Meer Nash, Penyanyi Baru Yang Meningkat Naik
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali in isaya inign kongsikan dengan anda semua mengenai seorang penyanyi baru yang sedang meningkat naik iaitu Meer Nash.
Sebenarnya sebelum ini saya tidak mengenali pun penyanyi ini. Namun apabila dijemput ke majlis yang dianjurkan oleh pihak Sungei Wang tempoh hari sebagai wakil media, dari situ saya mendengar nyanyian jejaka ini. Wow! Nyanyian yang cukup memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Apa yang lebih menarik, Meer Nash juga fasih berbahasa Cina dan nyanyian dalam bahasa Mandarinnya amatlah baik. Ini kerana beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Cina, jadi tidak peliklah kalau dia mampu bertutur dalam bahasa itu.
Pasti ada yang tertanya tentang wajah kacukan Cina Meer Nash. Untuk makluman semua, Meer Nash merupakan kacukan dari ibunya yang berbangsa China. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika dia memiliki wajah sedemikian.
Lebih membanggakan apabila Meer Nash berjaya merangkul tempat kedua di dalam sebuah pertandingan yang telah berlangsung di China iaitu 16th Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition for Foreign College Students. Dikhabarkan seramai 145 peserta dari 122 negara. Dan dia berjaya merangkul tempat kedua secara keseluruhan.
Berikut adalah sedikit makluman mengenai Meer Nash ini:
Nama: Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul
Pendidikan: Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam
Umur: 22 tahun (2017)
Asal: Pulau Pinang
Syarikat rakaman: On Muse Sdn Bhd
Media sosial: Instagram | Twitter | Facebook
Apapun jom kita layan beberapa lagu yang dinyanyikan oleh beliau.
Memandangkan saya penggemar lagu Mandarin, jadi berikut adalah beberapa lagu nyanyiannya yang kena dengar selera telinga saya.
Apapun diucapkan selamat maju jaya kepada Meer Nash.
Waiting for Meer Nash next single which is ‘Jauh’.