April 18, 2024
Travel

Glamping Dikelilingi Flora dan Fauna Di Lost World of Tambun (LWOT)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua pengalaman saya berkhemah di Lost World of Tambun (LWOT).

Perkhemahan yang saya ingin kongsikan dengan anda semua ini bukanlah perkhemahan yang biasa kita lakukan. Bilamana khemah yang digunakan ibarat perkhemahan badan berunifom di sekolah sahaja. Namun perkhemahan di LWOT ini adalah secara glemer dan digelar glamping.

Semua sedia maklum bahawasnya LWOT ini berada di kawasan yang berbukit bukau di samping terdapat banyak gua batu kapur dan batu-batuan yang unik. Jadi dengan perkhemahan di sini menjadikan perkhemahan yang anda lakukan ibarat di dalam hutan rimba yang memang kondusif.

Suasana di glamping waktu siang

Khemah yang saya maksudkan sebagai glemerous glamping adalah dengan segala fasiliti yang cukup di dalam sesebuah khemah yang disediakan. Di dalam khemah disediakan katil dan juga kipas, disamping terdapat juga soket elektrik untuk kegunaan sesiapa yang menginap.

Kelengkapan lain juga cukup dari selimut, tuala, bantal, katil, kipas, alatan mandi dan banyak lagi. Jadi ibarat menginap di hotel mewah tapi di dalam khemah. Unik bukan? Saya sendiri berada di sini memang teruja. Mana tidaknya berada di dalam suasana perkhemahan dengan bunyian unggas dengan kawan-kawan.

Untuk makluman anda, di dalam setiap khemah terdapat sebuah katil queen dan 2 katil single yang mampu memuatkan 4 orang dalam sesebuah khemah. Jadi ianya memang sesuai utnuk anda berkhemah bersama keluarga ataupun kawan-kawan.

Katil queen yang terdapat di dalam khemah ini
Katil single yang terdapat di dalam khemah ini

Terdapat juga tandas yang selesa untuk anda gunakan sewaktu menginap di sini. Untuk tandas lelaki, anda boleh lihat binaan paip air yang terdapat dari dalam batuan gua yang tersedia. Tiada batuan asal gua yang dipecahkan bagi pembinaan tandas ini.

Selain daripada aktiviti glamping ini, terdapat pelbagai aktiviti lain yang anda boleh lakukan di LWOT ini, antaranya adalah bermain di dalam taman tema dan melawat taman hidupan liar. Ini adalah kerana sekiranya anda mengikuti pakej glamping, segala tiket masuk ke tempat tempat di atas adalah termasuk sekali dalam pakej. Jadi anda bebas bergerak ke sana-sini di dalam LWOT.

Suasana waktu malam dengan unggun api di depan khemah glamping anda

Untuk anda yang ingin mengikuti aktiviti glamping di LWOT ini, berikut adalah harga untuk pakej ini.

 

2 dewasa, 2 kanak-kanak: RM588

Untuk tempahan, anda bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM | TWITTER |YOUTUBE

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Glamping Dikelilingi Flora dan Fauna Di Lost World of Tambun (LWOT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *