Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Lost World of Tambun
Asslamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Lost World of Tambun (LWOT).
Semua sedia maklum bahawasanya LWOT memang antara tempat tumpuan ramai bagi sesiapa yang inginkan pengalaman bergembira di taman tema air. Namun tahukan anda yang di LWOT terdapat pelbagai lagi aktiviti lain yang menarik boleh dilakukan di sana. Dalam entri ini saya kongsikan aktiviti lain yang menarik untuk anda lakukan di LWOT.
Melihat badak air dari dalam air pertama di Malaysia
Untuk makluman semua, di Hippo Kingdom anda dapat melihat badak air yang dipelihara di sini khusus dari dalam air. Ini juga merupakan ruangan dalam air pertama yang dibina khas untuk melihat badak air di Malaysia. Mana tidaknya jika badak air bernama Juwyta ini menghabiskan masanya di dalam air, jadi ruangan ini diperlukan oleh pengunjung untuk melihat Juwyta dengan lebih dekat lagi. Di Hippo Kingdom ini juga terdapat binatang lain seperti dubuk, buaya, flamingo dan rusa yang jinak!
Bersarapan pagi dengan kehijauan paya di Wetlands
Jika anda berkunjung ke LWOT bersama kawan-kawan anda, anda boleh membuat pesanan (request) untuk menikmati sarapan pagi anda di dalam paya yang menghijau. Dalam paya yang saya maksudkan bukanlah di dalam air paya, namun di atas jejambat yang dibina di dalam paya tersebut. Suasana yang cukup mendamaikan untuk sesiapa sahaja di sini. Sarapan pagi dengan suasana dikelilingi dengan pepohonan menghijau dengan kicauan burung, perghh memang terbaik lah!
Menyelusuri gua batu kapur dalam ekpedisi meredah Six Mile Tunnel
Ini adalah aktiviti yang patut anda lakukan apabila anda datang ke LWOT ini, mana tidaknya anda akan dibawa menyelusuri paya dan terowong batu kapur yang sempit dan gelap. Namun apa yang lebih menariknya daripada aktiviti ini adalah sepanjang perjalanan anda menyelusuri terowong, anda akan melihat begitu banyak pembentukan stalaktik dan stalakmit. Selain itu terdapat juga tinggalan sejarah yang penting untuk anda ketahui. Apapun satu pengalaman yang menarik kerana ianya lebih menambahkan keutuhan pertalian persahabatan kami yang turut serta. Ini kerana aktiviti ini memerlukan kerjasama yang erat di antara setiap peserta.
Bermain dengan haiwan jinak di Petting Zoo
Tidak lengkap rasanya trip anda jika anda tidak beramah mesra dengan haiwan yang ada di dalam Petting Zoo ini. Mana tidaknya terdapat ribuan haiwan jinak yang dapat anda lihat di sini. Namun sejinak mereka anda juga yang membahaya seperti ular. Haiwan lain yang terdapat di sini adalah arnab, spesis burung-burung, spesis tikus, spesis ayam, dan pelbagai lagi haiwan yang lain. Ianya juga sesuai untuk anak-anak kecil anda belajar mengenali haiwan.
Makan makan enak Malaysia di kedai sekitar LWOT!
Malaysia kan syurga makanan. Jadi di dalam LWOT ini terdapat pelbagai gerai jualan yang menyajikan pelbagai makanan yang enak. Anda boleh menikmati makanan yang enak pada era zaman dahulu di dalam gua di . Dan untuk anda yang gemarkan makanan popular di Ipoh seperti laksa bersarang dan nasi ganja, ianya juga anda dijual di sini! Itu tidak termasuk lagi makanan seperti makanan harian rakyat Malaysia yang lain. Tapi apa yang saya berani katakan adalah, makanan di sini cukup sedap! Memang berbaloi untuk dinikmati. Hao Chak!
Menarik bukan? Di Lost World of Tambun ini bukan sahaja taman tema air, tetapi pelbagai aktiviti lain yang menarik untuk anda lakukan. Nak tambahkan lagi pengalaman anda, bolehlah anda mencuba berkhemah glamping di sini juga.
Untuk maklumt lanjut bolehlah menghubungi mana-mana medium di bawah. Terima kasih!
WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM | TWITTER |YOUTUBE