Raikan Sambutan Tahun Baru Cina di Sunway Putra Hotel
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca bnlog yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Sambutan tahun baru cina bagi tahun ini sudah semakin hampir. Jadi apa perancangan anda waktu cuti umum ini nanti?
Oh! Bagi yang meraikannya, saya ucapkan semoga perayaan tahun ini membawa seribu makna dalam kehidupan anda dan yang lain, selamat bercuti. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai bufet yang disediakan oleh pihak Sunway Putra Hotel bersempena dengan sambutan tahun baru cina pada tahun ini.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kaum cina untuk bertemu bersama pada malam tahun baru bagi meraikan hari yang bermakna ini. Istilah makan besar sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat cina. Mana tidaknya, masa inilah segala juadah enak disediakan dan seluruh ahli keluarga hadir bagi meraikan majlis ini sekaligus merapatkan lagi ikatan kekeluargaan.

Namun bagi yang tiada masa dan inginkan kelainan dalam acara ini bolehlah hadir ke Sunway Putra Hotel kerana pihak mereka menyediakan ‘Reunion Buffet’. Bufet ini akan berlangsung pada 27 Februari 2017, buffet line akan bermula pada 6 petang sehinggalah 10.30 malam di Coffee House, tingkat 9. Harga yang ditawarkan juga cukup berbaloi. Untuk dewasa hanya RM118 nett, dan RM59 nett untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Bagi kanak-kanak di bawah umur 6 tahun pula adalah PERCUMA!
Terdapat pelbagai jenis makanan yang disediakan khas semperna tahun baru ini. Tidak hanya makanan cina, namun perlbagai konsep makanan lain juga disediakan. Almaklumlah makanan secara bufet, pastinya pelbagai seleksi yang ada untuk disajikan kepada para pelanggan.
KUIH TRADISI MASYARAKAT CINA
ANTARA SAJIAN UTAMA
SELEKSI PENCUCI MULUT (DESSERT)
Jujur untuk saya katakan, seleksi pencuci mulut di Sunway Putra Hotel ini adalah yang terbaik pernah saya rasa. Mana tidaknya, terdapat ratusan jenis pencuci mulut untuk anda pilih dan nikmati. Rambang mata betul saya dibuatnya.
Jadi ayuhlah bersama membawa ahli keluarga anda untuk meraikan perayaan yang cukup bermakna ini di Sunway Putra Hotel. Memang lokasi ideal untuk pelbagai sambutan.

Selain daripada itu, bagi berminat untuk membuat perjumpaan CNY secara persendirian/tertutup, boleh jugak tempah “Prosperity Set”, a nine course dinner yang termasuk Yee Sang Set pada harga hanya RM1988 nett untuk setiap meja yang berkapasiti 10 orang. Tempahan minimum adalah seramai 20 orang. Tarikh yang boleh ditempah adalah daripada 15 Januari sehingga 11 Februari 2017.
Buat peminat makanan Jepun pula, anda boleh menempah “Japanese Chinese New Year Buffet” di Gen Japanese Restaurant dengan harga RM98 per person dan RM49 nett untuk kanak-kanak…Boleh didapati pada 27 dan 28 Januari nanti ya.
Akhir sekali, jikalau anda ingin membeli Yee Sang sahaja boleh mendapatkannya dengan harga RM59/kotak atau Salmon Yee Sang dengan harga RM78/kotak. Setiap kotak boleh dinikmati seramai 4-5 orang.
Untuk sebarang tempahan,
Boleh terus hubungi 03-40409888 atau email ke dinesph@sunwayhotels.com
Coffee House Sunway Putra Hotel (Tingkat 9)
Website: www.putra.sunwayhotels.com
Facebook: www.facebook.com/sunwayputrahotelkl
Instagram: www.instagram.com/sunwayputrahotel
Semua makanan nampak sedap…
Untunglah.. Dahlah dapat makan free… Siap dapat angpau lagi..