Sambutlah Krismas di Nook Aloft KL Sentral Malaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dcengan anda semua mengenai bufet sempena sambutan Hari Natal yang bakal tiba di Nook Aloft KL Sentral.
Untuk sambutan hari Natal pada tahun ini, pihak Aloft KL Sentral mengadakan bufet bersempena dengan sambutan hari perayaan ini. Bufet ini bermula dari 1 Disember hingga 30 Disember bertempat di Restoran Nook mereka.
Menu yang bakal disajikan oleh pihak mereka cukup istimewa dengan sajian makanan tradisional yang signifikan dengan sambutan hari Natal ini. Pastinya setiap hidangan bakal menjentik deria rasa setiap yang menikmatinya.
Pastinya setiap hidangan bakal menjentik deria rasa setiap yang menikmatinya
Untuk hidangan bufet pada kali ini, Nook menyajikan Herbed Crumbed Roasted Lamb Leg, Beef Stroganoff, Braised Hickory Smoked Short Rib, Peri-Peri Roasted Whole Chicken, Beef Goulash, Steamed Sea Bass dan banyak lagi.
Hidangan sampingan untuk melengkapi hidangan yang sedia ada adalah Apple & Chestnut Stuffing, Brussel Sprout with Bacon, Herbed Potato Wedges,, Creamy Garlic Mashed Potatoes, Smokey Gratinated Mushroom Ham Mac ‘N’ Cheese dan Steamed Crushed Potato yang akan menjadikan hidangan sempurna dengan hidangan Barat dan juga tradisi negara kita sendiri.
Tak lengkap rasanya hari Natal kalau tanpa Roast Turkey. Nook’s Oven-Roasted Garlic Rosemary Whole Turkey juga disajikan dengan pelbagai hidangan sampingan yang lain antaranya Prunes and Chestnut Stuffing, Giblet Gravy, Cranberry Sauce, Natural Chicken Jus, Mustard Potato Dauphin Oise, Grilled Pumpkin, Buttered Broccoli Polonaise, Braised Carrot in Orange Reduction termasuk juga Sauteed Brussel Sprout bersama Almond Flake.
Selain makanan di atas, terdapat juga hidangan Asia yang lain seperti Stewed beef in Turmeric & Coconut, Prawns with Chilli Paste dan Stink Beans, Spicy Deep-Fried Fermented Bean Curd bersama Potato, French Bean bersama Dhall, Bhendi Kurma, Ghee Rice bersama Chick Pea, Buttered Prawn bersama Oats, Stir-Fried Beef bersama Chinese Barbeque Sauce, Fried Bamboo Shoot bersama Olive Leaves dan banyak lagi.
Tak lengkap sajian kita tanpa pencuci mulut yang enak, jadi di Nook juga disajikan pies, Apple, Pumpkin, Pecan dan Lemon Meringue Pie dan pencuci mulut yang enak lain termasuk Chocolate Log Cake, Cappuccino Cheesecake, Butterscotch Trifle, Mixed Berry Pavlova, Sticky Toffee Pudding with Caramel Sauce, Strawberry Cheese Cake, Chocolate Mint Brownies, Citrus Profiterole, Black Forest Push Pops dan pelbagai lagi.
Nook’s Christmas bufet bermula dari 1 – 30 Disember 2017 dari 6.30 petang hingga 10.30 malam. ianya berharga bermula RM118 nett per dewasa sementara bufet di ambang hari Natal adalah RM128 nett per dewasa.
Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut sila hubungi +(60) 3 2723 1188 atau lawati ke www.aloftkualalumpursentral.com.
Amboi lumayan untuk perut makan makan ni
Nampak gambar pun rasa terliur
Wahhh buffet Krismas ni bukan setakat sedap bahkan comel2 pulak tu! Restoran pun deko cukup kemas dan selesa! Cukup sesuai untuk meluangkan masa dengan keluarga! 🙂