Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan Di Genting Highlands Sempena Cuti Sekolah 2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Genting Highlands sempena cuti sekolah hujung tahun 2017 ini.
Semua sedia maklum bahawasanya tahun 2017 bakal menutup tirainya tidak lama lagi. Sesi persekolahan juga bakal berakhir tidak lama sahaja lagi. Pastinya para ibu bapa akan merancang untuk membawa anak masing-masing bercuti ke serta tempat.
Bagi yang masih mencari, saya cadangkan untuk anda ke Genting Highlands!
Woohoo, kenapa saya cadangkan genting Highlands adalah kerana terdapat pelbagai aktiviti yang anda dan keluarga boleh lakukan di sana. Lagi pula sekarang keadaan yang cukup panas sehinggakan berada di dalam rumah pun boleh berpeluh. Jadi Genting Highlands adalah pilihan terbaik utnuk anda mehabiskan waktu bersama keluarga di tempat yang sejuk.
Tak perlu berbelanja besar untuk keluar negara kerana di dalam negara kita sendiri pun sudah mempunyai tempat percutian tanah tinggi yang menarik. Orang ramai berpusu datang ke negara kita, takkan pula kita nak keluar ke negara lain bukan? Malaysia Truly Asia. Gituh!
Baiklah berikut saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai aktiviti terbaru yang menarik utnuk anda lakukan dimusim cuti sekolah ini. Ianya dirancang khas untuk musim cuti sekolah ini untuk keriangan bersama anda keluarga.
1. Menyaksikan Persembahan Hebat Hikayat Raja Monyet
Persembahan teater ini merupakan satu produksi diolah semula daripada kisah hikayat Raja Monyet, dan ia menjanjikan pengalaman mendebarkan dengan pertunjukan akrobatik yang menakjubkan dengan gabungan kesan khas 3D. Saya yakin anda semua akan terpukau dengan pelbagai aksi yang menarik. Memang eprsembahan bertaraf dunia yang dipersembahkan.
Saya sendiri begitu teruja bilamana melihat aksi aksi yang cukup mendebarkan. Persembahan sebegini memang menjadi minat saya. Jadi tak hairanlah kalau saya fokus dan berseronok dalam menyaksikan aksi-aksi ini.
Harga tiket untuk pertunjukan berharga RM176 (VIP), RM136 (PS1) dan RM96 (PS2). Ahli Kad Ganjaran Genting (GRC) akan menikmati diskaun sebanyak 10%.
2. Makan Makanan yang Enak
Semua sedia maklum bahawasnaya Malaysia merupakan syurga makanan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk anda menikmati banyak makanan menarik yang disajikan di Genting Highlands ini. Mana tidaknya beratus malahan beribu jenis makanan yang ada di pelbagai outlet makanan yang berada di atas sana.
Tapi buat anda yang inginkan kelainan bolehlah mencuba di Burgers & Lobster, Kafe Richard dan juga Motorino Pizza. Memang sedap hingga menjilat jari.
3. Meet & Greet Tour with Snoopy
Buat anda yang menggemari karekter Snoopy, bolehlah berkunjung ke Sky Avenue kerana di sini terdapat pelbagai figura patung Snoopy yang mewakili pelbagai negara. isanya dibuat khas dengan penerapan elemen khusus sesuatu negara yang berlainan. terdapat sebanyak 52 jenis ifgura Snoopy yang terletak di segenap bahagian SkyAvenue ini. jadi jangan lepaskan peluang anda untuk bergambar dan hantar di media sosial!
4. Justice League DC Cosplay Gathering
Ini pula untuk peminat justice league, terdapat pelbagai karekter dari filem terbaru yang bakal menjengah pawagam hari ini (Rabu 15 November 2017). Anda boleh bergambardengan patung-patung adiwira kegemaran anda di sini.
Selain itu juga, terdapat juga karekter sebenar yang memakai kostum adiwira kegemaran anda ini. Jadi jangna lepaskan peluang untuk berjumpa dengan mereka dan bergambar! tak lengkap rasanya kalau tak bergambar bukan? Bukannya selalu dapat melihat karekter sebegini. Aktiviti ini terletak di Aras 3 SkyAvenue. terdapat juga aktivti mernaik yang lain untuk anda lakukan.
Menarik bukan? Itu sahaja dapat saya kongsikan untuk anda yang ingin ke Genting Highlands. Tapi saya yakin anda semua telah mengetahui tarikan lain yang terdapat di sini bukan? Antara tarikan lain yang popular sepanjang zaman adalah taman temanya, taman-taman bunga seperti English Garden dan pelbagai lagi aktiviti lain.
Jangan lupa juga bawa keluarga anda untuk menaiki kereta kabel. Oh! Yang lebih menarik jangan lupa untuk mencuba kereta kabel yang berlantaikan kaca. Pasti lebih menarik!
Ok jumpa di Genting Highlands yang kawan-kawan semua.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi mana-mana medium di bawah:
03-6101 1118
Gamabar terakhir tu memang menghibur kan
Hehe
Macam baru bangun tidur rambut aquaman tu