalam bahasa Inggeris. Persembahan yang menyakinkan dan penuh pengisian. Semoga apa yang diusahakan oleh pihak mereka ini beroleh kejayaan.
Mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM25,000 berserta sijil dan trofi.
Tempat Pertama: Universiti Teknologi Petronas (Solvie Pro)
Kumpulan ini mencipta aplikasi dalam talian yang menyediakan peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada semua. Banyak peluang pekerjaan ditawarkan hanya menerusi aplikasi ini. Para pelayar boleh mengetahui maklumat lanjut mengenai kerja kosong yang ditawarkan seperti jumlah gaji dan sebagainya. Ianya pantas diangkat sebagai juara kerana mampu memberikan manfaat kepada semua orang yang tengah mencari kerja sekarang.
Mereka menang besar dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 berserta sijil dan trofi.
Tahniah kepada semua pemenang. Mereka ini akan dibantu dan dibimbing dalam tempoh 1 tahun dibawah seliaan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) untuk memastikan idea mereka ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Semoga idea ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Sekali lagi tahniah!
Untuk maklumat lanjut mengenai VEST bolehlah menghubungi mana-mana medium di bawah:
Idea perniagaan pemenang tempat ketiga dan pemenang tempat ke dua biasa-biasa sahaja…
Selayaknya UTP menjadi pemenang tempat pertama dengan idea perniagaan yang jauh lebih baik daripada pesaing yang lain.