February 7, 2025
Hal-hal Semasa

Berhati-hati Dengan CatchThatBus, Anda Mungkin Tersadai di Stesen Bas

Beware! Berhati-hati

Assalamuaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Baiklah dalam entri kali ni saya ingin kongsikan sendiri pengalaman saya menggunakan aplikasi CatchThatBus untuk pembelian tiket bas. Kononnya aplikasi ini adalah bertujuan untuk memudahkan pembelian tiket bas tanpa perlu ke kaunter. Katanyalah!

Namun anda harus berhati-hati kerana apa yang anda impikan tidak sama dengan realiti. Kufikirkan tiket bas yang ku dapat, rupanya pembohongan yang kuterima.

Untuk makluman semua, saya telah membeli tiket bas pada 25 Januari yang lepas menggunakan aplikasi ini. Tiket bas yang saya beli adalah perjalanan dari kampung saya di Machang ke Kuala lumpur pada 1 Februari. Pasca sambutan Tahun Baru Cina.

Untuk memudahkan pemahaman semua, saya simpulkan tragedi ini mengikut kronologi:

25 Januari 2017

10.29 pagi: Saya telah membeli tikat bas menggunakan aplikasi pada pukul 10.29 pagi. Email mengenai pembelian telah saya terima

11.15 pagi: Email tentang maklumat perjalanan saya telah diberikan.

1 Februari 2017

10.40 malam: Bas yang telah ditetapkan telah sampai. Saya naik ke dalam bas untuk duduk di kerusi saya. Namun tempat duduk tersebut telah mempunyai penumpang lain. Saya bertanyakan kepada pemandu bas mengenai perkara ini. Nama saya berserta maklumat tempahan saya tiada dalam sistem mereka. Saya meminta untuk melihat senarai tempahan. Ya! memang tiada nama saya dan tempahan yang dibuat oleh pelanggan tadi yang sah (valid) berserta tiket. Jadi tiket saya?.

Tiket pelanggan satu lagi. ya nombor seat yang sama. Dan nama saya tiada dalam senarai dibelakang tersebut

Pemandu memaklumkan kepada saya bahawasanya tiket saya tidak sah dan diminta untuk dapatkan kembali bayaran (claim) daripada pihak CatchThatBus. Semudah itu penyelesaian pihak mereka. Dihalau keluar bas dihadapan orang ramai.

11.00 malam: Saya menelefon pihak CatchThatBus di nombor talian 0392121818 . Seorang pegawai perhubungan awam dari pihak mereka telah menjawab panggilan saya. Seorang perempuan Melayu bernama Zila. Dia memaklumkan bahawa tidak sepatutnya pekara sebegini berlaku kerana sistem mereka telah dihubungkan kepada sistem pihak operator bas. Dia meminta masa untuk menyemak bersama pihak operator bas.

12.25 tengahmalam: Pegawai tersebut memaklumkan kepada saya tentang perkara ini. Pihak mereka memohon maaf tentang apa yang berlaku. Dia memaklumkan bahawa kejadian seperti ini adalah pertama kali yang berlaku (kata mereka lah! ). Saya diberi pilihan untuk menaiki bas pada pukul 10 pagi keesokkan harinya.

12.36 tengahmalam: Perbualan berakhir. Saya terkapai-kapai bertemankan nyamuk di stesen Machang ini tanpa tiada seorang pun yang tinggal! Yes I’m alone here at late midnight. Machang ini bukanlah bandar metropolitan besar dan tiada teksi pada waktu malam. Apatah lagi Uber dan GrabCar.

Stesen Bas Machang. Kosong!

Jadi, apa yang saya patut buat pada malam tersebut? Rumah saya bukanlah dekat dengan stesen. Memang nak atau tidak saya terpaksa tahan apa jua kenderaan sapu yang ada untuk membawa saya pulang kerumah. RM40 lebur begitu sahaja untuk tambang teksi sapu. CatchThatBus tanggung? Tak! Saya sendiri yang terpaksa tanggung atas kesilapan sistem orang lain.

2 Februari 2017

Tiada apa-apa panggilan dari pihak mereka berkenaan kes ini. Saya masih menunggu maklumbalas dari pihak mereka katanya akan menghubungi saya kembali. Namun sampai ke sudah tiada panggilan diterima. Saya beli sendiri tiket dikaunter dan menuju ke destinasi saya.

3 Februari 2017

Ketika entri ini ditulis, ya masih tiada apa-apa maklumbalas dari pihak mereka berkenaan hal ini. Tiada pengembalian wang tunai (refund) dan masih sepi seribu bahasa.

 

Kemaskini (Updated)

Panggilan telah diterima dari Pengurus Perkhidmatan Pelanggan CatchThatBus, Shem Nair berkaitan hal ini. Saya dimaklumkan bahawa kejadian ini disebabkan oleh isu kesilapan manual dalam pembelian tiket oleh pihak mereka. Pemulangan duit telah dilakukan.

Forgive yes, but not forget. Thank you! *Masih amat terkilan*

 

Setelah apa yang berlaku, masa dan urusan saya tergendala seharian disebabkan kesalahan yang tidak saya lakukan. Memang geram kerana terdapat perkara penting yang perlu saya lakukan pada 2 Februari tersebut yang telah menjejaskan sedikit masa depan saya. Ya! Masa depan saya. Nampak kecil bagi mereka, namun bagi sesetengah orang ianya cukup besar impaknya.

Jadi, pengajarannyanya adalah, jangan gunakan aplikasi CatchThatBus jika anda tidak mahu terjadi seperti saya!

 

p/s: Dunia ini tidak memerlukan hakim, polis dan penguasa undang-undang jika hanya dengan maaf sahaja dapat menyelesaikan segalanya. Memaafi itu amalan mulia, namun jika terkena pada anda? Fikir-fikirkanlah sendiri. 

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

7 thoughts on “Berhati-hati Dengan CatchThatBus, Anda Mungkin Tersadai di Stesen Bas

  • Bro tak report kee tribunal pengguna?

    Reply
    • Nak report pun pekara tak terjadi. Semoga orang lain tak menjadi seperti saya

      Reply
  • Kesiannya….ak antara pengguna app catchthatbus. app yg senang kalau nak dibandingkan dengan easybook.com..

    cuma masa first guna catchthatbus kat ledang, driver bas bingung sbb ak bg kertas je takde tiket sebab kaunter kata tak payah tukar tiket terus naik bas.. driver pun g tanya kaunter balik tuk comfirmkan.. bila dah comfirmkan barulah terima kertas..mgkin aku org pertama kot yg guna CTB kat ledang kwsan kg ni tu driver doube check.

    so far lepas tu, pengalaman saya guna CTB takde masalah sampai sekarang smooth..

    Hope CTB dgn amirnawawi dpt diselesaikan dgn segera,

    Reply
    • Senang tu senang tapi bila terjadi kesilapan sebegini memang menyakitkan hati bagi yang terlibat.

      Reply
  • MK Hakimi

    Ni kes naya…

    Aku tak pernah lagi guna catchtbatbus. Redbus always and so far not a problem. Alhamdulillah.

    Reply
    • Oh ya ke. Mungkin saya boleh bertukar kepada Redbus selepas ini.

      Reply
  • Mrs. Silent

    Pengalaman sy dgn RedBus bulan April 2017 haritu. Sy dah siap bayar & dah success dah pun tiba² app shutdown sendiri. Sy terus emelkan mslh tersebut ke RedBus. Sy sertakan skali bukti screenshot pembayaran, tarikh, masa, lokasi yg sy kehendaki. Diaorg mmg laju respon tapi diaorg bagi tiket waktu salah daa.. Sy nk pukul 3ptg, dibaginya tiket baru pukul 11am. Terpaksa balik awal. Pokok pangkalnya, kalau nk kena mslh tu, akn kena jgk.. Pastu dh fobia nk pakai RedBus, sy selesa dgn CTB.. Hehe.. Harap² akn dtg dh xjadi kes mcm ni.. Bkn ape, pakai app murah sikit sbb ade diskaun, haha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *