November 9, 2024
Food

Foodtopia di The Mines Menarik Dengan Pelbagai Pilihan Makanan Lazat

Assalmualaikum dan salam sejahtera kepada smeua para pembaca yang dikasihi sekalian. Smeoga anda smeua berada dalam keadaan sihat sjeahtera hendaknya. Baiklah dalam entyri kali in isaya ingin kongsikan satu informasi menarik mengenai program Foodtopia yang diadakan di The Mines Seri kembangan.

Makluman ini bakal memberikan anda kepuasan yang maksimum jika anda seorang yang gemarkan makan makanan yang sedap. Ini kerana terdapat pelbagai makanan enak yang bakal anda nikmati jika menyertai Foodtopia ini.

Apa yang ,ebih menariknya, terdapat tawaran harga makanan yang serendah Rm9.90 sahaja! Menarik bukan? Selain sedap, ianya cukup berbaloi dengan nilai wang anda. Perut kenyang dan poket pun jimat. Kempen yang saya maksudkan adalah:

FOODBULOUS WEEKDAY TREATS

Untuk makluman semua, kempen ini bermula dari 6 November hingga 1 Disember  2017, dari hari Isnin hingga Jumaat. Ianya bermula dari 10 pagi hingga 10 malam di cawangan restoran dalam The Mines yang mengambil bahagian dalam kempen ini.

Terdapat lebih 40 sajian yang disajikan sepanjang kempen ini berlangsung dengan penyertaan 13 restoran yang turut sama mengambil bahagian. Sajian yang dimaksudkan adalah berharga serendah RM9.90 sahaja.

Antara restoran yang mengambil bahagian adalah The Chicken Rice Shop, Almendi’s, Pizza San Francisco, Sepiring, Fish & Co. Malaysia, Teppanyaki Malaysia, Esquire Kitchen, DubuYo, Bar B Q Plaza, Kimosasa Vegetarian Cuisine, Makan Culture, Ah Yip Herbal Soup dan Nyonya Mama.

Namun sebelum anda menikmati sajian pada harga RM9.90, anda hendaklah mengikuti aturan seperti di bawah ini:

2) Isi segala maklumat yang diperlukan
3) Salin kod QR yang terpapar
4) Tunjuk kepada restoren yang mengambil bahagian
5) Makan dan bayar pada RM9.90!
Menarik bukan? Jarang sekali kita dapat menikmati hidangan enak di pusat membeli belah pada harga serendah ini. Ini adalah peluang keemasan yang tidak patut anda lepaskan.
Untuk makluman anda juga, pada hari Rabu yang lepas, saya juga telah berkunjung ke The Mines untuk turut serta menikmati hidangan lazat ini di beberapa restoren. Berikut adalah anda restoren yang saya kunjungi beserta makanan yang disajikan.
Fish & Co
Fish & Co menyajikan Spaghetti Pomodoro dan ianya didatangkan dengan air Coke/Sprite atau Iced Lemon Tea.   Anda boleh tambah RM1 untuk kentang lenyek.
Kimosasa Vegetarian Cuisine
Restoran ini menyajikan  Kimochi Gohan/Sexy Rice/Angry Toufu dan Funny Rice bersama segelas Iced Lemon Tea pada harga RM9.90 .
Almendi’s Arabic Cuisine
Restoran ini adalah restoran yang menyajikan makanan daripada timur tengah. Pada harga RM9.90, restoran ini menyajikan Mendi Chicken/Chicken Shawarna/Hummus dan Cream Caramel bersama Basbosa (Dessert) , Hidangan ini juga disajikan bersama Iced Lemon Tea atau Arabic Mint Tea .
Makan Culture
Restoran ini pula menyajikan masakan kegemaran rakyat Maslaysia. Antara sajian yang disajikan adalah Minced Chicken Rice/Yong Chow Fried Rice/Dry Curry Kuey Teow dan Vegetarian Curry Laksa bersama dengan segelas Iced Lemon Tea.
Pizza San Francisco
Di retoran ini pula disajikan 2 jenis pasta untuk anda nikmati pada harga RM9.90. Pasta yang dimaksudkan adalah Cloppino dan Aglio Olio Fish bersama segela minuman ringan.
Menarik bukan sajian yang dihidangkan untuk Foodtopia di The mInes ini kan? Namun terdapat satu lagi keisitimewaan untuk anda yang bergelar  ahli Capitastar,
Anda bukan hanya dapat menikmati makanan kegemaran dengan harga yang sangat jimat tetapi anda juga boleh mendapatkan Foodtopia Rewards. Anda hanya perlu berbelanja paling kurang RM30 (dalam satu resit) atau RM80 ( dua resit berbeza pada tarikh yang sama) dan ganjaran dibawah milik anda!
Jadi tunggu apa lagi? Kosongkan perut anda dan jom ke The Mines!

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *