Transit Dari Suvarnabhumi Airport ke Don Mueng Airport
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para penbaca blog yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Agak lama saya menyepi seketika dalam blog ini kerana sedikit sibuk dengan urusan seharian dan berjalan-jalan. Oh! Kemana? Ke hati awak semua la..
Baiklah pada entri kali ini isaya ingin kongsikan dengan anda semua cara untuk anda bertukar lapangan terbang dari Don Mueng ke Suvarnabhumi dan sebaliknya. Kedua lapangan terbang ini berada di Thailand ye kawan-kawan. Jangan tanya saya pula celah mana. Yang pasti ini bukan di Malaysia.
Untuk makluman, kedua lapangan terbang ini mempunyai penerbangan yang berlainan. Seperti KLIA dan klia2 di Malaysia. Tetapi di Malaysia, ianya cukup dekat, tetapi untuk kedua lapangan terbang di Thailand ini, ianya memang cukup jauh. Sejauh 45 minit untuk perjalanan tanpa kesesakan lalu lintas.
Lapangan terbang Suvarnabhumi merupakan lapangan terbang full cost carrier seperti KLIA dan Don Mueng adalah untuk low cost carrier seperti klia2 kita. Jadi bagaimanakah untuk berhubung dengan kedua lapangan terbang ini jika kita terpaksa menggunakan keduanya untuk transit?
Di sini saya kongsikan tips untuk anda gunakan bila terpaksa menggunakan kedua lapangan terbang ini.
Untuk makluman anda, kedua lapangan terbang ini dikendalikan oleh Airport of Thailand (AOT). Jadi mereka ada menyediakan bas penghubung kepada keduanya. Dan ianya adalah percuma!
Tetapi memandangkan ianya percuma, ianya adalah esklusif untuk pemegang tiket kapalterbang di lapangan terbang seterusnya. Maksudnya jika anda dari Suvarnabhumi, anda perlu tunjukkan tiket di Don Mueng kepada pekerja di booth menunggu bas dan juga sebaliknya.
Oh! Lupa untuk saya maklumkan yang bas ini berada di Pintu 3 di lapangan terbang Suvarnabhumi. Cari sahaja dan anda akan menemuinya. Bas ini mempunyai kekerapan yang relevan untuk para pengembara. Namun perlu diingatkan agar anda merancang perjalanan anda kerana jarak kedua lapangan terbang ini cukup jauh.
Tempoh hari saya menaiki bas terakhir dari Suvarnabhumi iaitu pada pukul 12 malam, saya sampai di Don Mueng pada 12.45 malam. Itupun tanpa jalan yang sesak. Jujur bas yang saya naiki pada malam itu cukup laju dan jalan cukup tenang tanpa kesesakan. Jadi kalau anda mempunyai penerbangan pada waktu puncak itu, rancanglah perjalanan anda sebaiknya untuk mengelakkan anda ketinggalan kapalterbang.
Tips penting untuk di ambil maklum:
- Trip dari lapangan terbang adalah 45 minit paling minimum. Jika anda mahu lebih cepat, gunakanlah perkhidmatan teksi.
- Ini bas percuma, jadi kalau waktu puncak anda terpaksa bersesak itu faham sendirilah.
- Bas ini menghubungkan antara kedua lapangan terbang ini. Tidak berhenti di mana-mana tempat sepanjang laluan. Jangan pula anda nak turun di Chathucak ke, Silom ke ape.
- Perlu tunjukkan tiket penerbangan seterusnya kepada penjaga kaunter. Cukup hanya soft copy melalui telefon. Tak perlu hardcopy kerana mereka hanya perlu mencatat nombor penerbangan anda untuk rekod.
Itu sahaja maklumat yang dapat saya kongsikan untuk anda yang perlu transit di kedua lapangan terbang utama Thailand ini. Semoga bermanfaat!
kalau dah bersesak memang sukar juga..kalau bawa anak kecil memang mencabar sedkit