Wangikanlah Hatimu, Lagu Terbaru Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris
Mengapa mereka yang mengaku suci
Sering lupa mencermin diri sendiri
Menyakiti ungkit mengungkit kesalahan
Molek andai bersama bina impian
Puitis bukan lirik lagu di atas?
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Bait-bait lirik lagu yang saya nukilkan di atas adalah lirik lagu terbaru yang dinyanyikan oleh Noraniza Idris bersama Tyka. Memang mendalam maksud lagu ini jika kita amati baik-baik.
Noraniza Idris secara umumnya sudah dikenali sebagai penyanyi irama Malaysia yang masih utuh berada dalam industri hiburan pada masa sekarang. Namun amat sedih sekali, susah untuk kita mencari pelapis-pelapis yang membawakan lagu Irama Malaysia ini pada zaman sekarang.
Seni irama Malaysia itu sendiri dilihat sepi tanpa ada sebarang publisiti besar-besaran yang menyeluruh untuk memperkenalkan dan menghangatkan kembali irama Malaysia ini.
JIka dahulu saya selalu menantikan persembahan Kak ani dalam apa jua program kerana gemar akan gaya persembahan dalam lagu beliau. Mana tidaknya jika di Anugerah Juara Lagu, Kak Ani pasti memberikan persembahan yang cukup memukau.
Menyelitkan elemen rakyat Malaysia dalam lagu cukup membuatkan persembahan tersebut menarik. Saya masih ingat lagi, Kak Ani menyelitkan persembahan dikir barat, ngajat tampi dan pelbagai lagi elemen seni kebudayaan rakyat Malaysia. Itu yang menjadikan persembahan beliau begitu dekat dengan kita semua rakyat Malaysia.
Oh! Berbalik kepada lagu Wangikanlah Hatimu ini, lagu ini dicipta oleh Amir Jahari & AG Coco serta lirik sepenuhnya oleh Ahmad Fedtri Yahya. Lagu ini mengandungi elemen nyanyian Dikir Barat, Siam serta Sunda.
Lagu ini secara rasminya dilancarkan pada 21 Febuari lepas bertempat di L’Clasico Publika. Ramai artis ternama turut hadir untuk meberikan sokongan kepada lagu ini termasuklah Tan Sri Mustafa Mansur, Dato M.Nasir, Dato Roslee Jamaludin, Dato DJ Dave, Dato Jamaludin Alias (Nash), Presiden Seniman – Zed Zaidi & tidak lupa Datuk Suhaimi Mohd Zain.

Majlis perasmian ini dilakukan cukup meriah. Pelbagai acara dilakukan pada masjlis tersebut, antaranya ucapan dari wakil-wakil yang hadir, pemotongan pulut kuning, dan yang paling ditunggu tunggu, persembahan lagu Wangikanlah Hatimu oleh Noraniza Idris dan Tyka.
Oleh yang demikian, jelajah kempen Save Malaysia di lancarkan bagi memastikan kesinambungan legasi untuk penggiat seni irama Malaysia ini dapat diperkenalkan oleh barisan artis di bawah naungan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd seperti Ihab Ismail, Fadzlee Sufi, Fee Haiqal, Azmir Arif, Dalili Amerda & Tyka
Jelajah #SaveIramaMalaysia akan dibawakan oleh penaja Permata Saadah menemui peminat bermula pada:
9 – 13 Mac – Pahang, Kelantan & Terengganu
22 – 24 Mac – Perak, Selangor
15 – 18 April – Perlis, Kedah & Penang
28 – 30 April – Sarawak
4 – 7 Mei – Johor, Melaka & Negeri Sembilan
12 – 15 Mei – Sabah
Untuk makluman semua juga, lagu ini boleh didapati di laman digital iTunes Store & aplikasi streaming seperti Sportify, Joox, Apple Music, dan Yonder Music.
Lagu ini juga boleh dijadikan sebagai nada dering pemanggil dari telco masing-masing. Saya juga tidak terkecuali mendengarkan lagu ini di aplikasi Joox. Best giler irama dan melodi lagu ni. Korang kena dengar.
Untuk maklumat lanjut yang lain, bolehlah melawati mana-mana medium di bawah ok
Noraniza Idris
@noraniza_idris
Tyka
@tyka_official
Noraniza Idris Production
@nipvsb
Mewangi
@mewangisatudunia
Penaja Venue, L’Clasico
@l’clasico.publika
AM: Tak sabar nak menantikan persembahan Kak Ani di majlis majlis besar dengan mempersembahkan lagu ini. Pasti gempak! Kak Ani i always support you ok!