October 5, 2024
Food

Burger & Lobster Pertama di Asia Kini Di Genting Highlands Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya masih ingin berkongsikan dengan anda semua pengalaman saya menjamu selera di Genting Highlands.

Nak makan?

Almaklumlah, bukan selalu dapat berkunjung ke tanah tinggi ini, jadi peluang dan kesempatan masa yang saya ada tempoh hari saya guna sepenuhnya untuk menikmati segala pemandangan dan pengalaman di Genting Higlands ini. Tak salah rasanya kalau berkunjung ke memana tempat tanpa menikmati makanan kan. Mahunya perut berkeroncong sepanjang hari jika tiada suapan makanan yang dilakukan.

Baiklah jika waktu ketibaan saya di sana, saya mengalas perut dengan piza enak di Motorino, tempat makan malam saya pula adalah di Restoren Burger & Lobster. Ya! Kali ini mulut ini terasa ingin makan lobster pula. Jarang untuk kita menikmati lobster di Malaysia ini. Namun anda boleh mendapati sajian enak lobster ini di atas puncak Genting Highlands ini.

Untuk makluman, Restoren Burger & Lobster ini merupakan restoren yang cukup popular dari England. Walaupun hanya menyediakan menu burger dan udang kara popular dari Nova Scotia Kanada, restoren yang mula beroperasi pada tahun 2011 ini yang berasaskan konsep tradisional dalam penyediaan makanan mampu menempatkan diri dalam dalangan penyedia makanan terbaik, malah dekorasi restoren juga turut mendapat perhatian para pengunjung.

Dekorasi yang terdapat dalam restoren ini berkonsepkan suasana desa tempat penangkapan udang kara. Mana tidaknya, sekeliling restoren ini dikelilingi peralatan menangkap udang kara. Malah salah satu dinding restoren dihiasi dengan 104 replika peti tradisional penangkap udang kara sama seperti digunakan oleh nelayan di Nova Scotia.

Dengan segala bentuk hiasan dalaman yang juga ditambah dengan pencahayaan dalaman yang malap mengimbau susana penangkapan udang kara yang menangkan selepas sehari suntuk berhempas pulas mencari rezeki.

Walaupun hanya menyediakan menu burger dan lobster, namun terdapat pilihan yang pelbagai untuk pencinta burger dan lobster ini. Burger di sini dibuat daripada 100% daging lembu Australia dengan kepingan daging yang diapit bun briche berbijan dan ditambah daging salai, keju, daun salad, tomato, bawang jeruk khas serta sos rahsia Burger & Lobster.

Untuk menu udang kara pula, terdapat tiga pilihan masakan iaitu The Original, The Big Boy dan Chili Lobster. Udang kara dikukus atau dipanggang bersama mentega dengan disirami jus lemon untuk rasa yang lebih segar. Namun bagi rakyat Malaysia, anda patut mencuba Chilli Lobster kerana ianya dicipta khas untuk memenuhi citarasa kita di Malaysia ini. Jujur untuk saya katakan chilli lobster adalah yang terbaik! Sampai tak cukup satu set, kena pesan lagi dan lagi.

Menu wajib cuba, Chilli Lobster!

Menu pencuci mulut pula, anda boleh menikmati creme brulee dan mousse pisang ataupun yogurt strawberi, guanduja serta aiskrim stacciatella. Tidak lupa juga menu tempatan iaitu tempura durian.

Ruangan restoren Burger & Lobster ini mampu menampung seramai 150 pengunjung untuk satu-satu masa. Namun apabila taman tema Fox Studio akan siap kelak, seramai 170 pelanggan dapat memenuhi keseluruhan restoren ini.

Burger & Lobster

Aras 1, Sky Avenue

11 pagi hingga 10 malam

11 pagi – 11.30 malam (hujung minggu)

03-61011118

www.rwgenting.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Burger & Lobster Pertama di Asia Kini Di Genting Highlands Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *