Pizza Motorino Kini di Genting Highlands
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua pengalaman saya makan di restoren piza Motorino Genting Highlands.
Untuk makluman semua, saya telah berkunjung ke Genting Highlands pada hujung minggu lepas. Sambil nikmati udara sejuk itu, ada baiknya saya menikmati makanan panas yang mampu menstabilkan suhu badan saya. Katanya begitulah!
Untuk memenuhi tuntutan nafsu makan saya, kami telah memilih untuk makan di restoren Motorino yang terletak di pusat membeli belah Sky Avenue. Dengan keseluruhan lantai ditujukan khas untuk makanan sahaja, Motorino pastinya pilihan terbaik untuk anda menikmati piza yang enak dan panas segar dari ketuhar.
Motorino yang berasal dari Broklyn ini telah dipuji oleh penulis New York Times sebagai pembuat piza Neopolitan terbaik di sana. Wah! Kita cukup beruntung kerana dapat menikmati piza enak ini di Malaysia.
Motorino ini dimiliki oleh lelaki berketurunan Belgium dan Itali iaitu Chef Mathieu Palombino yang mencipta piza ala Neopolitan yang dibakar didalam ketuhar kayu yang diimport dari Itali. Motorino mempunyai beberapa cawangan di dunia iaitu di New York, Hong Kong, Singapura, Manila dan buat pertama kalinya di Malaysia!
Restoren Motorino di Genting Highlands ini mempunyai ruangan seluas 4000 kaki persegi dengan rekabentuk bangunan yang seakan mirip gaya Itali dengan bingkai tingkap berwarna emas. Jika di cawangan mereka yang lain, ruangan agak terhad namun di Malaysia iaitu di Genting Highlands ini ruangan cukup luas yang menjadikan cawangan ini adalah yang cawangan mereka terbesar di dunia!
Paling menarik tentang restoren Motorino ini adalah  ketuhar piza mereka diimport khas dari Naples Itali dan penyodok piza mereka pula ditempah khas untuk menghiasi restoren mereka ini. Penyodok kayu ini juga boleh digunakan oleh chef untuk membuat piza.
Dengan tambahan keju mozzarella dan tomato, minyak zaitun dan daun basil segar menaikkan lagi aroma pada piza yang disediakan. Tambahan sotong kurita lagi menaikan rasa sensasi pada piza dengan tambahan kuntum bunga kaper, kentang, minyak cili, bawang merah serta pasli.
Agak janggal untuk restoren piza jika tidak menyediakan kepak ayam, jadi restoren ini juga ada menyediakan kepak ayam yang enak untuk dinikmati oleh para pengunjung. Motorino menyediakan ayam dengan beberapa kombinasi rasa iaitu ayam yang berperisa lemon, pudina dan serbuk cili.
Selain itu juga, pengunjung boleh menikmati bebola daging Motorino yang dimasak dengan sos tomato serta ditambah hirisan keju dan daun selasih.. Sekali makan, perghh memang nak tambah lagi dan lagi. Serius!
Pengunjung juga boleh membuat pilihan dari 10 jenis piza yang terbaik di sini. Antara piza yang disediakan oleh pihak Motorino adalah marinara, margherita dan pepperoni kepada citarasa tertinggi Itali iaitu stracchiatella dengan selasih, garam laut dan minyak zaitun, cendawan cremini, sos calatura di alici ditambah keju mozzarella , bawang merah, tomato ceri, ikan bilis dan garam laut.
Harga piza ini cukup berpatutan iaitu diantara RM45 hingga RM67. Sedap! berbaloi untuk dinikmati.
Mororino Pizza
Aras 1 Sky Avenue
10 pagi hingga 12 malam.
10 pagi – 12 malam
(untuk Jumaat, Sabtu dan cuti umum)
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi
03-61011118
Pingback: Burger & Lobster Pertama di Asia Kini Di Genting Highlands Malaysia - AMIRNAWAWI
Pingback: Kafe Richard Yang Terkenal di Paris kini di Genting Highlands - AMIRNAWAWI