Cara Menghilangkan Pijar Cili
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah melalui entri kali ini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk anda di dapur.
Saya yakin sekarang lebih ramai rakyat Malaysia meluangkan masa di dapur. Almaklumlah masak sendiri lagi sihat daripada makan di luar bukan? Saya juga tidak terkecuali. Memasak merupakan antara aktiviti kegemaran saya di rumah. Masakan yang pedas juga merupakan antara salah satu sajian yang paling saya gemari. Tiada cili dalam masakan, maka kurang enaklah rasa makanan tersebut.


