October 13, 2024
Food

Kudapan Enak Pokka Cappucino Pancake

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam kedaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai resepi mudah untuk membuat pankek.

Semua sedia maklum, pancake ataupun lempeng merupakan antara juadah kegemaran rakyat Malaysia. Mana tidaknya, rasa yang enak serta mudah disediakan menjadikan hidangan ini antara yang diminati oleh semua lapisan masyartakat.

Tidak hanya berkisarkan tentang pancake berperisa kosong, kali ini saya ingin kongsikan cara untuk menyediakan pancake berperisa Cappucino Pokka. Yummeh! Sedap dan menyelerakan.

Bahan-bahan yang diperlukan juga cukup ringkas, antaranya:

  1. Tepung gandum

  2. Pokka Cappucino

  3. Secubit garam

Itu sahaja. Cara penyediaan pun cukup mudah.

  1. Sediakan gandum dan masukkan air Pokka Cappucino ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati.

  2. Panaskan minyak dan tuang adunan ke dalam kuali panas dan masak sehingga masak.

  3. Hidangkan bersama topping kegemaran anda. Kali ini saya pilih coklat.

Yummeh! Sekali rasa memang nak cuba lagi dan lagi. Sekarang bolehlah kita lari dari kebiasaan. Pancake berperisa kopi! Sedap.. Cubalah kalau tak percaya. Saya yakin anda tak akan menyesal punya lah.

Jadi tunggu apa lagi? Jom cuba bersama-sama. Dan kongsikan maklumbalas anda di bawah ok 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Kudapan Enak Pokka Cappucino Pancake

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *