January 21, 2025
Food

Kafe Richard Yang Terkenal di Paris kini di Genting Highlands

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin sekali lagi kongsikan salah satu tempat makan yang best di Genting Higlangs. Jika sebelum ini saya telah kongsikan dengan anda semua tentang restoren Motorino dan restoren Burger & Lobster, kali ini saya ingin kongsikan satu lagi tempat menarik iaitu Kafé Richard.

Untuk makluman semua, Kafé Richard ini berada di SkyAvenue berhampiran dengan Hotel First Worlds. SkyAvenue ini merupakan pusat membeli-belah terbaru yang ada di Genting Highlands. Kiranya salah satu tarikan yang terbaru di sini.

Bertepatan dengan konsep membeli belah dan makan, terdapat restoren restoren sebegini makin merancakkan lagi pengalaman membeli belah di SkyAvenue ini.

Baiklah jom kita berkenalan lebih lanjut dengan Kafé Richards ini. Untuk makluman, Kafé Richard ini merupakan kafe kopi panggang nombor 1 di Perancis. Dengan lebih 2.4 juta cawan kopi disajikan kepada seluruh pelanggang di seluruh dunia, menjadikan kafe Richard ini salah satu restoren yang wajib dilawati jika berkunjung ke Genting Highlands.

Apa yang membezakan kopi di Kafe Richard dan kopi yang lain adalah, mereka amat berhati-hati dalam memilih biji-biji kopi yang terbaik dari seluruh dunia untuk disajikan kepada para pelanggan mereka. Oleh yang demikian, setiap sisipan kopi yang masuk ke mulut pelanggan adalah kopi yang terbaik. Wah!

Antara kopi yang terbaik yang tersenarai di sini adalah Perle Noir atau mutiara hitam, kopi Arabika 100% eksklusif  Kafe Richads yang dibancuh dengan gaya kopi espresso Perancis. Massaya ditanam secara organic, ia turut dihidangkan sebagai kopi espresso yang dibawa dari Mexico.

 

Terdapat juga hidangan teh dan coklat untuk anda nikmati di sini buat sesiapa yang tidak gemarkan kopi. Kiranya ini adalah pilihan terbaik yang lain untuk anda. Jangan khawatir, walaupun ianya bukan specialty Kafe Richard, namun saya yakin ianya terbaik untuk anda.

Selain kopi, teh dan koktel, Kafe Richard  juga ada  menyediakan hidangan ringan seperti penkek dengan salmon salai, itik salai dengan kepingan daging atas roti Perancis, pastry, éclair mini, cheesecake, cream puff, atau crème brulee memang lengkap terus minum petang dengan teh atau kopi di Kafe Richard.

Tapi bukan setakat hidangan ringan, ada juga hidangan utama seperti menu berasaskan ikan, pasta, itik panggang Perancis, ayam panggang, atau steak daging. Set sarapan pagi juga disediakan. Macam-macam ada!

Bagi yang berminat untuk berkunjung ke Kafe Richard ini bolehlah ke Aras 1, Sky Avenue Genting Highlands. Dibuka jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Jom lepak minum kopi di Kafe Richard! Yang penting tempat ini instagramable. Tempat yang cantik dan sesuai dimuat naik di insta!

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Kafe Richard Yang Terkenal di Paris kini di Genting Highlands

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *