Sertai KARNIVAL JUALAN MEGA 2017 di Bulatan Amanjaya, Ipoh Perak
Asslamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam kedaan shat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Karnival Jualan Mega 2017 yang bakal diadakan di Bulatan Amanjaya Ipoh Perak bermula 22-26 November 2017 ini.
Semua sedia maklum bahawasanya tahun 2017 ini hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Jadi apa yang ditunggu-tunggu apabila tibanya hujung tahun adalah jualan akhir tahunnya. Pada waktu ini terdapat banyak barangan yang dijual lebih rendah daripada harga biasa.
Begitulah juga dengan Karnival Jualan Mega 2017 ini, ianya bakal disertai oleh banyak pihak termasuk syarikat-syarikat gergasi. Jadi anda boleh bayangkanlah betapa meriahnya karnival ini nanti. Tapi yang paling utama adalah ianya bakal menawarkan pembelian barangan pada harga yang berbaloi dan berpatutan untuk anda. Karnival ini dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK)


Bagi para ibu bapa yang sedang menyiapkan kelengkapan persekolah untuk sesi tahun hadapan juga digalakkan hadir kerana terdapat juga jualan peralatan dan pakaian sekolah dengan harga yang berpatutan., Ianya mampu menjadi tempat yang menarik untuk anda berbelanja sambil membawa keluarga berkunjung ke karnival ini.
Tak hanya jualan barangan, terdapat juga jualan makanan yang begitu enak di sini nanti. Ini kerana terdapat lebih 100 kendera saji (foodtruck) yang bakal turut serta. Saya tak boleh bayangkan bulatan Amanjaya itu penuh dengan kendera saji ini. Saya seorang penggemar makanan, jadi saya juga teruja untuk bersama dalam karnival ini nanti.
Apa yang saya dapat maklumat sewaktu majlis pra pelancaran, terdapat beberapa pasaraya besar yang bakal turut serta dalam karnival ini. Antaranya adalah Aeon Big, Giant, 99 Speedmart dan banyak lagi. Pastinya terdapat tawaran menarik yang bakal mereka sajikan kepada pengunjung.
Selain itu juga, tak sah la kalau ada karnival sebegini jika tiada penyertaan daripada barisan artis terkenal tanah air bukan? Pastinya ada artis yang bakal turut serta dalam karnival ini seperti Mira Filzah dan Nazeera Sardi. Mereka juga turut hadir pada majlis pra pelancaran karnival ini tempoh hari. Tidak lupa juga lagenda tanah air, Nash Lefthanded!
Selain itu juga, karnival ini diadakan secara bersepadu dengan menggabungkan beberapa program KPDNKK yang berimpak tinggi di bawah satu jenama antaranya Sambutan Hari Francais Kebangsaan, Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan, Sambutan Hari Penjaja Kebangsaan, Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan Kempen Back To School. Pasti karnival ini meriah dengan pelbagai program yang diatur ini.

Karnival ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para pengguna untuk berbelanja pada harga yang berpatutan dan merancakkan kegiatan ekonomi dan perniagaan domestik di samping memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mengenali lebih dekat agensi-agensi yang berada dibawah KPDNKK. Sebenarnya banyak manfaat yang boleh diambil oleh orang awam dengan mengetahui agensi yang bernaung di bawah KPDNKK ini.
Jadi jemputlah hadir ke
Karnival Jualan Mega 2017
22-26 November 2017
10 pagi -10 malam
Bulatan Amanjaya Ipoh Perak
Selingan: Aplikasi Price Catcher
Aplikasi Price Catcher ini dibangunkan untuk memudahkan para pengguna dalam membuat pilihan dalam berbelanja. Melalui aplikasi ini para pengguna dapat mengetahui maklumat harga barangan keperluan semasa, maklumat kedai yang menawarkan harga patut dan lain lagi.
.
Selain itu juga, terdapat fungsi perkongsian info KOMUNITI di mana peniaga dapat MEMPROMOSIKAN PERNIAGAAN mereka & pelanggan pula dapat mengetahui harga barangan terpilih di kawasan sekitar.
Aplikasi ini dibangunkan oleh pihak KPDNKK, jadi nak cari apa jua berkaitan KPDNKK seperti alamat pejabat ataupun cawangan KPDNKK yang paling hampir dengan anda semua pun senang. Semua terkandung dalam aplikasi ini.
Tak cukup lagi? Setiap Rabu pasti kecoh dengan tanda tanya mengenai harga minyak, jadi dengan Price Catcher anda akan menjadi yang terawal mengetahui HARGA MINYAK TERKINI.
Apa kata kita sama-sama MENJADI PENGGUNA BIJAK dengan muat turun & manfaatkan Apps PRICE CATCHER dari KPDNKK ni!
Klik je link kat bwh ni okey!